HaNaMiChi

Photo Freaks..!!

Orchestra - Westphalian Chamber Youth Orchestra

Posted in Uncategorized on October 13, 2008 by razli

It was held on Wednesday night at CAC. Thanks to Mr. Sam, for inviting me to join… Hehe.. As usual, do enjoy the picture taken..

Black and White Portraiture

Posted in Uncategorized on September 24, 2008 by razli

Ermm.. nie hasil dari CLS pastu di edit menjadi hitam putih didalam perisian Kedai Gambar

Jelingan Ayah..!!

Posted in Uncategorized on September 22, 2008 by razli

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang, jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya.

Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit dicelah punggungnya. Aku yang ‘konon’ ingin membantunya, terus menarik kain yang tersepit itu.

Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi, melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi.

Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, Apalagi berbirat punggung aku dirotannya.

Pancing..!!

Posted in Uncategorized on September 22, 2008 by razli

Suatu petang.. ketika hari selepas hujan.. seorang atok duduk ditepi paya dengan memegang pancing sambil merokok.. Orang-orang yang melihatnya kehairanan.. ada yang kasihan dan ada juga yang ketawa.. Tiba-tiba badul menghampirinya dan bertanya…

Badul : “Pakcik ni memancing untuk apa?”
Atok : “Untuk makan”
Badul : “Oh.. kalau macam tu.. ayuh ikut saya makan.. saya belanja..”
Mulanya atok itu malu2 kemudian setelah di paksa akhirnya dia ikut aje…

Sambil makan si Badul bertanya..

Badul : “Pakcik mancing di paya tu ada ikan ke?”
Atok : “Oh ada”
Badul : “Biar betul pakcik nie.. dah berapa ekor dapat?”
Atok : “Kamu yang kelima”

IFTAR

Posted in Uncategorized on September 22, 2008 by razli

Jumaat yang lepas telah diadakan majlis berbuka puasa bersama2 kanak2 dari rumah Silaturrahim Nurul Qan’ah, Batu Caves. Majlis dimulakan dengan Tadarus Al-Quran pada pukul 5 petang. Seramai 50 orang kanak2 dari rumah Nurul Qan’ah diraiikan oleh pelajar2 dan juga kakitangan Kull. Ekonomi & Sains Pengurusan.

Wasiat..!!

Posted in Uncategorized on September 19, 2008 by razli

Ada sorang tua, nama dia Nenek Ani. Dia terlantar di hospital kerana sakit jantung, … .

Keadaannya semakin hari semakin teruk. Ani dah tak tau apa nak buat lagi. So suatu hari tu dia panggil Pak Din untuk bacakan doa untuk Nenek Ani. Tapi semakin dibaca, semakin teruk sakit orang tua tu. Sampai terketar-ketar dan termengah-mengah kerana terlalu sakit.

Nenek Ani dalam keadaan tak berdaya tu memberikan isyarat meminta pen dan kertas. Ani memberikan pen dan kertas kepada neneknya. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, Nenek Ani menulis dan memberikan kertas itu kepada Pak Din.

Pak Din menganggap tak baik membaca wasiat di hadapan Nenek Ani sebelum Nenek Ani meninggal. Jadi dia pun masukkan kertas tu ke dalam poketnya. Tak lama kemudian Nenek Ani pun meninggal dunia. Selepas seminggu kematian Nenek Ani, Pak Din pun datang ke rumah Ani, dengan memanggil semua sanak saudara Nenek Ani, tujuannya tak lain dan tak bukan untuk menbaca wasiat dari nenek tersebut

Pak Din pun berucap, menyatakan kesedihannya atas kematian Nenek Ani, dan di akhir ucapan itu Pak Din mengajak Ani dan saudara ! mara membaca wasiat itu bersama-sama, yang antara lain isi itu ialah… … … … .

“Din, … . kau janganlah berdiri di atas wayar oksigen aku tu”

Japanese Names..!!

Posted in Uncategorized on September 18, 2008 by razli

Nama Pilihan Terbaik Orang Jepun

01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA

03. Yang bisu - KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA

05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA

12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI

14. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI

Seminggu..!!

Posted in Uncategorized on September 18, 2008 by razli

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti…


Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama. …


Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen…


Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama…


Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh…


Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu…


Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya. .


Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.


Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi

uruskan semuanya..


Penat la nak taip lagi nie….

Mesti Baca…..!!

Posted in Uncategorized on September 16, 2008 by razli

KISAH BULAN PUASA

“Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid,”
kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja.

Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan. Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur..

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.
Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib. Abah macam tidak nampak keganjilan itu.

Aku cuit bahu dia dantunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah.. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

“Kenapa?” tanya Abah.

“Lailatuqadar,” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

“Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?”

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

“Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor. Bodoh,”
sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja.
Terima sahajalah.Jangan melawan.

Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi.
Aku cuma pulang untuk cuti raya.

Career Talk for Undergraduate Student organized by BACC student - Session 6

Posted in Uncategorized on September 11, 2008 by razli

session with Apex

The Organizing committee


FireStats icon Powered by FireStats