Baru-baru ni, ummi ada menulis dlm blog ni tentang Aiza yg tak nak mkn. Alhamdulillah, ummi dah tau punca-puncanya. So bila dah tau punca, senanglah ummi nak plan jalan penyelesaiannya.
Punca pertama, Aiza nak tumbuh gigi. Bukan 1 atau 2 gigi, tapi hampir seluruh set gigi bawah dan atas. Hebatnya anak ummi ni! Bila nak tumbuh gigi, gusi dia jadi sakit, bengkak sikit dan timbul keinginan utk menggigit. So penyelesaiannya, ummi bagi Aiza makanan yg keras2 sikit. Ummi gantikan bubur nasi dgn nasi goreng, mee sup, spageti, jagung, epal etc. So far alhamdulillah Aiza suka.
Punca kedua, Aiza sebenarnya dah tanak makan bersuap. Dia nak makan sendiri. Ummi ada baca kat internet, baby yg umur above 1 year old akan start develop skills do-it-yourself. Baby juga akan perhatikan tindakan org dewasa di sekelilingnya dan akan mula meniru perbuatan tersebut. So dalam kes Aiza ni, bila ummi suap dia cuma akan makan 2,3 sudu je. Tapi bila ummi bagi dia pegang sudu, semangkuk mee pon boleh habis (walaupon sebenarnya separuh je yg masuk dalam perut, separuh lagi jatuh ke lantai hihi). Tapi pengalaman ni sangat menyeronokkan (dan meletihkan). Ummi gembira tgk Aiza menyuap sendiri sambil nyanyi2 -> dia mmg happy bila dpt mkn sendiri. Bila ummi letak bubur nasi kat depan dia, ada masanya dia mkn semua…ada masanya dia pilih carrot je…ada masanya dia pilih celery je etc. Kalau ummi hidangkan mi sup lagi best. Dia akan makan guna tangan. Dia ambik mee tu satu2 dan suap masuk mulut. Haiii anak ummi ni…tak kisahlah asalkan Aiza makan.
Tapi utk ibu2 di luar sana, jangan terkejut dan tension bila anak2 anda start belajar makan sendiri sbb keadaannya akan jadi sgt bersepah. So sediakan kain lap banyak2. Ummi ada bercadang nak belikan tikar makan khas utk Aiza so kalau makanan tumpah pun, cuma kena kat atas tikar. Tapi buat masa sekarang, sementara tak ada tikar, ummi letak Aiza dalam besen mandi dia everytime dia makan. Hahahaha teruk kan ummi ni? InsyaAllah dalam masa terdekat ni, ummi akan usaha utk beli tikar Aiza secepat yg mungkin. Tunggu ye sayang….



















