:: rencahnya hidup tak semua yang kita inginkan akan kita miliki ::
Archive for azab
August 25, 2010 at 8:02 am · Filed under Ingatan and tagged: azab, makhluk, nasihat, syurga
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL BAKRI
SHEIKH al-Maraghi berkata: “Allah SWT telah memberi amaran kepada orang kafir yang menindas kaum yang beriman sama ada lelaki mahupun perempuan dan memberikan galakan kepada orang yang beriman dan melakukan amal soleh serta melukiskan pahala balasan amalannya yang disediakan untuknya.
Keterangan yang menunjukkan kesempurnaan kekuasaan-Nya terhadap semuanya itu, agar menjadi penguat atas gambaran gertakan yang lalu. Seorang raja tidak akan besar dan hebat kekuasaannya melainkan dua faktor berikut:
* Sifat dermawan dan kemurahan hati yang sempurna.
* Angkatan perang yang kuat dan armada yang besar yang sanggup menentang musuhnya dan menyebabkan negara sekitarnya berasa gentar.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat.
Ayat ini berisi gertakan terhadap golongan Quraisy dan pendukungnya, sebaliknya menjadi penawar kepada Rasulullah SAW dan pembelanya.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya Dialah yang menciptakan (sekalian makhluk) pada mulanya, dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati).
Syed Qutub berkata: “Ayat penamat ini merupakan penamat yang hakiki bagi perjuangan itu. Itulah hakikat daripada penjelasan yang pertama mengenai peristiwa parit api supaya hakikat ini tertanam di dalam hati kumpulan kecil orang-orang yang beriman di negeri Mekah pada masa itu. Juga tertanam dalam hati setiap yang beriman yang menghadapi penindasan di sepanjang abad.
Firman Allah SWT: Dan Dialah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih.
Ibnu Kathir berkata: “Yakni dengan kekuatan dan kekuasaan-Nya yang sempurna Dia memulakan penciptaan dan kemudian mengembalikannya lagi seperti sediakala tanpa ada yang menghalangi dan tidak pula mencegah.
Firman Allah SWT: Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya.
Ibnu Kathir berkata: “Iaitu mengampuni orang-orang yang bertaubat dan tunduk kepada-Nya, apa pun dosanya. Sedangkan mengenai al-Wadud, Ibnu Abbas dan juga lainnya mengatakan: “Iaitu yang penuh cinta dan kasih.
Firman Allah SWT: Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendaki-Nya.
Syed Qutub berkata: “Inilah sifat Allah yang banyak menjadi kenyataan dan sentiasa bertindak. Dia mempunyai iradat yang bebas. Dia memilih apa yang disukai-Nya. Dia membuat apa yang dikehendaki-Nya. Dia selama-lamanya begitu dan itulah sifat-Nya. Sekali Dia mahukan orang-orang mukmin mencapai kemenangan di bumi ini kerana sesuatu hikmah yang dikehendaki-Nya, dan sekali pula Dia mahukan keimanan mengatasi malapetaka penindasan dan mahukan tubuh badan yang fana itu terkorban kerana sesuatu hikmat yang dikehendaki-Nya. Dan sekali pula Dia mahu bertindak terus membinasakan manusia-manusia yang zalim di bumi, dan sekali Dia mahu menangguhkan balasan terhadap mereka sehingga tiba Hari Kiamat yang dijanjikan itu kerana suatu hikmah yang tertentu yang direalitikan di dunia ini dan akhirat sana mengikut perencanaan-Nya yang tersusun.
Inilah sebahagian daripada tindakan Allah yang bebas mengikut kehendak dan iradat-Nya yang sesuai dengan peristiwa parit api dan sesuai dengan cerita kebinasaan kaum Firaun dan Thamud pada ayat akan datang.
Hakikat iradat dan kudrat Allah yang bebas di sebalik peristiwa-peristiwa, di sebalik kehidupan dan di sebalik alam itu akan terus bertindak di alam buana ini.
March 15, 2010 at 9:04 am · Filed under Himpunan Hadith, Ingatan and tagged: akhlak, azab, doa, iman, manusia, nasihat
Ciri-ciri Orang Munafik
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.
Riwayat Ahmad
Huraian
Pengajaran Hadith:
i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.
Ii) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.
Iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.
iv) Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.
source: JAKIM
March 3, 2010 at 8:28 am · Filed under Himpunan Hadith, Ingatan and tagged: akhlak, azab, iman, manusia, nasihat
Dari Khaitsamah r.a katanya:” Ketika kami sedang duduk (belajar) dengan Abdullah bin Umar tiba-tiba datang bendaharanya, lalu dia masuk ke dalam majlis. Kata Abdullah kepadanya:” Sudahkah kamu memberi makan kepada para hamba sahaya? Jawab bendahara:”Belum tuanku!” Kata Abdullah selanjutnya:”Bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda:”Alangkah besar dosanya orang yang menahan-nahan makan (upah dan sebagainya) terhadap orang yang menjadi tanggungjawabnya.”
(al-Bukhari)
Huraian
1. Islam datang untuk membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah SWT di mana kedatangan Islam telah berjaya menghapuskan perhambaan dengan cara yang sangat halus. Islam tidak terus melarang perhambaan, tetapi Islam menghapuskan amalan hamba abdi ini secara beransur-ansur. Banyak hadith Rasulullah SAW yang berkaitan dengan amalan perhambaan; ada amalan-amalan yang dikaitkan pahalanya sama seperti membebaskan hamba abdi dan ada denda-denda terhadap sesuatu perbuatan yang melibatkan pembebasan hamba abdi.
2. Pada zaman ini perhambaan tidak lagi wujud. Ini bermakna bahawa perhambaan sudah dimansuhkan oleh dunia seluruhnya. Tiada manusia yang boleh memperhambakan sesiapa juga dalam kehidupan mereka termasuk pembantu rumah, pekerja serta mereka yang lemah.
3. Memberi peluang pekerjaan kepada manusia lain untuk mencari rezeki tanpa menjatuhkan martabat kemanusiaannya adalah perkara yang dituntut oleh Islam. Malah Islam menetapkan bahawa di antara majikan dan pekerja terdapat batas-batas yang tertentu yang harus dijaga. Majikan tidak boleh menganiaya para pekerjanya manakala pekerja tidak boleh bersikap buruk terhadap majikan. Masing-masing mestilah mempunyai rasa tanggungjawab, bertolak-ansur, baik sangka dan tolong menolong.
Source: JAKIM
February 18, 2010 at 8:15 am · Filed under Himpunan Hadith, Ingatan and tagged: akhlak, azab, doa, iman, manusia, nasihat, neraka, syurga
Hadith:
Dari Jabir r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda: ”Perumpamaanku dengan kamu sekelian ialah bagaikan seorang yang menyalakan api. Maka serangga-serangga berterbangan menjatuhkan diri ke dalam api itu. Padahal orang tersebut telah berusaha menghalaunya. Dan aku telah mencegah kamu semua agar tidak jatuh ke dalam api tetapi kamu meloloskan (melepaskan) diri dari tanganku.”
(Muslim)
Huraian:
Rasulullah s.a.w telah ditugaskan membawa petunjuk daripada Allah S.W.T dan kita selaku umatnya hendaklah menurut segala ajaran yang telah disampaikan itu kerana itulah satu-satunya jaminan kita akan terlepas daripada azab Allah di akhirat kelak dan juga mendapat keselamatan hidup di dunia. Sesungguhnya tiada jaminan yang lebih besar selain daripada mendapat perlindungan daripada Allah yang Maha Berkuasa. Meskipun dikatakan bahawa manusia itu tidak pernah terlepas daripada melakukan kesalahan dan dosa namun tentu ada caranya agar kita tidak terus bergelumang dengan perkara-perkara tersebut iaitu dengan sesegera mungkin kembali kepada kebenaran dan meninggalkan kebiasaan buruk sebelumnya. disertai dengan meminta keampunan dari Allah dan bertaubat. Oleh itu setiap manusia itu wajib menggunakan akal fikirannya untuk menilai manakah yang baik dan manakah yang buruk dan sentiasa memohon hidayah daripada-Nya agar ditetapkan hati dan jiwa mereka di atas jalan kebenaran kerana hidayah itu hanya akan singgah pada hati yang sentiasa mencarinya.
Source: JAKIM
December 28, 2009 at 8:51 am · Filed under Ingatan and tagged: Add new tag, azab, doa, iman, manusia, Mati, neraka, solat, syurga
Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.
Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: “Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya 300x tetakan pedang.” Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan 300x tetakan.
Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-
Sebelum tidur:
1] Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2] Selawat ke atas Nabi
3] Membaca tasbih
Amalan harian:
1] Sentiasa membaca Al-Quran
2] Memelihara solat terutama solat fardu
3] Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4] Membaca tasbih
5] Membanyakkan sedekah
6] Sentiasa berzikir menyebut Allah
Amalan yang perlu dijauhi:
1] Dusta
2] Khianat
3] Mengadu domba
4] Kencing berdiri
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil.”
Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga. Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah.
Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: “Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?” Jawab Nabi Idris: “Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya.” Kata malaikat maut: “Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun.”
Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: “Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu.” Kata Nabi Isa as: “Cubalah kamu pilihkan?” Mereka berkata:Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh).”
Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu. Berkata Sam bin Nuh: “Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: “Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?” Kata Sam: “Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut.”
December 16, 2009 at 8:10 am · Filed under Ingatan and tagged: azab, engkar, iman, manusia, nasihat, neraka, syurga
Rahsia Iblis
Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yang menceritakan mengenai pertanyaan-pertanyaan iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.
1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: “Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku.”Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air (tandas). “
2. Iblis berkata: “Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid, surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?.” Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tempat-tempat hiburan (pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya.”
3. Iblis berkata lagi:”Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?” Firman Allah s.w.t yang bermaksud:” Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).
4. Iblis berkata:”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?”. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: ” cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)”
5. Iblis bertanya lagi: “Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?”. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “wahai iblis, azan untukmu ialah seruling.”
6. Tanya iblis lagi:”Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?”. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:” Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebih kurang sama dengannya.”
7. Kata iblis:”Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran) kepada anak Adam. Apakah tulisan bagiku? .” Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu, tatu, tahi lalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)
8. Kata iblis: “Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?.” Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita “
9. Kata iblis: “Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?.”Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut nama Allah.”
10. Kata iblis:”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?” Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan dengan nama Allah.”
December 8, 2009 at 8:49 am · Filed under Ingatan and tagged: azab, doa, iman, manusia, nasihat, neraka, wanita
“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”
Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.
Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.
Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli
October 8, 2009 at 8:27 am · Filed under Ingatan and tagged: azab, iman, maaf, manusia, nasihat
Adakah anda sedar anda bermulut celupar? Pernahkah anda berusaha untuk berubah tetapi tidak berjaya? Artikel ini membincangkan teknik mengubati penyakit mulut celupar daripada Al-Quran, khusus untuk mereka yang berniat untuk berubah, Insya Allah.
Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan. Petua ini berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.
Pertama, nabi menyuruh diam. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”
Kemudian, nabi menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita. Menurut sahabat Ibnu Umar, nabi pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.
Berhubung dengan zikir, menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’.” Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca “subhanallah wabihamdihi” 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.
Ketiga, sahabat Huzaifah r.a. pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang keburukkan yang ada pada lisannya. Maka Rasulullah bersabda, “Bagaimanakah engkau dengan istighfarmu wahai Huzaifah? Sesungguhnya aku beristigfar kepada Allah s.w.t.seratus kali setiap hari.” Istighfar bermaksud memohon ampun. Ucapan istighfar yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, “Astaghfirullahazim” disertakan “perasaan menyesal” di dalam hati. Jika nabi yang maksum dan yang baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan?
source: unknown
September 17, 2009 at 8:16 am · Filed under Ingatan and tagged: azab, iman, manusia, solat, soleh, syurga
Firman Allah swt: “Dialah yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah sedia ada).” (Al Fath : 4)
“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: ‘Tuhan kami ialah Allah’, kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): ‘Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih, dan bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu.’” (Fushshilat : 30)
Rasulullah saw bersabda: “Apabila Allah kasih kepada seorang hamba, maka Ia memanggil Jibrail dan memberitahu kepadanya: ‘Allah telah kasih kepada fulan, maka kasihlah engkau kepadanya.’ Kemudian diumumkan kepada sekalian ahli langit, ‘Sesungguhnya Allah kasih kepada fulan maka kasihlah kamu sekalian kepadanya’, dan setelah dikasihi penghuni langit, diberinya kejayaan pada orang bumi.” (Bukhari, Muslim)
Alangkah indahnya saat tatkala Allah swt berfirman kepada kita: “Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu.” (Al Fajr : 27-30)
“Dan (alangkah ngerinya) jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): ‘Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin.’” (As Sajdah : 12)
Rasulullah saw bersabda ialah: “Seringan-ringan siksa ahli neraka pada hari kiamat ialah orang yang diletakkan di bawah tumitnya bara api yang akan mendidihkan otaknya. Sedang ia merasa tiada seorang pun yang lebih siksa daripadanya, padahal itu adalah siksa yang paling ringan.” (Bukhari, Muslim)
“Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Barangsiapa yang terjauh daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia.” (Ali Imran : 185)
August 17, 2009 at 8:01 am · Filed under Ingatan and tagged: azab, dosa, iman, syurga
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam.
Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :
“Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya.” Maka Rasulullah menjawab : “Mahukah engkau berjanji bahwa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?”
“Ya, saya berjanji” jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.
Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.
Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya :
“Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu.”
Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.
“Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah.
Sanggupkah engkau berbohong kepadanya” bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata :
“Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan….sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga.”
Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.
Next entries »