:: rencahnya hidup tak semua yang kita inginkan akan kita miliki ::
Archive for October, 2009
October 30, 2009 at 7:15 am · Filed under Ingatan and tagged: doa, manusia, nasihat, neraka, syurga
Bakhil atau Kikir
Bakhil alias Kikir adalah satu penyakit hati karena terlalu cinta pada harta sehingga tidak mahu bersedekah.
“Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karuniaNya menyangka, bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah-lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” [Ali ‘Imran 180]
Padahal segala harta kita termasuk diri kita adalah milik Allah. Saat kita lahir kita tidak punya apa-apa. Telanjang tanpa pakaian. Saat mati pun kita tidak membawa apa-apa kecuali beberapa helai kain yang segera membusuk bersama kita.
Sesungguhnya harta yang kita simpan itu bukan harta kita yang sejati. Saat kita mati tidak akan ada gunanya bagi kita. Begitu pula dengan harta yang kita pakai untuk hidup bermegah-megahan seperti membeli kereta dan rumah mewah.
“Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup serta mendustakan pahala terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar. Dan hartanya tidak bermanfaat baginya apabila ia telah binasa” [Al Lail 8-11]
Justeru itu harta yang bermanfaat bagi kita di akhirat nanti adalah harta yang kita belanjakan di jalan Allah atau disedekahkan. Harta tersebut akan jadi pahala yang balasannya adalah istana surga yang luasnya seluas langit dan bumi.
“Berlomba-lombalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai karunia yang besar.” [Al Hadiid 21]
October 29, 2009 at 8:13 am · Filed under Ingatan and tagged: dosa, manusia, nasihat, neraka
Riya’
Riya’ adalah berbuat kebaikan/ibadah dengan maksud mempamerkan kepada manusia agar orang mengira dan memujinya sebagai orang yang baik atau gemar beribadah seperti shalat, puasa, sedekah, dan sebagainya.
Ciri-ciri riya:
“Orang yang riya berciri tiga, yakni apabila di hadapan orang dia giat tapi bila sendirian dia malas, dan selalu ingin mendapat pujian dalam segala urusan. Sedangkan orang munafik ada tiga tanda yakni apabila berbicara bohong, bila berjanji tidak ditepati, dan bila diamanati dia berkhianat.” (HR. Ibnu Babawih).
Orang yang riya’, maka amal perbuatannya sia-sia belaka.
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia” [QS. Al-Baqarah: 264]
“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat, yaitu orang-orang yang lalai dari shalatnya, yang berbuat karena riya” [Al Maa’uun 4-6]
“Riya’ membuat amal sia-sia sebagaimana syirik.” (HR. Ar-Rabii’)
“Sesungguhnya riya’ adalah syirik yang kecil.” (HR. Ahmad dan Al Hakim)
Imam Al Ghazali mengumpamakan orang yang riya itu sebagai orang yang malas ketika dia hanya berdua saja dengan rajanya. Namun ketika ada budak sang raja hadir, baru dia bekerja dan berbuat baik untuk mendapat pujian dari budak-budak tersebut..
Nah orang yang riya juga begitu. Ketika hanya berdua dengan Allah Sang Raja Segala Raja, dia malas dan enggan beribadah. Tapi ketika ada manusia yang tak lebih dari hamba/budak Allah, maka dia jadi rajin shalat, bersedekah, dan sebagainya untuk mendapat pujian para budak. Adakah hal itu tidak menggelikan?
Agar terhindar dari riya, kita harus meniatkan segala amal kita untuk Allah ta’ala (Lillahi ta’ala).
October 23, 2009 at 8:05 am · Filed under Ingatan and tagged: doa, iman, isteri, manusia, suami, syurga
OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI
Islam mensyariatkan perkahwinan dan menjadikan perkahwinan itu sebagai pagar pemelihara kesucian nasab keturunan manusia. Firman Allah s.w.t:
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Maksudnya: “dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”. [al-Rum: 21]
Maksud “al-Mawaddah” dalam ayat ini adalah jimak atau hubungan seks sebagaimana yang ditafsirkan oleh Ibn Abbas r.a, Mujahid, dan Qatadah manakala “al-Rahmah” pula menurut mereka adalah anak-anak.
Maka Allah s.w.t meletakkan hubungan intim antara suami isteri sebagai satu perkara penting dalam alam perkahwinan bahkan menjadi pengikat utama antara suami isteri kerana hanya melalui perkahwinan sahaja seseorang manusia dihalalkan melakukan hubungan seks yang merupakan antara syahwat terbesar manusia demikian melalui hubungan seks jua lahirnya keturunan dan zuriat umat manusia.
Oleh itu, amat penting bagi pasangan suami isteri untuk melakukan hubungan seks sesuai dengan kehendak syariat dan sunnah Nabi s.a.w. Maka di sini saya ingin menyentuh beberapa kesalahan yang terjadi dalam perkara ini:
Pertama: Melihat Hubungan Seks sebagai Adat atau Tuntutan Nafsu Sahaja.
Apabila hendak melakukan hubungan seks, suami isteri perlu faham bahawa apa yang bakal mereka lakukan adalah satu ibadah kerana sabda Nabi s.a.w:
وفي بضع أحدكم صدقة
Maksudnya: “dan pada kemaluan seseorang kamu (digunakan untuk menjimak isterinya) adalah sedekah”. [Muslim & Ahmad].
Daripada hadis ini ulama telah bersetuju, hubungan seks antara suami isteri adalah ibadah dan diberi pahala atasnya. Hukumnya pula adalah wajib antara suami isteri yang memerlukannya. Dalilnya adalah sabda Nabi s.a.w:
إذا دعا الرجل امرأته إلى فراشه فأبت أن تجيء لعنتها الملائكة حتى تصبح
Maksudnya: “Apabila seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidur lalu dia (isteri) enggan maka dia akan dilaknat malaikat sehingga pagi”. [al-Bukhari & Muslim].
Maka apabila seorang isteri dipanggil suami untuk bermesra maka wajib dia datang walaupun dalam keadaan haid kerana wanita yang haid masih boleh bermesra dengan suaminya selama tidak melakukan seks penetretif berdasarkan sabda Nabi s.a.w:
اصنعوا كل شيء إلا النكاح
Maksudnya: “Buatlah semuanya kecuali nikah” [Muslim & Ahmad].
Maksudnya boleh suami bermesra dengan isterinya yang haid dan nifas selama dia menjauhi tempat keluarnya darah.
Demikian juga hadis ini walaupun menunjukkan kepada wanita tetapi masuk juga kepada suami apabila isterinya mengajak kepada hubungan wajiblah dia penuhi kerana hadis:
وَإِنَّ لِزَوْجِكَ عَلَيْكَ حَقًّا
Maksudnya: “dan sesungguhnya isterimu mempunyai hak ke atasmu”. [al-Bukhari].
Para ulama berbeza pendapat berapa kali wajib melakukan hubungan seks itu, ada yang berpendapat setahun 3 kali sekurang-kurangnya, ada yang menyatakan 4 hari sekali, dan ada yang menyatakan setiap kali isternya suci daripada haid hendaklah dilakukan sekali (yakni sebulan sekali). Namun, yang zahir adalah wajib menurut keperluan setiap pasangan itu sendiri.
Kedua: Meninggalkan Doa Sebelum Jimak
Telah sabit dalam sunnah Nabi s.a.w hendaklah membaca doa khas yang diajar Nabi s.a.w sebelum melakukan jimak iaitu:
بِاسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبْ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا
Maksudnya: “Dengan nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah Syaitan daripada kami dan jauhkanlah Syaitan daripada apa yang Engkau berikan kepada kami (anak)”.
Doa ini sabit dalam Sahih al-Bukhari dan lainnya serta membacanya memberi faedah yang besar iaitu mengelakkan syaitan daripada turut campur serta dalam hubungan seks mereka yang mana jika syaitan turut campur serta akan mengakibatkan terhasilnya zuriat yang jelik pada akhlaknya.
Demikian juga bagi pengantin baharu, apabila hendak melakukan hubungan seks buat kali pertama, hendaklah suami memegang ubun-ubun isterinya lalu membaca doa berikut:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا ، وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا ، وَمِنْ َشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ
Maksudnya: “Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya”. [Abu Daud, Ibn Majah-sahih-].
Doa ini juga sunat dibaca apabila kita membeli kenderaan baru atau khadam baharu dan seumpamanya.
Ketiga: Menambah Doa dan Zikir yang Tiada Asal dalam Syariat
Terdapat juga pihak-pihak yang menulis dan mengarang buku panduan hubungan suami isteri menyenaraikan doa dan zikir yang tiada asal usul dalam syariat, tidak bersumber kepada hadis-hadis yang sahih.
Tindakan ini amat bertentangan dengan sabda Nabi s.a.w:
مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ
Maksudnya: “Sesiapa yang mereka cipta perkara baharu dalam urusan (agama) kami ini maka (amalan itu) tertolak”. [al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibn Majah, dan Ahmad].
Zikir dan bacaan doa khas adalah ibadat khas yang mesti bersumber daripada Rasulullah s.a.w tidak boleh direka-reka, maka perbuatan menambah-nambah bacaan seperti selawat sewaktu menyentuh bahagian tertentu daripada badan isteri, menyebut Asmaul Husna ketika hendak menyentuh atau mencium anggota tertentu adalah bidaah dolalah.
Keempat: Kepercayaan Larangan Melihat Kemaluan Suami Isteri
Tidak dinafikan ada pendapat sesetengah ulama yang menyatakan haram atau makruh melihat kemaluan antara suami isteri, bahkan ada yang beriktikad melihat kemaluan ini akan menjadikan anak buta atau cacat tetapi kepercayaan ini tidak dapat diterima sama sekali kerana ia berdasarkan hadis palsu yang berbunyi:
النظر إلى الفرج يورث الطمس
Maksudnya: “Melihat kepada kemaluan itu mewariskan buta”.
Dan hadis:
إذا جامع أحدكم زوجته أو جاريته فلا ينظر إلى فرجها فإن ذلك يورث العمى
Maksudnya: “Apabila salah seorang kamu menjimak isterinya atau jariahnya janganlah melihat kepada kemaluannya kerana itu mewariskan buta”.
Hadis-hadis ini adalah mauduk, yakni palsu [Lihat: al-Maudu'at, 2/271].
Adapun hadis:
إِذَا أَتَى أَحَدُكُمْ أَهْلَهُ فَلْيَسْتَتِرْ وَلاَ يَتَجَرَّدْ تَجَرُّدَ الْعَيْرَيْنِ
Maksudnya: “Apabila seseorang kamu mendatangi isterinya maka hendaklah dia menutup (auratnya) dan janganlah berbogel seperti keldai”. [Ibn Majah]
Hadis ini daif sebagaimana dijelaskan al-Busairi r.h dalam al-Zawaid demikian juga al-Albani r.h dalam tahkik beliau terhadap Sunan Ibn Majah.
Demikian juga hadis Aisyah r.a katanya:
ما نظرت أو ما رأيت فرج رسول الله صلى الله عليه و سلم قط
Maksudnya: “Aku tidak pernah sama sekali melihat kemaluan Rasulullah s.a.w”. [Ibn Majah & Ahmad].
Hadis ini juga daif sebagaimana sepakat antara al-Busairi, al-Albani dan al-Arnauth.
Bahkan telah sepakat para ulama harus bahkan mustahab suami isteri saling pegang memegang kemaluan mereka untuk menambahkan keghairahan dalam hubungan. Imam Abu Hanifah r.h ditanya berkenaan hukum suami isteri saling memegang kemaluan antara mereka untuk menaikkan syahwat adakah salah? Maka beliau menjawab:
لاَ ، وَأَرْجُو أَنْ يَعْظُمَ الأَْجْرُ
Maksudnya: “Tidak menjadi kesalahan, bahkan aku berharap digandakan pahala bagi keduanya”. [al-Mausuah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 32/90].
Imam Malik r.h pula berfatwa:
لا بأس أن ينظر إلى الفرج في حال الجماع وزاد في رواية ويلحسه بلسانه
Maksudnya: “Tidak ada salahnya untuk dia melihat kemaluan isterinya semasa jimak”. Dalam riwayat lain menambah: “dan harus dia menjilatnya dengan lidahnya”. [Mawahib al-Jalil, 3/406]
Demikian juga dalam I’anah al-Tolibin, kitab fiqah Syafii menyatakan harus seorang suami beristimta’ (bersenang-senang) dengan seluruh tubuh isterinya termasuk menjilat klitoris tetapi dijauhi halaqah dubur. [I'anah al-Tolibin, 3/340]. Ini menunjukkan harusnya melihat kemaluan antara suami isteri. Dasar keharusan ini adalah sabda Nabi s.a.w:
احفظ عورتك إلا من زوجتك أو ما ملكت يمينك
Maksudnya: “Jagalah auratmu kecuali daripada isterimu atau hamba sahayamu”. [Abu Daud, al-Tarmizi, Ibn Majah, dan Ahmad serta ianya hasan].
Kelima: Merakam Aksi Seks dan Melihat Filem Porno untuk Ransangan
Antara seburuk-buruk kesalahan yang berlaku adalah merakam aksi seks yang dilakukan antara suami isteri. Jika yang merakam tersebut pihak ketiga maka keharaman dan kehinaannya amat jelas, demikian juga yang merakam itu suami isteri sendiri walaupun dengan alasan simpanan peribadi kerana tidak aman daripada rakaman itu terlepas ke tangan manusia lain paling kurang ahli rumahnya.
Telah sepakat ulama haram seseorang melakukan jimak dalam keadaan dilihat orang lain atau di tempat yang memungkinkan dilihat orang pada kebiasaannya dan sebahagian ulama memakruhkan jimak dalam bilik yang ada bayi kecil sekalipun.
Demikian juga perbuatan melihat filem porno untuk merangsang kerana matlamat tidak menghalalkan cara. Telah maklum bahawa haram melihat aurat manusia lain sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al-Nur ayat 30 dan 31:
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (30) وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ…
Maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka…”
dan sabda Nabi s.a.w:
لا ينظر الرجل إلى عورة الرجل ولا المرأة إلى عورة المرأة
Maksudnya: “Tidak boleh seorang lelaki memandang aurat lelaki yang lain dan seorang wanita memandang aurat wanita yang lain…”[Muslim].
Maka memandang aurat berlawanan jenis tentu lebih haram lagi.
Keenam: Tidak Melakukan Muqaddimah
Sabda Nabi s.a.w:
” لا يقعن أحدكم على امرأته كما تقع البهيمة ليكن بينهما رسول ، قيل ما الرسول ؟ قال : القبلة والكلمة “
Maksudnya: “Janganlah seseorang kamu menjimak isterinya seperti haiwan, hendaklah ada antara antara kedunya utusan”. Sahabat bertanya: “Apakah utusan itu?” Jawab Nabi s.a.w: “Ciuman dan ucapan”. [al-Baihaqi].
Daripada hadis ini, menjadi sunnah untuk suami isteri melakukan muqaddimah jimak seperti bercumbu rayu dan melakukan foreplay. Tindakan meninggalkan cumbu rayu ini menyebabkan amalan jimak tadi terpesong daripada sunnah Nabi s.a.w.
Ketujuh: Memecahkan Dara dengan Jari
Antara perkara bidaah yang berlaku dalam masyarakat arab adalah memecahkan dara dengan jari sebelum si isteri masuk ke kamar suami untuk menjadi bukti isterinya masih dara. [Mukjam al-Bida', 84].
Demikian juga jika si suami memecahkan dengan jari semasa persetubuhan kerana seorang wanita itu mungkin telah terkoyak selaput daranya kerana terjatuh, banyak berjalan atau berlari, dan mungkin sahaja kerana kedatangan haid yang berat (heavy period). Tindakan suami memecahkan dara dengan jari akan mendatangkan rasa tidak senang jika tiba-tiba tiada darah yang keluar dan ini membuka jalan syaitan untuk menimbulkan syak wsangka pada suami terhadap isterinya. Wallahua’lam.
Kelapan: Melakukan Seks dalam Keadaan Tidak Sihat Tubuh Badan
Tidak ada tegahan syarak melakukan seks semasa suami atau isteri dalam keadaan kurang sihat seperti demam, selsema dan sebagainya tetapi secara ilmiahnya, ilmu Psikologi menetapkan perkara ini akan memberi kesan kepada anak yang terhasil semasa perhubungan tersebut.
Kondisi anak yang terhasil daripada persetubuhan semasa tubuh kurang sihat adalah lemah dan kurang daya tahan. Jadi hendaklah dielakkan melakukan seks penetratif dalam keadaan tubuh kurang sihat.
Kesembilan: Suami Tidak Menanti Isteri di Kemuncak
Hendaklah suami jangan menyudahkan hubungan sehingga isterinya juga mencapai orgasme kerana sabda Nabi s.a.w:
إذا أتى أحدكم أهله فليصدقها فإن سبقها فلا يعجلها
Maksudnya: “Apabila seseorang kamu mendatangi (menjimak) isterinya maka berilah dia sedekah jika dia (si suami) mendahuluinya (si isteri) maka janganlah dia tergesa-gesa”. [Abu Yakla, daif].
Hadis ini daif tidak menjadi hujah namun secara ilmiahnya diketahui bahawa membiarkan isteri tidak mencapai kepuasan adalah satu kezaliman dan melanggar umum perintah Allah s.w.t:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: “dan bergaullah dengan mereka (para isteri) dengan baik..” [al-Nisaa: 19].
Kesepuluh: Menyebarkan Rahsia Kamar
Amat jelik sekali akhlak mereka yang mendedahkan rahsia kamar tidur antara suami isteri kepada orang luar walau kepada ibu bapa sendiri sekalipun. Dalam hadis menyatakan:
إن من شر الناس منزلة الرجل يفضي إلى المرأة وتفضي إليه، ثم يصبح يتحدث بما جرى بينهما
Maksudnya: “Sesungguhnya seteruk-teruk manusia kedudukannya adalah seorang lelaki yang menyetubhi isterinya kemudian dia menceritakannya pada waktu paginya”. [Muslim].
Maka haram hukumnya menyebarkan rahsia kamar tidur kecuali dengan tujuan perubatan atau memohon fatwa dan seumpamanya daripada maslahat yang mendesak. [Maza Taf'al Lailatal Bina', 28].
Penutup:
Maka demikianlah sebahagian kesalahan yang berlaku dalam hubungan intim suami isteri dan perlu diperbetulkan oleh setiap pasangan suami isteri yang inginkan hubungan intim mereka berlaku sesuai dengan panduan syariat Islam yang suci.
Perlu diketahui, persetubuhan merupakan langkah pertama dalam rangka membentuk seorang anak, maka amat wajar pembentukan anak itu dilakukan dengan cermat menurut garis panduan syariat dan janganlah menjadikan seks semata-mata untuk melampiaskan nafsu tetapi jadikanlah sebagai ibadah yang mudah-mudahan dengannya kita mendapat reda Allah s.w.t.
source: http://al-fikrah.net/
October 22, 2009 at 8:34 am · Filed under Ingatan and tagged: manusia, nasihat, syurga
Dua perkara penting yang diingatkan junjungan Nabi SAW ialah menjaga serta memelihara lidah dan tingkah laku. Lidah termasuk nikmat Allah yang sangat besar kerana kebaikan diucapkannya akan melahirkan manfaat, yang buruk mendatangkan kesan berpanjangan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Pesanan itu adalah manifestasi pentingnya menjaga tutur kata, tidak mengucapkan hal yang buruk dan menyakiti hati saudara seagama kerana bertutur sembarangan tanpa berfikir kesannya akan membawa kepada permusuhan, kekacauan bahkan boleh menjurus kepada pertumpahan darah.
Rasulullah SAW berpesan supaya menjaga lidah dan tingkah laku supaya tidak mengganggu serta melampaui batas atau menyentuh hak orang lain. Sabda Baginda yang bermaksud: “Janganlah kamu berlebih-lebihan dalam beragama.” (Hadis riwayat Ahmad)
Pada saat pengaruh kehidupan bersalut kebendaan, didapati manusia semakin boros mengeluarkan kata-kata sehingga ada yang terlupa mempertahankan sifat santun dan adab dalam menuturkannya hingga menyakitkan hati pendengarnya.
Harus diakui manusia memang berbeza pandangan, pendirian dan bebas membuat penafsiran terhadap sesuatu yang dirasakan benar baginya tetapi ketika yang sama, manusia diberi akal dan iman untuk mempertimbangkan ilmu secara beradab.
Firman Allah yang bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu wahai Muhammad dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik.” (Surah al-Nahl, ayat 125)
Debat nabi jelas beretika dan halus budi bahasanya. Setiap patah kata dalam ungkapannya dapat menjadi contoh mereka yang mencintai kebenaran. Tetapi sayang, sebahagian daripada pendebat sekarang menyimpang jauh daripada panduan kerana debat mereka untuk mencari pengaruh dan kemenangan.
Sedangkan debat yang dicadangkan adalah untuk mencari jalan yang lurus. Oleh itu, berhujah untuk memburukkan lawan, pelbagai kata kasar dan nista terkeluar. Keburukan demi keburukan orang didedah dan diaibkan melalui kata-kata.
Cucunda Rasulullah SAW, Saidina Hussain berkata, seseorang yang menceritakan keburukan orang lain di hadapanmu, boleh jadi dia akan menceritakan keburukanmu (juga) pada orang lain.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa mampu menjaga apa yang ada antara dua janggut dan apa yang ada di antara dua kaki, maka aku jamin dia masuk syurga. (Hadis riwayat Sahl bin Sa’ad)
Apabila seseorang memahami dan mengerti bahawa setiap perkataan diucapkan melalui lidahnya akan dihisab dan dibalas maka, dia akan tahu untuk menjaga lidahnya, menjaga tutur katanya dan mempertimbangkan dengan teliti sebelum berkata-kata.
Justeru, jangan biarkan lidah itu lebih cepat daripada akal dalam menuturkan kata-kata. Apalagi apabila akal gagal mengawal tutur katanya menyebabkan apa yang terkeluar itu menjadi zarah amarah dan dendam bersalut nafsu semata-mata. Bahaya lidah sebenarnya amat bisa dan tajam.
Rasulullah SAW pernah mengumpamakan lidah itu sebagai kunci segala perkara, yakni perkara baik dan buruk. Sabda Baginda kepada Muaz bin Jabal yang bermaksud: “Mahukah engkau aku beritahukan mengenai kunci semua perkara ini? Aku (Muaz) menjawab: Mahu wahai Rasulullah SAW. Lalu Baginda SAW memegang lidahnya dengan berkata: Awas, jagalah ini (lidah) baik-baik. Aku (Muaz) pun berkata pula: Wahai Rasulullah SAW, apakah kami akan dituntut atas tutur kata kami? Lalu Baginda SAW menjawab: Moga-moga Allah memelihara engkau. Tiada lain yang akan menjerumuskan manusia menerusi muka atau batang hidungnya ke dalam neraka, melainkan tutur katanya sendiri.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)
Akhir-akhir ini perkataan melaknat dan mengutuk sering menjadi mainan sesetengah individu atau kumpulan dalam masyarakat. Ucapan seperti itu hanya mengundang kemarahan dan perkara itu amat disenangi iblis.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullullah SAW ada menceritakan suatu kisah: “Pada zaman Bani Israil dulu, hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikap berbeza. Lelaki pertama suka berbuat dosa, sementara yang kedua rajin beribadah. Setiap kali ahli ibadah melihat temannya berbuat dosa, ia menyarankan rakannya itu untuk berhenti daripada perbuatan dosanya..
Suatu ketika, ahli ibadah itu berkata lagi: “Berhentilah daripada perbuatan dosa. Ahli maksiat pun menjawab: Jangan pedulikan aku, terserah kepada Allah yang akan menilai perbuatanku. Adakah engkau diutus Allah untuk mengawasi setiap apa yang aku lakukan? Ahli ibadah membalas: Demi Allah, dosamu tidak akan diampuni oleh-Nya atau kamu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga Allah.
Selepas kedua-dua ahli ibadah dan ahli maksiat itu meninggal dunia, Allah menghakimi kedua-dua mereka di hadapan-Nya. Allah menyoal ahli ibadah: Adakah kamu lebih mengetahui daripada-Ku? Atau adakah kamu dapat mengetahui apa yang berada dalam kekuasaan-Ku?
Kemudian, Allah berfirman kepada ahli maksiat: Masuklah kamu ke dalam syurga Berkat rahmat-Ku. Sementara kepada ahli ibadah dikatakan: Masukkan orang ini ke dalam neraka.”
Sesungguhnya Allah menghukum ahli ibadah kerana dia sudah berbuat syirik kepada Allah dengan menentukan seseorang masuk ke neraka. Ini kerana kuasa menghukum mutlak milik Allah, bukan sekali-kali hak milik manusia yang tidak berkuasa atas makhluk lain.
Penulis ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dewan Amal Islam Hadhari (DAMAI)
October 21, 2009 at 8:06 am · Filed under Ingatan and tagged: manusia, nasihat
the seven habits of highly effective people®
Dr Stephen Covey’s inspirational book - 7 Habits Of Highly Effective People®
Dr Stephen Covey is a hugely influential management guru, whose book The Seven Habits Of Highly Effective People, became a blueprint for personal development when it was published in 1990. The Seven Habits are said by some to be easy to understand but not as easy to apply. Don’t let the challenge daunt you: The ‘Seven Habits’ are a remarkable set of inspirational and aspirational standards for anyone who seeks to live a full, purposeful and good life, and are applicable today more than ever, as the business world becomes more attuned to humanist concepts. Covey’s values are full of integrity and humanity, and contrast strongly with the process-based ideologies that characterised management thinking in earlier times.
Stephen Covey, as well as being a renowned writer, speaker, academic and humanist, has also built a huge training and consultancy products and services business - Franklin Covey which has a global reach, and has at one time or another consulted with and provided training services to most of the world’s leading corporations.
Stephen Covey’s Seven Habits of Highly Effective People®
habit 1 - be proactive®
This is the ability to control one’s environment, rather than have it control you, as is so often the case. Self determination, choice, and the power to decide response to stimulus, conditions and circumstances
habit 2 - begin with the end in mind®
Covey calls this the habit of personal leadership - leading oneself that is, towards what you consider your aims. By developing the habit of concentrating on relevant activities you will build a platform to avoid distractions and become more productive and successful.
habit 3 - put first things first®
Covey calls this the habit of personal management. This is about organising and implementing activities in line with the aims established in habit 2. Covey says that habit 2 is the first, or mental creation; habit 3 is the second, or physical creation. (See the section on time management.)
habit 4 - think win-win®
Covey calls this the habit of interpersonal leadership, necessary because achievements are largely dependent on co-operative efforts with others. He says that win-win is based on the assumption that there is plenty for everyone, and that success follows a co-operative approach more naturally than the confrontation of win-or-lose.
habit 5 - seek first to understand and then to be understood®
One of the great maxims of the modern age. This is Covey’s habit of communication, and it’s extremely powerful. Covey helps to explain this in his simple analogy ‘diagnose before you prescribe’. Simple and effective, and essential for developing and maintaining positive relationships in all aspects of life. (See the associated sections on Empathy, Transactional Analysis, and the Johari Window.)
habit 6 - synergize®
Covey says this is the habit of creative co-operation - the principle that the whole is greater than the sum of its parts, which implicitly lays down the challenge to see the good and potential in the other person’s contribution.
habit 7 - sharpen the saw®
This is the habit of self renewal, says Covey, and it necessarily surrounds all the other habits, enabling and encouraging them to happen and grow. Covey interprets the self into four parts: the spiritual, mental, physical and the social/emotional, which all need feeding and developing.
Stephen Covey’s Seven Habits are a simple set of rules for life - inter-related and synergistic, and yet each one powerful and worthy of adopting and following in its own right. For many people, reading Covey’s work, or listening to him speak, literally changes their lives. This is powerful stuff indeed and highly recommended.
This 7 Habits summary is just a brief overview - the full work is fascinating, comprehensive, and thoroughly uplifting. Read the book, or listen to the full tape series if you can get hold of it.
In his more recent book ‘The 8th Habit’, Stephen Covey introduced (logically) an the eighth habit, which deals with personal fulfilment and helping others to achieve fulfilment too. The book also focuses on leadership. Time will tell whether the The 8th Habit achieves recognition and reputation close to Covey’s classic original 7 Habits work.
October 20, 2009 at 8:01 am · Filed under Himpunan Hadith, Ingatan and tagged: doa, manusia, nasihat
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya.” (HR Tirmidzi)
“Sesungguhnya orang yang paling saya kasihi dan yang paling dekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya.” (HR. Tirmidzi)
“Sesungguhnya sebaik-baik kalian ialah yang terbaik akhlaknya.” (HR Muslim)
“Bertaqwalah kepada Allah dimana jua engkau berada dan balaslah perbuatan buruk dengan perbuatan baik niscaya kebaikan itu akan menutupi keburukan dan bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik.” (HR Tirmidzi)
Nabi pernah ditanya perihal orang yang paling banyak masuk syurga. Baginda menjawab : “Taqwa kepada Allah dan Akhlak yang Baik.” (HR Tirmidzi)
“Sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang agung” (Al qalam : 4).
Anas bin Malik ra. mengatakan : “Selama sepuluh tahun saya melayani rasulullah, belum pernah saya ditegur : mengapa engkau berbuat ini ? atau mengapa engkau tidak mengerjakan itu ?” (HR. Bukhari dan Muslim).
“ Yang paling memberatkan mizan (timbangan) pada hari kiamat adalah akhlak yang baik.” (HR. Ahmad)
Rasulullah pernah berkata “Aku diutus oleh Allah ialah untuk menyempurnakan akhlak.” (HR.Ahmad)
October 19, 2009 at 8:01 am · Filed under Ingatan and tagged: doa, manusia, nasihat, pahala, syurga
ISLAM tidak menutup pintu kepada umatnya yang bersalah, jika mereka mahu kembali kepada kebenaran dengan membersihkan diri dengan bertaubat. Malah, Islam membuka seluas-luasnya dan menggalakkan mereka berbuat demikian. Galakan diberikan setinggi-tingginya kepada mereka sehingga Allah meletakkan sebagai tanggungjawab-Nya untuk menerima taubat yang datang daripada hati tulus ikhlas. Hal ini kurniaan yang tiada tolok bandingnya bagi orang Islam. Sekali gus, menunjukkan bahawa sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Allah mengurniakan kepada hamba-Nya yang lemah peluang untuk kembali ke barisan yang suci. Dia tidak menyingkirkan mereka buat selama-lamanya seandainya hamba-Nya mempunyai keinginan untuk mendapat perlindungan yang abadi di sisi-Nya.
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima taubatnya dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Nisa’, ayat 17)
Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah menerima taubat orang yang melakukan perbuatan keji kerana kebodohannya. Kemudian mereka bertaubat walaupun malaikat telah bersedia untuk mencabut rohnya sebelum sampai ke tenggoroknya.
Mujahid berkata: “Setiap orang yang melakukan maksiat kepada Allah, baik keliru atau sengaja, bererti dia bodoh hingga menghindari dosa itu.”
Abdul Razaq berkata: “Ma’mar telah khabarkan kepada kami daripada Qatadah, dia berkata: Sahabat Rasulullah SAW sepakat mengatakan bahawa setiap orang yang melakukan maksiat kepada Allah, maka bererti dia jahil, baik sengaja atau tidak.”
Mufassirin juga bersepakat berpendapat yang dimaksudkan dengan kejahilan adalah kesesatan dari jalan hidayah sama ada panjang atau pendek masanya, selagi tidak berterusan sehingga roh sampai ke halkum.
Begitu pun, bagi mereka yang mengetahui atau sedar mengenai kesalahan perbuatan yang dilakukan, mereka dilarang mengulanginya.
Rasulullah menempelak mereka yang melakukan kejahatan terus menerus, sedangkan mereka mengetahui kejahatan yang dilakukannya. Sepatutnya, mereka meminta keampunan kepada Allah di atas kesilapan pertamanya tanpa mengulangi kesalahan itu.
Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abdullah b Amr, daripada Nabi ketika Baginda sedang berada di atas mimbar, Rasulullah bersabda bermaksud: “Berilah kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan nescaya kalian akan diberikan keampunan. Celakalah bagi orang yang mendengar perkataan, tetapi tidak mengamalkan dan celaka pula bagi orang yang terus menerus berbuat dosa yang mereka kerjakan, sedangkan mereka mengetahui (larangan berbuat dosa).”
Ada beberapa keadaan taubat seseorang itu diterima oleh Allah. Antaranya taubat hendaklah terbit dari lubuk hati hamba-Nya. Hati itu adalah hati yang baru, iaitu hati yang penuh dengan penyesalan di atas kesilapan dan kesalahan yang dilakukan sehingga menjadikannya benar-benar sedar dan insaf.
Taubat yang diterima Allah juga adalah taubat dalam keadaan segera sebelum roh sampai ke tenggoroknya. Hal ini seperti dijelaskan oleh Imam Ahmad yang meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang hamba selama (rohnya) belum sampai ke tenggorok.”
Hal itu bererti apabila sudah putus harapan untuk hidup, malaikat mula datang menjemput, roh mula keluar dari tenggoroknya, dada mula terasa sesak dan mencapai tenggoroknya. Pada saat itu taubat tidak lagi diterima. Hal ini dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan tidaklah taubat itu diterima Allah daripada orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang antara mereka, (barulah) dia mengatakan: Sesungguhnya saya bertaubat sekarang.” (Surah al-Nisa’, ayat 18)
Taubat juga tidak diterima ketika datangnya sebahagian tanda besar kiamat akan muncul. Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya bermaksud : “Pada hari datangnya sebahagian daripada tanda Tuhanmu itu (yang menjadi alamat hari kiamat), tidaklah berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya.” (Surah al-Am’am, ayat 158)
Taubat juga tidak diterima oleh Allah di kalangan hamba-Nya yang mati dalam kekafiran. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah juga dalam surah an-Nisa, ayat 18 yang bermaksud: “Dan tidak pula diterima taubat orang yang mati, sedangkan mereka dalam kekafiran.”
Ibn Abbas menerangkan ayat itu diturunkan kepada pelaku amalan syirik.
Oleh itu, manusia perlu mengelak daripada berada dalam tiga keadaan di atas untuk bertaubat. Sebaik-baiknya bersegera bertaubat di atas setiap kesilapan yang dilakukan.
Sesungguhnya manusia tidak dapat lari daripada memohon taubat kepada Allah. Perkara ini kerana tiada sesiapa yang boleh mengampunkan dosa manusia, selain Allah. Firman-Nya bermaksud: “Dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah.” (Surah Ali Imran, ayat 135)
Sesungguhnya Allah tidak pernah jemu memberi keampunan kepada hamba-Nya selagi mana hamba-Nya memohon keampunan kepada-Nya. Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Said, daripada Nabi bersabda bermaksud: “Iblis berkata: Wahai Tuhan, dan demi kemuliaan-Mu, aku akan terus menggoda anak cucu Adam selama roh mereka masih berada di tubuh mereka. Allah pun menjawab: Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku tetap akan memberi ampunan kepada mereka selama mereka segera bertaubat dan memohon ampunan kepada-Ku.”
Source: unknown
October 16, 2009 at 8:00 am · Filed under Ingatan and tagged: manusia, Mati, nasihat, syurga
Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur’an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.
October 15, 2009 at 8:06 am · Filed under Ingatan and tagged: doa, iman, manusia, nasihat, syurga
Kita tidak tahu bilakah masanya kita akan mati. Hanya Allah jua yang maha mengetahui.
Adalah lebih selamat jika kita sentiasa bersedia untuk mati.
Antara persediaan yang boleh dilakukan :
1. Sentiasa melakukan amalan yang memberi pahala.
2. Sentiasa jauhi dari melakukan dosa.
3. Sentiasa bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah.
4. Segera memohon kemaafan daripada orang yang kita telah lakukan kesalahan.
5. Sediakan wasiat.
6. Banyakkan amal jariah.
7. Ajarkan ilmu yang bermanfaat.
8. Didik anak agar menjadi anak soleh dan solehah.
9. Sentiasa berbaik sangka kepada Allah. Klik Sini
Rasulullah bersabda maksudnya: “Apabila mati anak Adam maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu:
1. Sedekah jariahnya
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Anak yang soleh yang akan mendoakannya.” (HR Muslim)
Dari Abu Ya’la Syaddad bin Aus ra. dari Nabi saw, beliau bersabda: Orang yang CERDIK ialah orang yang selalu menjaga dirinya dan beramal untuk bekalan sesudah mati.(HR At
Turmudzi)
October 13, 2009 at 8:04 am · Filed under Himpunan Hadith, Ingatan and tagged: iman, manusia
Hadith:
Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya:”Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu dari gadis pingitan. Apabila baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya dari wajah baginda.”
(Muslim)
Huraian:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang paling utama ialah ucapan Laa ilaha illallah (Tidak ada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah membuang duri dari jalan dan sifat malu ialah satu cabang dari iman.”(al- Baihaqi). Di dalam perjalanan manusia sebagai hamba untuk mendekatkan diri kepada-Nya, ‘rasa malu’ merupakan tangga yang pertama. Maka, masih sangat jauh sebenarnya kita daripada kewujudan rasa cinta kepada Allah. Rasulullah sekalipun mempunyai rasa malu terhadap Allah SWT. Ia terserlah dalam kisah Mi’raj baginda iaitu di saat Rasulullah menerima perintah secara langsung agar umatnya mengerjakan solat. Di peringkat awalnya, Allah memerintahkan solat sebanyak 50 kali dalam sehari. Baginda menyanggupinya, namun nabi dan Rasul lain yang ditemui dalam perjalanan mikraj tersebut menasihati bahawa tugas itu terlalu berat bagi umat Muhammad. Lantas baginda meminta keringanan sehingga bilangan solat dikurangkan kepada lima kali sehari. Saat itu, baginda diingatkan sekali lagi bahawa solat lima kali sehari pun masih terlampau berat. Namun, baginda berasa amat malu untuk kembali meminta keringanan daripada Allah SWT. Inilah contoh sifat malu yang ada pada diri baginda. Malu untuk mengurangi nilai pengabdian seorang hamba terhadap Tuhannya. Namun kita selaku umatnya tidak pula mempunyai rasa malu mengabaikan perintah solat tersebut dan juga ibadah-ibadah yang lain? Begitulah manusia, lazimnya hanya merasa malu untuk urusan duniawi di hadapan manusia, bukan urusan keakhiratan di hadapan Tuhan. Kita tidak merasa malu dengan dosa yang berbukit yang pernah kita lakukan. Malah mungkin tidak pernah terdetik rasa enggan kita untuk bertemu Allah lantaran merasa malu di atas segala kejahatan yang dilakukan yang tak pernah luput dari pernglihatan Nya? Sesungguhnya kita benar-benar tidak tahu malu. Abdullah Ibn Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: “Orang yang malu kepada Allah dengan sepenuh malu adalah orang yang menjaga kepalanya dari isinya, menjaga perutnya dari segala rezeki tidak halal, selalu mengingati kematian, meninggalkan kemewahan dunia dan menjadikan perbuatan akhirat sebagai hal yang lebih utama. Sesiapa yang melakukan semua itu, maka ia telah malu kepada Allah dengan sepenuh malu”.
source: JAKIM
Next entries »