Berita Harian Online
2010/04/30
SAYA ingin merujuk surat bertajuk ‘Beban tugas paksa pensyarah IPGM kerja lebih masa’ seperti disiarkan di ruangan ini kelmarin kiriman ‘Pensyarah penat’.
Pada pendapat saya, adalah sesuatu yang amat menjengkelkan sekiranya seseorang pendidik termasuk guru atau pensyarah seperti beliau merungut di atas penat lelah yang ditabur ketika melaksanakan tugas diamanahkan kepada mereka.
Bagi saya, ia adalah sesuatu yang amat memalukan kerana mereka sendiri yang memilih bidang berkenaan, malah secara kuantitatifnya, mereka dibayar setiap bulan untuk mengajar ditambah dengan elaun yang lebih tinggi bagi yang berkhidmat di pedalaman.
Saya berikan satu contoh yang amat mudah difahami… katakan seorang jurutera geoteknikal yang dibayar oleh Petronas untuk melaksanakan sebarang proses kejuruteraan struktur di pelantar minyak sejauh Miri atau Kerteh selama sebulan di tengah lautan dalam dan langsung tidak bertemu dengan keluarga selama tempoh itu, saya yakin sepenuhnya bahawa jurutera itu tidak akan membantah atau mengeluh.
Ini kerana jurutera itu sendiri yang memilih pekerjaan berkenaan dan dibayar untuk melakukannya walaupun risiko untuk kehilangan nyawa adalah tinggi.
Sikap merengek manja di kalangan pendidik dan pensyarah dan juga seluruh kakitangan awam mestilah dielakkan agar bidang terbabit tidak menjadi gurauan sinis kononnya sifat tidak ikhlas dan malas itu sudah sebati dalam budaya rakyat Malaysia.
Bak kata bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad ‘Malaysia memiliki prasarana kelas dunia dengan mentaliti kelas ketiga’. Inilah mentaliti yang cuba kita ketepikan dengan bekerja bersungguh-sungguh serta melaksanakan semua tanggungjawab yang diamanahkan dengan ikhlas dan efisyen.
MOHAMMAD SHAFIQ SOHOT,
Kuala Lumpur.
**Alhamdulillah, saya bersyukur dengan pekerjaan saya. Saya tidak akan merungut tetapi akan sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik, berusaha untuk lebih pandai membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga

Thursday, 6. May 2010
Bagi saya pula, semua kerja yang baik adalah bagus, apatah lagi menjadi seorang pendidik. Ia adalah pekerjaan yang mulia. Kalau kita kerja apa2 pun kalu tak ikhlas baik tak payah kerja, balik rumah tido ajelah, tak payah makan. Alhamdulillah atas rezeki dan nikmat yang diberi. Semoga kita tergolong dalm hamba2 yang bersyukur atas nikmatNya.
Wednesday, 12. May 2010
Salam alaik…
You took my letter in Berita Harian and published in your blog… Hurm, Im happy for that… Huhu. Dont forget to MAIL me…
- Mohammad Shafiq Sohot -
Thursday, 13. May 2010
Salam,
kpd semua, Allah telah bersabda, tidak akan Allah ubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yg mengubahnya. knp org melayu mundur? krn semuanya telah disuap oleh kerajaan. bila tak dpt, merungut. bukannya nak berusaha. lihat kaum lain yg berpenat lelah berusaha. mereka dapat pengalaman, pengajaran dan cara2 utk kelentong org melayu bila melayu berbelanja di kedai2 mereka. org melayu lebih suka kerja gomen, tp sokong pembangkang. tak malu betul. nak keja senang tp gaji nak tinggi. nak gaji tinggi, keja senang, berusahalah sungguh2. tidak ade satu bende pun di dunia ini yg mudah. tidak akan duit dtg sekepok jatuh dari langit ibarat kata2 pembohong2 dlm MLM bahawa tidak perlu kerja, hanya duduk di rumah dan duit akan masuk setiap bulan. itu semua pembohong dan yg ramai dibohong itu ialah org Melayu. maka dgn itu, utk berjaya, berusalah. bermula dari kecil. didiklah anak2 utk rajin berusaha dan tidak malu utk melakukan kerja apapun selagi mulia. sy dididik oleh seorang bapa yg miskin. sedari kecil diajar utk berjimat dan bekerja keras seperti mana dia bekerja sebagai seorang buruh binaan. saya tidak malu mengatakan sy seorang anak kampung yg miskin berbapakan seorang buruh kontrak. apa sahaja kerja yg boleh menyara keluarga, bapa sy lakukan, tukang kasut, buruh binaan, drebar teksi, lori, dsbg sambil ibu menolong dgn berniaga nasi lemak dan kuih. anak2 menolong sedari habis solat subuh. dan sekarang, sy seorang jurutera di singapura yg juga graduan terbaik di fakulti.
Sunday, 30. May 2010
Perlu ada kesabaran dalam melaksanakan tanggungjawab. Janji jalan yg dipilih itu halal..