Thursday, July 01st, 2010 | Author: @zim@h

By R.S.N. MURALI
newsdesk@thestar.com.my

KUALA TERENGGANU: Gentle reminder to civil servants browsing Facebook or other online content during office hours — your heads of department are watching.

In fact, some of the bosses have complained to the Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) that some civil employees were spending too much time online and were distracted from work.

“We don’t want to see a circular being issued by the Chief Secretary to the Government. Therefore, I am giving pre-emptive advice to civil servant to minimise the time spent on Facebook when at work,” said Cuepacs president Omar Osman.

He added that there had also been complaints that the time spent on Facebook and other online content during office hours had escalated since the FIFA World Cup began.

Omar said some heads of department were also monitoring content posted on Facebook by their subordinates, ranging from politics to office gossip.

“This may lead to a negative perception of the said employees, and could even lead to disciplinary actions,” he said after opening the Cuepacs’s Terengganu chapter delegates triennial conference here on Tuesday night.

On another matter, Omar took to task some heads of department for punishing subordinates just to “show power.”

He said Cuepacs had received complaints from members that the heads of department had transferred them outstation without giving reasonable grounds for the action.

Other actions included piling on extreme workload on the targeted employees.

Omar said Cuepacs had received an appeal from 12 staff from the Perak Fishery Department, who claimed they had been transferred out without valid reasons.

Category: Uncategorized  | One Comment
Wednesday, June 16th, 2010 | Author: @zim@h

UTUSAN ONLINE

ARKIB : 13/06/2010

Sebagai manusia, Tuhan menghiasi diri kita dengan dua sikap dan sifat yang saling bertentangan. Sifat yang mulia akan menjadikan manusia makhluk yang disayangi dan dihormati oleh seluruh kehidupan. Mereka yang mengambil keputusan bertindak dengan cara yang berbeza kelaziman, akan terus dikutuk dan dipersenda oleh sesama makhluk, walaupun dirinya itu sebenarnya adalah manusia yang terbaik.

Dalam kehidupan bermasyarakat, ada peribahasa mengatakan, dalam masyarakat manusia ada binatang. Ini jelas menggambarkan bahawa manusia yang dilengkapi akal fikiran, peraturan dan norma kehidupan akan terus melakukan sesuatu yang bertentangan, iaitu menyamai tingkahlaku binatang.

Dalam al-Qur’an sifat manusia yang mengamalkan tabiat kebinatangan ini banyak terkandung dalam kisah-kisah yang memerihalkan tentang masyarakat Yahudi dan Nasrani. Sejak manusia hidup dan bermasyarakat, ada pendapat mengatakan bahawa manusia adalah “haiwan bermasyarakat”. Apakah maksudnya ‘haiwan bermasyarakat”, kenapa tidak dinyatakan sahaja sebagai “individu atau manusia bermasyarakat”?

Petunjuk ini menjadi lebih jelas apabila kita memerhatikan kandungan al-Qur’an yang bermaksud: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). (al-Baqarah, ayat 120)

Kenapa orang-orang Yahudi dan Nasrani? Jawabnya mungkin boleh kita menyelusuri sejarah. Sejak berzaman lagi dua bangsa itu merupakan yang paling banyak melakukan kejahatan di muka bumi ini sehingga menjadikannya sebagai bangsa yang merempat di seluruh pelosok dunia. Bangsa Yahudi, bangsa yang banyak melahirkan bijak pandai dan pemikir tersohor, hingga sekarang tidak dapat diterima sebagai bangsa yang bermoral dan boleh dipercayai, kerana sentiasa mengkhianati janjinya.

Yahudi yang merempat di seluruh dunia, mendapat semangat baru apabila Theodor Herzl mengeluarkan doktrin bahawa bangsa itu merupakan bangsa yang mulia, manakala bangsa-bangsa lain adalah berjiwa binatang. Doktrin ini kemudiannya dikembangkan oleh para pendeta mereka, sehinggalah kematian seorang rabbi pada 7 Jun lalu kita mendapat gambaran bahawa, Elayanhu yang berumur 79 tahun berkata:

“Jika kita membunuh 1,000 orang mereka (Palestin) tidak berhenti, maka kita bunuhlah 10,000. Jika mereka juga tidak berhenti, maka bunuhlah 100,000 orang. Jika tidak juga berhenti, bunuhlah semuanya.” Doktrin yang dikeluarkan pada tahun 2007 itulah menyemarakkan semangat Zionis untuk terus menghukum bangsa Palestin, apabila menyerang Gaza, menyekat pelbagai bentuk bantuan, mengenakan tekanan dan seterusnya menyiksa kanak-kanak dan wanita sebagai dorongan pembersihan etnik.

Beranggapan

Berdasarkan pegangan dan ideologi Zionisme, penganutnya beranggapan bahawa membunuh bangsa yang bukan berketurunan Yahudi adalah satu tindakan yang mulia serta disuruh oleh Tuhan, kerana bangsa lain selain Yahudi menjadikan dunia berada dalam ketidaktentuan dan bersengketa. Bangsa Yahudilah yang mampu mengamankan dunia, dan kerana itulah mereka terus berslogan “sebagai bangsa pilihan”, orang Yahudi boleh melakukan apa sahaja kerana “tujuan menghalalkan cara.”

Perlu dicungkilkan kembali sejarah, orang Yahudilah merupakan bangsa yang bertindak membunuh nabi-nabi. Mereka tidak pernah puas dengan segala tindakan yang telah dibuat. Mereka sering mengkhianati janji.

Mereka menentang para Nabi dan memusuhi para malaikat Allah, kerana membawa berita kejahatan dan keburukan mereka dan mendedahkan segala rahsia mereka kepada Rasulullah saw.

Kebencian orang-orang Yahudi kepada Jibril telah diabadikan di dalam al-Quran, sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud: Katakanlah, barang siapa yang menjadi musuh Jibril, maka Jibril itu telah menurunkannya (al-Quran) ke dalam hatimu dengan seizin Allah; membenarkan apa (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman. Barang siapa yang menjadi musuh Allah, malaikat- malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Jibril dan Mikail, maka sesungguhnya Allah adalah musuh-musuh orang kafir. (Al-Baqarah: 97-98).

Bukhari meriwayatkan dalam sahihnya, di mana Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah saw pernah bersabda (yang bermaksud): Sesiapa yang memusuhi wali-Ku (Jibril), maka sesungguh dia itu mengisytiharkan perang terhadap-Ku.

Mencabar

Adakalanya tindakan pelampau Yahudi turut mencabar kuasa Tuhan. Apabila Tuhan menurunkan seorang nabi bagi membetulkan akidah mereka, mereka tidak mengendahkan malah mencabar agar Tuhan memberikan mereka seorang nabi yang boleh mengabdikan diri dengan kehendak mereka. Mereka memerlukan nabi yang khusus, yang mematuhi secara mutlak keinginan mereka walaupun melanggari norma- norma yang ditetapkan oleh Tuhan.

Menganalisis sindiran, ungkapan dan petunjuk al-Quran, hampir semua yang kita temui adalah menggambarkan sisi negatif bangsa Yahudi. Mereka juga digambarkan paling banyak melakukan perubahan prinsip dan menyimpang akidah, kerana mereka amat meyakini kerasionalan pemikiran tanpa perlu merujuk kepada kuasa lain yang lebih besar dan kuat.

Mereka menjadi sombong dan bongkak kerana sebahagian besar nabi-nabi yang diutuskan memimpin manusia adalah dari kalangan bani Israel. Terbit dari rasa bangga itulah mereka akhirnya menanggap Yahudi itu adalah bangsa pilihan, bangsa istimewa yang diberikan kedudukan oleh Tuhan. Tuhan amat menyayangi bangsa Israel, kerana itulah penubuhan negara Israel terus dilihat sebagai penubuhan sebuah negara yang pernah dijanjikan.

Tanah Palestin adalah “tanah yang dijanjikan” dan tindakan ganas mereka adalah satu tindakan yang tidak pernah tertakluk kepada mana-mana peraturan.

Namun janji Allah swt tentang kemenangan Islam ini akan tetap berlaku dan kita akan mencapai kemenangan ke atas musuh Islam, Yahudi itu. Ini ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: Dialah yang mengutuskan Rasul-Nya dengan pertunjuk dan agama yang sebenar (Islam) untuk mengatasi atas seluruh agama sekeliannya meskipun orang musyrik membencinya. (At-Taubah: 33).

Kemenangan ke atas Yahudi ini kemudian dikuatkan lagi oleh hadis, daripada Abu Hurairah, di mana Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin akan membunuh mereka hingga setiap orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, tetapi batu dan pohon itu berkata, ‘Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ada orang Yahudi di belakangku, ke marilah dan bunuhlah dia.’ Kecuali(pohon) gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis ini, jelas bahawa peperangan yang dapat menjamin kemenangan itu ialah apabila umat Islam benar-benar bersatu hati dalam ikatan ukhuwah Islamiah. Mereka bersatu di bawah naungan kehambaan kepada Allah swt sehingga mereka itu benar-benar layak mendapat gelaran Muslim sejati dan gelaran hamba Allah, bukan atas nama kebangsaan, asabiah atau kaum tertentu seperti mana yang berlaku di Palestin hari ini.

Monday, June 07th, 2010 | Author: @zim@h

UTUSAN ONLINE, 6/6/2010

KUALA LUMPUR 5 Jun - Orang ramai tidak harus meragui kualiti pembelajaran dan pengajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) walaupun ia tidak disenaraikan dalam kedudukan universiti terbaik dunia sebelum ini.

Reaktornya, Prof. Datuk Seri Dr. Syed Arabi Idid berkata, ketiadaan dalam senarai itu berikutan keputusan pihaknya sebelum ini untuk tidak mendaftar UIAM bagi dinilai oleh pihak yang menyediakan ranking berkenaan.

”Tumpuan UIAM yang ditubuhkan pada 1983 ialah menjadi universiti terbaik di kalangan negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan bukan menyenarainya dalam ranking universiti terbaik Asia, Eropah atau dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pameran dan Persidangan Zon Perniagaan dan Pelaburan Muslim World Biz 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Syed Arabi membentangkan kertas kerja bertajuk Peralihan dan Transformasi Dalam Pendidikan: Kajian Kes UIAM pada pameran dan persidangan itu yang dianjurkan oleh OIC International Business Centre Sdn. Bhd.

Beliau menjelaskan, hanya pada tahun ini pihaknya membuat keputusan untuk memasukkan nama UIAM di dalam Ranking Universiti Asia QS 2010 dan universiti itu telah ditempatkan pada kedudukan ke-159.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya, UIAM sedang melakukan transformasi terhadap kaedah pengajaran dan pembelajarannya supaya lebih berteraskan kepada penyelidikan.

”Di kalangan universiti di 57 negara OIC, UIAM adalah antara yang terawal beralih untuk menjadi universiti penyelidikan dan kita berharap ia akan menjadi ikutan,” katanya.

Mengenai perancangan pada masa depan, beliau berkata, pihaknya sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan bidang pengajian berkaitan pertanian.

Sementara itu, beliau berkata, antara kejayaan yang telah dicapai oleh UIAM ialah bagi melahirkan pemimpin yang kini menerajui sektor awam dan swasta di negara-negara OIC.

”Antaranya ialah Menteri Luar Turki, Profesor Ahmet Davutoglu yang merupakan bekas kakitangan UIAM manakala Gabenor Bank Pusat Gambia, Momodou Bamba Saho adalah siswazah UIAM,” ujarnya.

Friday, April 30th, 2010 | Author: @zim@h

Berita Harian Online

2010/04/30

SAYA ingin merujuk surat bertajuk ‘Beban tugas paksa pensyarah IPGM kerja lebih masa’ seperti disiarkan di ruangan ini kelmarin kiriman ‘Pensyarah penat’.

Pada pendapat saya, adalah sesuatu yang amat menjengkelkan sekiranya seseorang pendidik termasuk guru atau pensyarah seperti beliau merungut di atas penat lelah yang ditabur ketika melaksanakan tugas diamanahkan kepada mereka.

Bagi saya, ia adalah sesuatu yang amat memalukan kerana mereka sendiri yang memilih bidang berkenaan, malah secara kuantitatifnya, mereka dibayar setiap bulan untuk mengajar ditambah dengan elaun yang lebih tinggi bagi yang berkhidmat di pedalaman.

Saya berikan satu contoh yang amat mudah difahami… katakan seorang jurutera geoteknikal yang dibayar oleh Petronas untuk melaksanakan sebarang proses kejuruteraan struktur di pelantar minyak sejauh Miri atau Kerteh selama sebulan di tengah lautan dalam dan langsung tidak bertemu dengan keluarga selama tempoh itu, saya yakin sepenuhnya bahawa jurutera itu tidak akan membantah atau mengeluh.

Ini kerana jurutera itu sendiri yang memilih pekerjaan berkenaan dan dibayar untuk melakukannya walaupun risiko untuk kehilangan nyawa adalah tinggi.
Sikap merengek manja di kalangan pendidik dan pensyarah dan juga seluruh kakitangan awam mestilah dielakkan agar bidang terbabit tidak menjadi gurauan sinis kononnya sifat tidak ikhlas dan malas itu sudah sebati dalam budaya rakyat Malaysia.

Bak kata bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad ‘Malaysia memiliki prasarana kelas dunia dengan mentaliti kelas ketiga’. Inilah mentaliti yang cuba kita ketepikan dengan bekerja bersungguh-sungguh serta melaksanakan semua tanggungjawab yang diamanahkan dengan ikhlas dan efisyen.

MOHAMMAD SHAFIQ SOHOT,
Kuala Lumpur.

**Alhamdulillah, saya bersyukur dengan pekerjaan saya. Saya tidak akan merungut tetapi akan sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik, berusaha untuk lebih pandai membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga :)

Category: Uncategorized  | 4 Comments
Tuesday, April 27th, 2010 | Author: @zim@h

Perpustakaan sepi?
Oleh Rosniza Mohd Taha
yoniza@bharian.com.my
2010/04/22

PERKEMBANGAN pesat teknologi maklumat menyebabkan perpustakaan yang selama ini menjadi tumpuan pelajar kini semakin sepi, sebaliknya premis termasuk restoran yang menyediakan perkhidmatan internet tanpa wayar secara percuma, Wi-Fi, menjadi tumpuan mereka untuk mentelaah pelajaran.

Hampir setiap malam terutama hujung minggu, pelajar menjadikan restoran makanan segera atau gerai mamak berhampiran kampus yang menyediakan perkhidmatan Wi-Fi sebagai tempat mengulangkaji sambil makan dan bersosial. Perpustakaan pula hanya sibuk ketika pelajar membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan pada akhir semester.

Selain Wi-Fi, suasana selesa dan santai serta waktu operasi 24 jam dikatakan antara tarikan bagi pelajar IPT menjadikannya ‘port’ bagi melayari internet dan melakukan perbincangan tugasan selain melepaskan tekanan.

Fenomena itu menyebabkan ramai ahli akademik melihatnya sebagai ‘ancaman’ kepada budaya kesarjanaan kerana dikhuatiri pelajar tidak lagi menjadikan perpustakaan sebagai pusat menelaah atau mengunjunginya bagi mendapatkan bahan rujukan kerana bergantung penuh kepada enjin carian di internet.

Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Maklumat Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Raja Abdullah Yaacob, berkata kesarjanaan tidak boleh dipisahkan dengan persekitaran perpustakaan yang kondusif dalam melahirkan generasi berbudaya ilmu dan berkemahiran dalam pencarian dan penggunaan maklumat untuk tujuan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.
Malah, katanya, semakin berkembang ICT, semakin relevan perkhidmatan perpustakaan kepada pelajar bagi memastikan mereka menggunakan kemahiran dan kaedah betul mencari maklumat dan sumber rujukan dalam era ledakan maklumat ketika ini.

“Dulu perpustakaan sajalah tempat pelajar berkumpul untuk berbincang atau menelaah, namun sekarang banyak pilihan terutama restoran yang menyediakan perkhidmatan Wi-Fi.

“Dikhuatiri apabila selesa dan kerap mengunjungi restoran seumpama itu akan membuatkan pelajar berfikir perpustakaan tidak lagi relevan dalam pengajian mereka.

“Antara kesan negatif mungkin berlaku akibat fenomena baru ini adalah berleluasa amalan plagiarism apabila enjin carian dijadikan kaedah utama mendapatkan maklumat selain mungkin hanya 10 peratus saja masa ditumpukan sepenuhnya kepada ulang kaji kerana banyak gangguan seperti bersembang dan makan,” katanya.

Raja Abdullah berkata antara punca pelajar mudah tertarik dengan ‘gangguan’ luar seperti restoran Wi-Fi adalah kurang kemahiran literasi maklumat yang mengakibatkan mereka tidak memanfaatkan kemudahan perpustakaan sepenuhnya.

Kebanyakan pelajar, katanya, hanya menggunakan perkhidmatan meminjam buku sedangkan mereka antara lain boleh mendapatkan bantuan pustakawan bagi mencari bahan atau rujukan berkaitan bidang pengkhususan menerusi bahan bercetak dan dalam talian.

“Pelaburan berjuta ringgit dilaburkan universiti bagi menaik taraf kemudahan perpustakaan dan melatih pustakawan seiring perkembangan ICT termasuk melanggan pangkalan data dan jurnal pelbagai bidang pengkhususan akan sia-sia jika pelajar tidak memanfaatkannya.

“Dalam hal ini, pengurusan perpustakaan boleh memainkan peranan dengan menggalakkan pustakawan supaya lebih proaktif dengan menawarkan perkhidmatan bimbingan literasi maklumat serta mengatur waktu operasi yang lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar termasuk membuka satu bahagian perpustakaan yang boleh diakses 24 jam,” katanya.

Sementara itu, pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Mohamad Asri Ab Jani, 22, berkata tidak timbul isu kesarjanaan pelajar terjejas berikutan kecenderungan pelajar mengulang kaji di restoran Wi-Fi selagi ia dijadikan pusat menelaah alternatif dan sumber rujukan masih diambil daripada perpustakaan.

Beliau memberi contoh beliau bersama rakan kuliah akan mengadakan perbincangan dan ulang kaji di restoran Wi-Fi hanya apabila bahan untuk dibincangkan sudah dikumpul dan difahami di perpustakaan.

“Apabila tugasan diberikan, kami akan mengumpul fakta kes tertentu dan melakukan pembacaan ringkas mengenainya di perpustakaan sebelum membuat salinan bahan atau memuat turunnya daripada pangkalan data dan seterusnya berkumpul di restoran KFC atau McDonald’s Jalan Universiti Petaling Jaya pada sebelah malam bagi membincangkannya.

“Namun tidak dinafikan, jika tiada disiplin melakukan ulang kaji di lokasi santai seperti restoran Wi-Fi, pasti pelajar akan mudah tunduk kepada gangguan seperti makan atau bersembang di laman sosial di Facebook,” katanya.

Perkhidmatan perpustakaan perlu seiring teknologi semasa

PERKHIDMATAN perpustakaan perlu berubah mengikut kehendak dan keperluan pelajar masa kini terutama berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi memastikan ia kekal relevan sebagai pemangkin kesarjanaan dan kecemerlangan universiti.

Ketua Pustakawan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Haron Wee, berkata jika perkhidmatan tidak diperbaiki, pelajar dengan mudah ‘lari’ ke lokasi lain untuk mengulang kaji apabila maklumat diperlukan tidak dapat dipenuhi.

Beliau berkata antara kemudahan perlu dinaiktaraf sesuai kecenderungan pelajar terhadap ICT ketika ini adalah mewujudkan lebih banyak terminal komputer bagi memudahkan pelajar melayari internet, sambungan Wi-FI serta pangkalan data yang boleh diakses di mana saja bagi pelbagai pengkhususan pengajian.

Selain itu, katanya, persekitaran santai seperti mewujudkan lebih banyak ruang perbincangan atau kemudahan kafe berhampiran juga penting bagi menggalakkan pelajar berada lebih lama di perpustakaan.

“Perkhidmatan perpustakaan tidak boleh berada di takuk lama, ia perlu berubah mengikut kehendak pelajar supaya perbelanjaan besar universiti membangunkan kemudahan ini tidak sia-sia.

“Diharapkan perkhidmatan diberikan akan membuatkan pengguna perpustakaan bernafsu kepada ilmu dan apabila mereka ketagih kepada ilmu, barulah setiap hari pelajar mengunjungi dan memanfaatkan kemudahan di institusi ini,” katanya.

Beliau memberi contoh antara kemudahan dinaik taraf di perpustakaan UiTM adalah mewujudkan 100 terminal komputer, serta 54 pangkalan data pelbagai bidang pengajian menerusi kemudahan EasyProxy yang membolehkan pelajar mengaksesnya di mana saja termasuk di rumah.

Katanya, kemudahan bahan bercetak dan buku juga ditambah secara berterusan menerusi maklum balas daripada setiap fakulti yang disalurkan menerusi pegawai perhubungan perpustakaan.

Pada Mei ini, katanya, ruang bacaan aras empat PTAR1 akan diubahsuai menjadi Library Learning Common bagi mewujudkan lebih banyak ruang perbincangan , bilik tayangan dan menempatkan mesin menjual makanan.

“Kami juga menggalakkan pustakawan mendekati pelajar bagi membimbing mereka menggunakan segala kemudahan terutama pangkalan data yang menggunakan sistem tertentu untuk diakses.

“Antara hasilnya, Perpustakaan UiTM menerima Anugerah Emerald baru-baru ini kerana mencatat penggunaan tertinggi di dunia bagi pangkalan data dalam talian Emerald Management Xtra yang memuatkan jurnal berkaitan pengajian sains sosial dan pengurusan,” katanya.

Category: Uncategorized  | 4 Comments
Friday, April 02nd, 2010 | Author: @zim@h

Malaysia???

Category: Uncategorized  | 2 Comments
Thursday, March 18th, 2010 | Author: @zim@h

UTUSAN ONLINE, 18 Mac 2010

MENGAPA kita perlu risau sekiranya pengusaha kopitiam tidak ingin memohon sijil halal Jakim.

Bagi saya itu adalah hak mereka sama ada untuk memohon atau tidak. Mereka mungkin tidak menyasarkan atau mengharapkan pelanggan Islam, buat apa kita beria-ia nak ke sana?

Mungkin juga mereka menyediakan makanan tidak halal. Jadi apa perlunya bagi mereka mendapatkan sijil halal? Seperti mana kedai makanan Cina adakah kita perlu memaksa mereka untuk mendapatkan sijil halal?

Tidak perlulah bagi umat Islam pergi menjamu selera di situ. Adalah amat memalukan jika kita mendesak mereka mendapatkan sijil halal.

Adakah ia satu keperluan yang mendesak untuk kita ke kopitiam? Banyak lagi kedai makanan Islam yang ada yang kita tak perlu risau dan ragu.

Atau adakah dengan tidak dapat ke kopitiam kita akan mati kelaparan? Masalah kopitiam ini adalah masalah orang Melayu elit.

Dalam keghairahan kita memberi sijil halal kepada pengusaha makanan bukan Islam secara tidak langsung, kita telah memberi saingan kepada pengusaha Islam untuk berniaga.

Adakah tidak cukup makanan keluaran orang Islam di pasaran sehinggakan kita terpaksa memaksa pengeluar bukan Islam membuat dan menyediakan makanan untuk kita dan memaksa mereka untuk mendapatkan sijil halal?

Adakah orang Islam tidak mampu menyediakan makanan untuk orang Islam sendiri?

Jakim juga tidak perlu berlembut dan tunduk kepada desakan pengusaha-pengusaha kopitiam ini yang mengatakan syarat Jakim terlalu ketat.

Sekiranya susah untuk memohon mereka tidaklah perlu memohon dan orang Islam tak perlulah makan minum di situ. Juga janganlah pamerkan sijil halal palsu.

FAUZI ASMARA
Guar Chempedak,Kedah

**Sudah2 lah makan/minum kat kopitiam yg belum disahkan halal. Jangan buat2 tak tahu, jangan butakan mata, jangan pekakkan telinga. Apa yang anda makan/minum, akan jadi darah daging. Kalau dah tiada sijil halal, makan aje tempat lain. Restoran mamak pun sama…kata aje ada pekerja Islam tapi….(pikirlah sendiri)

Category: Uncategorized  | 3 Comments
Wednesday, February 17th, 2010 | Author: @zim@h

ARKIB : 07/02/2010, Utusan Malaysia
Jangan percaya dakwaan mengelirukan mengenai penapis air

PETALING JAYA 7 Feb. – Persatuan Pengguna-Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) hari ini mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan syarikat-syarikat yang menjual alat penapis air dengan dakwaan yang meragukan.

Setiausaha Agungnya, S. Piarapakaran berkata, antara dakwaan itu ialah sistem imun badan dapat dipertingkatkan, mengurangkan alahan dan menyingkirkan bahan-bahan toksik daripada air itu.

Dalam satu tinjauan, WECAM juga mendapati sebuah syarikat mendakwa bahawa alat tapisannya boleh “memecahkan molekul-molekul air menjadi partikel-partikel kecil agar ia mudah diserap oleh tubuh”, katanya.

Ini, jelas beliau, adalah dakwaan palsu kerana molekul air yang dipegang oleh pengikat hidrogen tidak boleh dirungkai oleh mana-mana proses penapisan.

Piarapakaran berkata, tinjauan itu juga mendapati penggunaan penapis-penapis air semakin meningkat di Malaysia dan dakwaan palsu oleh syarikat-syarikat itu semakin menjadi-jadi.

“Trend ini amat membimbangkan dan pihak berkuasa perlu meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan kepentingan para pengguna dilindungi,” katanya. – Bernama

===========================

Manipulasi penapis air
Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

RATA-RATA iklan sistem rawatan air di pasaran menaburkan janji-janji kosong kepada pengguna.

Ada yang mendakwa boleh meningkatkan sistem imunisasi badan, mengurangkan alahan, memberikan tenaga yang meningkatkan keaktifan, mengurangkan atau menapis penuh bahan-bahan toksik di dalam bekalan air, meningkatkan oksigen terlarut dalam air, boleh menyahkan klorin, bakteria dan pelbagai unsur berbahaya daripada air minuman. Paling mempengaruhi pengguna ialah boleh membantu menyembuhkan pelbagai penyakit kronik.

Syarikat-syarikat penapis air ini banyak memainkan isu yang begitu sensitif sehingga mengelabui pemikiran pengguna dengan isu bekalan air yang dicemari, toksik dan sebagainya. Mereka memberikan gambaran-gambaran yang negatif mengenai bekalan air di Malaysia mengikut imaginasi masing-masing.

Bahkan ada sesetengah penjual jualan langsung menggunakan gambar individu, personaliti atau perakuan pihak tertentu untuk menyokong dakwaan tersebut. Tidak ketinggalan menunjukkan sijil yang diterima. Sejauh mana perakuan dan persijilan itu benar, tidak diketahui kesahihannya.

Walaupun tohmahan mengenai status air di negara ini dikatakan berada dalam keadaan kritikal dan bertoksik, tiada kematian dilaporkan seperti mana dakwaan syarikat-syarikat berkenaan.

Tidak dinafikan, trend untuk memiliki peralatan penapis air ini telah ditahap kegilaan. Kita melihat isi rumah sanggup berhabis ribuan ringgit untuk membeli penapis yang bertujuan menyingkirkan bakteria dan bahan kimia yang terkandung dalam air.

Bagaimanapun, pengguna tidak boleh disalahkan. Sebagai masyarakat yang prihatin terhadap isu kesihatan, setiap kita mahukan teknologi yang terbaik bagi melindungi diri dan keluarga, lebih-lebih lagi mereka yang sedang mengalami penyakit kronik. Bagaimanapun, kita perlu berwaspada.

Trend menggunakan penapis air sebenarnya sudah lama bertapak di pasaran tempatan dan antarabangsa. Cuma lewat ini, obses manusia terhadap alat ini menyebabkan alat penapisan yang dihasilkan semakin canggih, semakin banyak fungsi dan semakin mahal.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM), Piarapakaran Subramaniam berkata, air yang kita peroleh daripada pembekal adalah mengikut standard kualiti air yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Air terawat mengandungi bahan-bahan terlarut dalam kuantiti yang selamat. Nilai-nilai ini adalah selamat berdasarkan syor yang diberikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di mana KKM mengikuti standard tersebut.

Ujarnya, menurut pemantauan KKM, bekalan air kita menepati piawaian yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, kewujudan kotoran di dalam air yang dibekalkan kepada pengguna memberikan tanggapan berbeza.

”Kotoran yang wujud di sesetengah kawasan mungkin disebabkan oleh salah satunya kebocoran pada sistem perpaipan awam, kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikpulihan paip bocor yang tidak efisyen serta kebocoran paip dalam premis pengguna.

”Begitu juga dengan kegagalan untuk menyelenggara tangki simpanan air. Sepatutnya perlu diselenggara sekali dalam masa enam bulan atau setahun, bergantung kepada kualiti air. Tidak dilupakan juga tangki simpanan utama yang berada di bawah bidang tugas syarikat pembekal air juga perlu diselenggara mengikut jadual.

”Selain itu, perpaipan lama (paip besi bergalvani) yang melebihi 15 tahun penggunaannya perlu ditukar dan diselenggara. Begitu juga dengan industri bekalan air perlu menukar dan menyelenggara paip-paip dalam sistem bekalan air awam,” katanya ketika ditemui di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Piarapakaran, sebenarnya masalah air kotor dan berwarna berpunca semasa pengaliran tangki simpanan air ke paip pengguna, bukannya dari loji. Di loji airnya bersih dan tiada bertoksik dan mengikut syarat yang ditentukan oleh KKM.

”Jika kita lihat warna puncanya daripada karat dan mangan iaitu logam yang wujud semula jadi di dalam tanah dan kawasan tadahan air. Apabila mangan itu masuk ke sistem perpaipan kita, ia dalam kuantiti yang dibenarkan. Tetapi jika kuantitinya yang melebihi daripada 0.1 mikrometer, maka ia akan mengeluarkan warna.

”Karat pula berpunca daripada paip besi bergalvani. Ia biasa berlaku apabila air dialirkan dari tangki imbangan ke paip utama. Penyelesaiannya mudah, hanya perlu sentiasa diselenggara berjadual. Bila paip dah lama, automatik berkarat.

”Bagi mengatasinya, pengguna hanya memerlukan penapis yang bersaiz 5 mikrometer atau 0.5 mikron. Ini cukup untuk mengeluarkan karat dan warna, tidak perlu penapis yang didakwa mempunyai pelbagai kebaikan yang berharga lebih RM2,000. Seperti saiz yang disyorkan, pengguna boleh mendapat penapis air dengan harga kurang RM150 sahaja,” jelasnya yang mengingatkan supaya pengguna tidak mudah tertipu dengan iklan yang boleh mengelirukan.

Beliau memberitahu, satu lagi masalah yang selalu dialami ialah bau dan rasa daripada bahan organik dalam air yang berpunca daripada kebocoran paip.

“Yang ini kita hanya perlukan penapis air yang mempunyai karbon teraktif.

”Dua jenis penapis ini boleh menyelesaikan masalah secara sementara.

”Bagi mengatasinya secara kekal, jika air berwarna dan berbau, pengguna harus menukar paip dalam rumah. Selain itu tangki air di rumah harus dicuci setiap enam hingga 12 bulan sekali bergantung kepada kekotoran,” ujarnya.

Katanya yang juga Ketua Pegawai Operasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), antara dakwaan oleh syarikat penapis air yang menyebabkan pengguna tertipu ialah air ada tenaga dan apabila air memasuki penapis air keluarannya lalu terus memberi tenaga.

”Ini tidak benar sama sekali. Tubuh kita mengandungi 70 peratus air, otak mengandungi 75 peratus air. Apabila kita mengambil air mencukupi, badan kita ini secara semula jadi sihat. Air kosong sebenarnya adalah agen yang baik untuk menyingkirkan bahan toksik di dalam tubuh menerusi pembuangan air kecil dan berpeluh. Ia perlakuan dan tenaga semula jadi.

”Selain itu, minum air daripada penapis air boleh meningkatkan sistem imun dan sekali gus akan menjadi lebih kuat. Sebenarnya air sememangnya mempunyai imunisasinya atas tindakbalas sel di dalam air. Tidak perlu penambahan yang tidak logik.

”Di samping itu, dakwaan menyatakan bahawa penapis air boleh memecahkan molekul-molekul air kepada partikel-partikel yang lebih kecil supaya mudah diserap oleh badan.

”Fakta sains menyatakan molekul-molekul air dipegang bersama oleh ikatan hidrogen yang kuat; ikatan ini tidak boleh dipecahkan melalui proses penapisan. Badan kita mempunyai kaedah semula jadi untuk menyerap air bagi kegunaan proses biokimia. Kewujudan penapis tidak memberikan sebarang impak positif kepada proses ini.

”Satu lagi dakwaan yang menyatakan penapis airnya boleh mengeluarkan klorin. Jika air dibekalkan dikeluarkan klorin, maka air itu tidak boleh disimpan, mesti dididihkan dan diminum segera. Sebabnya, jika tidak ada klorin, maka kuman akan membiak dengan cepat di dalam air.

”Ini adalah antara isu yang cuba dikelirukan oleh syarikat penapis air kepada pengguna,” kata Pariapakaran.

Sementara itu, Eksekutif Program WECAM, Christine Lim Shok Hong memberitahu, banyak aduan telah diterima oleh WECAM mengenai isu penapis air ini.

Sebanyak 90 peratus rasa tertipu dengan taktik-taktik pengiklan yang diadakan oleh syarikat penapis air.

Manakala 10 peratus pula keliru untuk membuat pilihan untuk membeli penapis air yang sesuai dengan masalah yang mereka hadapi.

Category: Uncategorized  | One Comment
Wednesday, February 17th, 2010 | Author: @zim@h

KEJADIAN buli di sekolah, sama ada melibatkan pelajar lelaki atau perempuan, sudah acap kali dilaporkan media. Umum juga kerap diberitahu tentang tindakan disiplin yang diambil terhadap pelajar dalam kes buli, termasuk dibuang sekolah.

Bagaimana pula dengan kejadian buli di tempat kerja?

Berikut ialah satu situasi yang diceritakan seorang petugas pentadbiran di sebuah syarikat swasta, Azman Bahar (bukan nama sebenar) yang berusia lewat dua puluhan.

“Saya selalu dibebankan dengan kerja-kerja rumit dan berat oleh pegawai atasan saya. Walaupun ada rakan lain di pejabat lain yang mempunyai tanggungjawab sama, sayalah yang selalu dijadikan ‘mangsa’.

“Saya jarang dapat pulang tepat selepas tamat waktu kerja seperti petugas lain iaitu pukul 6 petang. Biasanya saya hanya boleh balik kira-kira 8 malam. Bila sudah siap sesuatu kerja, dengan sengaja saya dilonggokkan fail-fail lain walaupun ada orang lain yang semasa itu tiada tugasan,” katanya kepada penulis.

Azman juga mengadu beliau sukar mendapat kebenaran cuti.

“Bila saya tunjuk sijil cuti sakit pun, banyak soalan yang ditanya seolah-olah saya buat-buat sakit”, kata beliau lagi.

Kenapa tidak bekerja di syarikat lain saja atau laporkan kepada majikan? Penulis melontarkan soalan ini kepada graduan perakaunan sebuah IPTA itu.

“Pernah saya laporkan kepada majikan tetapi saya diberitahu itu sebahagian daripada cara hidup kerja. Kalau kerja di tempat lain pun, tidak tentu perkara sebegini tidak akan berulang,” kata Azman.

Tidak kenal tempat

Buli di tempat kerja tidak mengenal tempat.

Bagi Norlina Samad (juga bukan nama sebenar), beliau selalu dibuli oleh rakan setugas yang lebih senior bila mula-mula bertugas dulu.

“Buli di tempat kerja bukanlah satu rahsia lagi. Petugas yang baru biasanya akan disuruh menjalankan tugas yang lebih berat bila mula-mula bertugas. Alasannya ialah petugas junior mesti belajar, tetapi sebenarnya ‘buli’ yang berselindung di sebalik tugasan,” kata beliau.

Bagi pensyarah serta juga aktivis sosial, Abdul Rashid Ismail, buli di tempat kerja tidak dapat dielak.

“Buli ialah satu penyakit sosial dan ia boleh berlaku dimana-mana sahaja”.

Apa itu ‘buli’

Menurut Abdul Rashid, tiada definisi tentang buli secara ‘universal’.

Kata beliau, masyarakat memahami tabiat buli di tempat kerja sebagai satu ‘tindakan berulang yang tidak munasabah ditujukan kepada pekerja yang menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan atau keselamatan’.

“Terdapat beberapa jenis buli. Antaranya kata-kata pedas atau kesat, tindakan meminggirkan pekerja, menyuruh pekerja berbuat kerja yang tidak bersangkut-paut dengan bidang tugas serta gangguan psikologi.

“Tindakan buli yang lain ialah memberikan tugas yang memang tidak boleh dilaksanakan, sengaja menukar jadual kerja tanpa sebab selain untuk menyusahkan petugas dan sengaja menyembunyikan maklumat bagi menghalang atau menyusahkan petugas melaksanakan tugasan,” kata beliau kepada Bernama.

Katanya tiada undang-undang yang spesifik bagi melindungi mangsa buli di tempat kerja, melainkan jika ada kekerasan fizikal serta ancaman berlaku barulah boleh digunakan kanun jenayah.

Jantina serta keturunan

Menurut Abdul Rashid, ada beberapa kes buli disebabkan jantina serta keturunan dan juga personaliti.

“Mangsa buli akan mengalami stres. Begitu juga bagi saksi yang melihat insiden buli, mereka akan mengalami ketakutan serta gangguan emosi,” kata beliau.

Menurut Abdul Rashid, bagi yang melakukan buli mereka mungkin berasa seronok melakukannya dan tiada rasa penyesalan akan timbul. Malangnya mangsa buli mungkin akan melakukan perkara sedemikian sebagai ‘membalas dendam’ terhadap orang lain pula.

Buli tidak kenal jantina

“Buli tidak terhad hanya pada kaum lelaki, wanita juga ada kebolehan membuli. Biasanya lelaki hanya akan membuli lelaki juga tetapi ada insiden wanita membuli kaum sejenis dan juga lelaki,” kata beliau.

Pakar psikologi, Dr. Anne Ng berkata, buli akan membuat mangsa mengalami masalah kesihatan berpunca daripada stres dan ketegangan.

“Terdapat beberapa indikasi klinikal yang dialami mangsa buli antaranya seperti keresahan, naik berat badan (tanpa makan berlebihan), sakit kepala, sakit belakang, rasa mual, ulser di mulut, insomnia (tidak boleh tidur), mimpi buruk, radang kulit, diarhea serta iritasi perut, tekanan darah tinggi, murung, serta kurang keyakinan diri,” kata beliau.

Dr. Ng menjelaskan bahawa buli di tempat kerja bukan sahaja berkenaan masalah kerja tetapi boleh juga dalam bentuk kata-kata kurang manis menyentuh hal peribadi seperti keluarga, gaya hidup, bentuk dan berat badan, pakaian serta penampilan.

Buli juga meliputi diskriminasi terhadap kurang keupayaan atau masalah perubatan, kata beliau.

Buli di tempat kerja akan mengakibatkan penurunan produktiviti.

“Mangsa akan sakit dan akan kerap mengambil cuti sakit. Ataupun mangsa akan kerap mengambil cuti untuk mengelak daripada dibuli dan ini secara langsung akan merendahkan produktiviti kerja beliau serta juga organisasi pada keseluruhannya,” kata Dr. Ng.

Bagaimana hindari buli?

Jadi bagaimana hendak mengelak diri daripada dibuli?

Bagi Dr Ng, senjata utama ialah hanya dengan ‘membuat tidak tahu atau tidak kisah’.

“Pembuli akan merasa seronok apabila mangsa memberi respons. Mereka akan cuba untuk membuat mangsa tidak selesa. Senjata utama ialah hanya membuat tidak kisah dan ini akan melemahkan semangat si pembuli.

“Bila pembuli mula mengusik anda, reaksi anda yang tidak ambil kisah akan membuatkan dia berasa hampa dan lambat laun dia akan menghentikan perbuatannya”, katanya.

Satu lagi cara ialah dengan mewujudkan satu perwatakan yang anda bukannya seorang yang senang dibuli. Pembuli di pejabat biasanya hanya akan mencari mangsa daripada mereka yang dianggap lemah serta tidak berupaya melawan balik.

Friday, February 12th, 2010 | Author: @zim@h

UTUSAN MALAYSIA ONLINE, JUMAAT, 12 FEB 2010

MENGIKUT sejarah Islam, zaman sebelum Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi Rasul dikenali sebagai zaman jahiliah. Antara ciri penting zaman itu, masyarakatnya membunuh hidup-hidup bayi-bayi perempuan mereka kerana takut pelbagai perkara seperti dihina, sial, papa dan sebagainya.

Setelah kedatangan agama Islam tabiat itu dihapuskan. Ajaran Islam mengharamkan sama sekali perbuatan tersebut kerana ia bukan sahaja membunuh seorang manusia tidak berdosa tetapi juga menzaliminya yang amat sangat.

Namun sesudah zaman itu berlalu begitu jauh, sekarang ini dikenali pula sebagai zaman moden. Zaman ini penuh dengan pelbagai kecanggihan ilmu dan teknologi disebabkan perkembangan pesat akal manusia. Namun fenomena zaman jahiliah itu seolah-olah kembali semula.

Misalnya dalam minggu ini sahaja terdapat kes tiga orang bayi yang dilaporkan media massa dibuang oleh orang-orang tertentu. Amat kasihan sekali melihat mereka di dada akhbar. Apakah kesalahan yang mereka lakukan terhadap orang yang membuang mereka sehingga diperlakukan sedemikian rupa ke atas mereka?

Jika ditakdirkan bayi-bayi itu boleh bercakap dan mengerti apa yang diperlakukan ke atas mereka sebegitu rupa, yakinlah mereka juga akan mendakwa pihak-pihak yang tidak berperikemanusiaan terhadap mereka itu.

Jadi, sementara kita diberikan akal fikiran dan masih waras, bersama-samalah kita berfikir dan menginsafi betapa zalimnya perlakuan seperti itu. Bayangkan kalau sekiranya itu diperlakukan ke atas kita, apa jawapan kita?

Sungai Petani, Kedah”>