Archive for May, 2010

May 26 2010

Profile Image of martinelli
martinelli

PERJALANAN YANG TERHALANG

Filed under Uncategorized

Kita merancang. Allah juga merancang. Tetapi perancangan Allah mengatasi segalanya.

Perancangan bermusafir bersama anak anak, menantu, cucu dan ibu saudara untuk melakukan jejak kasih ke Bukittinggi, Sumatera akhirnya terpaksa dibatalkan. Kami mendapat tahu kejadian tanah runtuh di kawasan Air Mancur Lubuk Anau, Padang  menghalang jalan antara Padang-Bukittinggi. Batu-batu besar yang berjatuhan menyebabkan jembatan roboh dan batu2 itu tidak boleh dialihkan kecuali menggunakan bom untuk memecahkan batu2 itu. Sekiranya batu besar itu dibom akan menyebabkan runtuhan lain yang lebih memudharatkan. Itu maklumat yang saya dapat dari kenalan dari Padang.

Masih ada jalan alternatif melalui Maninjau yang agak jauh tetapi dari maklumat yang diterima tiada jaminan jalan itu bakal selamat dari tanah runtuh yang bila2 saja boleh berlaku. Tiba2 dapat berita satu lagi tanah longsor berlaku di Maninjau menghancurkan lebih 30 rumah dan hampir 500 orang terkorban.

Allahu akbar. Besarnya dugaan yang diterima oleh saudara serumpun ini.

Masih terbayang poster mereka yang bertulis. “YA ALLAH, SESUDAH ENGKAU HANCURKAN NEGERI KAMI JANGANLAH KAU HANCURKAN PULA IMAN KAMI.”

Tiket Air Asiau ntuk 5 orang yang sudah dibeli hangus begitu saja.

Kami membuat keputusan meneruskan rancangan melalui jalan laut.

Kami menaiki feri dari Port Dicjkson menuju Dumai. Perjalanan ini mengingatkan saya kenangan menaiki bot polis menempuh Selat Melaka bersama pelajar2 UIA di lokasi yang sama pada saat berlakunya tsunami besar pada tahun 2006.  Ratusan ribu orang sedang bertarung nyawa beberapa ratus kilometer dari tempat bot kami sedang berlayar. Allah mentakdirkan kami selamat d itengah laut.

Sekarang sekali lagi Allah mentakdirkan saya selamat dari terperangkap oleh tanah runtuh. Alhamdulillah…besarnya nikmat yang ALLAH berikan.

Malam pertama di hotel sederhana di Dumai. Bilik kami diketuk beberapa kali oleh ‘pramusyahwat’ (pelacur) yang tersalah “kamar”. Sebelumnya sepupu saya sudah memaklumkan agar berhati2 apabila ada orang datang mengetuk pintu kerana kegiatan pramusyahwat ini giat mencari mangsa di kawasan itu.

“Maaf buk, tadi kelihatannya ada bapak2 di kamar ini.” Suara pramusyahwat yang terdeak mencari mangsa.

“Oh ya…bapak2 itu tadinya cuma nolongin angkat kopor ke sini. Mereka sudah pergi.” Jawab saya.

Jam 2 pagi bilik diketuk lagi. Kedengaran suara lelaki pula. Saya tidak memberi apa2 respon. Selepas itu saya tidak dapat tidur hingga ke subuh kerana diselubungi rasa cemas.

Anak saya mula bersungut dengan keputusan saya menyewa hotel begini.

“Tak apalah kita sewa hotel mahal sikit asalkan kita selamat, bu. Tak sanggup kak long duduk macam ini.” Rungutnya. Dia tidak biasa dengan suasana seperti ini.

“Ini semua pengalaman hidup yang patut kita renungkan. Ada manusia yang hanya nampak jalan salah itu saja untuk menyara hidup. Mereka bukan tidak tahu berapa ramai saudara mereka yang mati akibat tsunami, gempa bumi dan tanah runtuh. Malangnya hati mereka tertutup untuk melihat itu sebagai amaran dari Allah. Yang pentingnya Allah menunjukkan semua ini kepada kita supaya kita berfikir dan bersyukur dengan rezeki dan nikmat iman yang kita terima. ”

Perjalanan kami terhenti di Dumai kerana tidak sanggup membawa cucu saya yang baru berumur setahun yang ikut bersama meneruskan perjalanan melalui jalan darat  melintasi Bukit Barisan ke Bukittinggi.

Pulang ke Malaysia menaiki feri ke Pelabuhan Kelang. Penumpang sangat ramai yang kebanyakannya adalah TKI.

Dalam hati saya berkata, “Alangkah bagusnya kalau kakitangan pelabuhan dan kakitangan imegrisyen di sini menunjukkan wajah ramah kepada pelanggan sebagaimana di lapangan terbang. Tidak ada untungnya bersikap kasar kepada sesiapapun di tempat sebegini. Mereka yang menaiki feri kurang berduit dari mereka yang menaiki kapalterbang bukanlah alasan untuk memberikan layanan berkualiti rendah kepada penumpang feri.”

One response so far

May 10 2010

Profile Image of martinelli
martinelli

Di hari ibu ini…

Filed under Keluarga, motivasi

Apabila anak2 mengucapkan Selamat Hari Ibu, saya tergamam sebentar. Waktu kecil ibu saya tidak pernah pun melatih saya dan kakak untuk saling memberi ucapan samada hari jadi, hari bapa atau hari ibu. Ibu seorang ibu Melayu yang tipikal tidak membudayakan semua itu. Ibu bukan orang yang sentimental dan bukan expressive dalam hal-hal berkaitan perasaan. Namun kami berdua tetap melakukannya kerana terikut2 dengan suasana keliling. Ibu hanya senyum tanpa mengucapkan terima kasih kerana budaya Melayu tidak membiasakan ibu berterima kasih kepada anak.

Kini saya sudah punya peranan yang lebih luas, sebagai anak,  isteri, ibu dan juga nenek. Rumah kami didiami oleh 4 generasi, moyang, nenek, ibu dan cucu. Memang amat mencabar kerana jarak usia yang jauh dan pendedahan yang berbeza maka setiap generasi perlu membina kesabaran yang tinggi.

Ibu saya dengan umur 81 tahun,  melalui keperitan hidup waktu muda sekarang amat sensitif dan mudah merajuk apabila anak-cucu tersalah bersuara. Rajuknya akan mengalirkan airmata yang membuat kami ketakutan setiap kali tersinggung dengan kata-kata anak-cucu.

Anak2 saya dari genersai Y dan Z banyak terdedah dengan kehidupan masakini sudah tentu mempunyai cita rasa tersendiri. Mereka tidak pernah merasa susah seperti nenek. Mereka tidak pernah tinggal di kampung mengerjakan sawah ladang di bawah terik matahari seperti nenek. Mereka tidak pernah berhempas pulas untuk hidup seperti ibu mereka waktu kecil.

Jurang informasi antara nenek dan cucu amat besar sekali membuatkan masing2 mempunyai perspektif kehidupan yang berbeza. Adakalanya terlepas juga kata2 dan perbuatan yang tidak sesuai dengan telinga nenek. Nenek marah cucu asyik mengambil gambar yang  dianggap membazir kerana nenek menyangka kamera masih menggunakan filem. Nenek akan marah apabila membeli peralatan dapur tanpa izinnya. Nenek tidak akan makan masakan selain masakan yang sudah dibiasakan sejak berpuluh2 tahun dulu.

 

Sebagai anak, di Hari Ibu saya bertekad, “Biarlah ibu melakukan seribu kerenah sekiranya itu yang membawa barakah dalam kehidupan kami di dunia dan akhirat. ”

Sebagai ibu, saya bertekad untuk menghabiskan sisa2 usia untuk sentiasa membantu anak cucu apabila diperlukan.

Saya katakan kepada anak2

“Jagalah hati nenek baik2. Nenek sudah banyak berkorban. Nenek tidak punya apa2 lagi di dunia ini kecuali cucu2 yang disayanginya. Sebagai cucu perlu akur demi untuk kebahagiaan nenek yang sudah bersusah payah menjaga cucunya selama ini. Setiap malam nenek bangun solat hajat untuk cucu tetapi pernah kah cucu bangun malam melakukan solat hajat untuk nenek.

Kita tidak mungkin mengharapkan segalanya2 menepati citarasa semua orang. Anak  perlu berusaha menyesuaikan diri dengan kehendak ibu. Cucu perlu menyesuaikan diri dengan citarasa nenek. Anak tudak boleh mengubah ibubapa. Cucu tidak boleh mengubah  nenek kecuali dengan doa dan kata2 yang lembut yang tidak menyakitkan perasaan mereka.

Kesakitan yang amat sakit yang dirasakan oleh ibu adalah sakit melahirkan anak.

Kerisauan yang amat mengganggu fikiran ibu adalah apabila memikirkan masa depan anak,

Kesedihan yang amat melukakan ibu adalah disedihkan oleh perbuatan anak.

Kerinduan yang amat mendalam oleh ibu adalah rindu apabila berjauhan dengan anak.

Ketakutan yang amat hebat oleh ibu adalah menjaga keselamatan anak.

Kegembiaraan yang dicari ibu adalah kegembiraan yang diterima oleh anak.

Kebahagiaan ibu cuma apabila ia tahu anaknya cukup soleh untuk mendoakannya selesai anak solat.”

Kepada anak-anak semua berusahalah menjadi anak yang soleh agar doa kalian untuk ibu dimakbulkan Allah. Tidak ada hadiah yang lebih besar dari itu untuk ibu sekiranya kalian menyayangi ibu. Doa anak yang tidak soleh tidak akan sampai. Tanyalah diri cukup solehkah kita agar ibu dapat hadiah doa dari kita?

7 responses so far

May 07 2010

Profile Image of martinelli
martinelli

MEMILIH IPT SELEPAS SPM

Filed under Pendidikan

Entry kali ini adalah sekadar perkongsian pengalaman menguruskan pengajian anak2 di IPT sekiranya boleh diboleh dimanfaatkan oleh mereka yang melalui proses memlih IPT untuk anak, adik atau diri sendiri. Ia hanya sekadar pengalaman peribadi yang belum tentu sesuai untuk semua orang. Sila perbanyakkan rujukan yang lebih ‘reliable’.

Kasihan saya melihat pelajar2 yg tidak mendapat cukup bimbingan untuk memohon IPT mana untuk menyambung pengajian.  Salah pilih semasa mengisi borang UPU akan menyebabkan permohonan mereka ditolak atau dihantar ke IPT lain yg tidak sesuai dg kehendak calon. Salah pilih semasa membuat keputusan apabila menerima tawaran boleh menyebabkan cita2 tidak kesampaian.

Ramai yg menyangka dengan deretan A dalam sijil akan menjamin mereka mendapat tempat dg mudah di mana2 u yang dipilih. Tanggapan yang salah dalam keadaan sekarang kerana persaingan adalah sangat tinggi. Ramai juga yg keliru dg tawaran belajar di luar negara.

Tidak banyak sekolah yang memberi pendedahan kepada calon2 SPM u mana yang sesuai untuk anak2 muridnya dan bagaimana cara memlih agar dapat apa yang diharapkan bagi mencapai cita2 mereka sesuai dengan keputusan yang diperolehi.

Mengetahu ‘study path’ adalah sama pentingnya dengan teknik belajar untuk skor A. Apalah guna keputusan baik tetapi salah memilih bidang.

Tambah kasihan lagi mereka mendapat info yang salah dari orang yang tidak mempunyai pengetahuan sebenar. Semalam saya terbaca dalam facebook anak  saya tentang kekeliruan rakannya2 terhadapUIA hasil dari info yang salah yang diperolehi dari orang yang kurang arif dengan fakta sebenar.

Seolahnya2 mereka mengatakan, “Jangan masuk UIA. Kalau dapat tawaran luar negeri tolak UIA. Belajar di UIA lambat grad, program susah tapi tak diiktiraf, university tak establish, kena lulus bahasa arab, bahasa inggeris. Graduan tak bermutu dan susah dapat kerja.”

i.             Mudah masuk UIA?

Tidak semudah yang disangkakan. Setiap tahun lebih 40,000 pemohon meletakkan UIA pilihan pertama. Pada masa ini beribu2 rayuan sedang diproses oleh bahagian kemasukan.

Pengalaman anak saya, Syakirah, yang mendapat SPM 9A+ dan 2A mengesahkan betapa susahnya untuk mendapat tempat belajar perubatan di UIA kerana dengan kelulusan itu  beliau hanya layak untuk mengambil farmasi kerana ramainya pemohon dengan result straight A+ memohon perubatan UIA sebagai pilihan pertama dalam borang UPU  . Bagi memastikan syakirah dapat UIA , semua pilihan dari yang pertama hingga ke 8 adalah UIA.

Dia dibolehkan bertukar kepada kursus perubatan nanti sekiranya keputusan semesternya tinggi atau ada yang menarik diri dari tawaran sekarang.

Pada masa yang sama calon lain  yang mempunyai keputusan lebih rendah sudahpun mendapat tawaran belajar perubatan di luar negara.

ii.            Tempoh belajar di UIA terlalu panjang?

Tidak benar.  Program uia sebenarnya sama saja dengan IPTA lain malah lebih fleksibel. Mereka yang rajin dan bijak menentukan ‘study plan’  boleh tamat dengan cepat disebabkan  semua pelajar  boleh memilih subjek mengikut study plan yang  diri sendiri menentukannya. Mereka yang lama grad mungkin kerana terpaksa extend sebab result kurang bagus atau menukar kursus  atau sengaja mengurangkan beban dan belajar dengan suasana yang tidak terburu2 supaya pointer lebih cantik di penghujung pengajian.

Umur biasa seorang grad Sarjana Muda (Bachelor degree) dari IPTA adalah antara 23-24 tahun. Di UIA pelajar tamat belajar pada usia yang berbeza2. Pada tahun ini dua orang anak saya dan seorang menantu tamat belajar di UIA pada usia yang berbeza2. Hanafi, mengambil Bachelor in Aerospace Engineering, tamat umur 24 tahun tunangnya, Nurin, tamat Masters dalam Political Scinece umur 24 tahun sementara anak ketiga saya, Hazim mengambil Architecture tamat umur 21 tahun dan ketiganya2 akan convo srentak pada tahun ini.

Sementara menantu pertama saya, Iswandi dijangka grad pada umur 30 tahun kerana belajar di pesantren untuk sijil tahfiz dan kemudian bekerja sebelum masuk ke UIA.

Semasa di matrik Hanafi mengambil 2 tahun tetapi hazim hanya 1 tahun dan adiknya Hasif yg juga mengambil Engineering perlu 1 ½ tahun. Iswandi perlu mengikuti program Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab tinggi selama 2 semester.

iii.           Program UIA terlalu berat?

Program UIA mungkin agak berat kepada sesetengah pelajar yang belajar semata-mata untuk mendapat ijazah. Pelajar perlu mengambil beberapa subjek tambahan yang wajib diikuti untuk memastikan mutu graduan UIA lebih terjamin dari segi pemikiran global, agama dan kemahiran hidup. Subjek2  tambahan itu adalah seperti Bahasa Arab, Tilawah Al-Quran, Fardhu Ain, Usrah, kepimpinan, keibubapaan, BTN, Jatidiri, UNGAS, kemahiran’soft skills’ dll..Inilah sebenarnya subjek yang membantu meningkatkan keterampilan peribadi pelajar. Subjek yang sangat senang untuk score A.

Subjek2 berkenaan walaupun nilai kreditnya hanya antara 0 hingga 0.5 per semester tetapi dari hasil  kajian yang dijalankan terbukti  semua itu memberi impak yang tinggi kepada kulaiti graduan sebagai nilai tambah untuk bekerja nanti.

Program ko-kurikulum di IPT lain memberi 1 hingga3 kredit untk satu atau 2 semester sahaja tetapi di uia hanya o.5 per semester dengan jumlah 3 kredit untuk 6 semester. Setakat ini belum ada IPT lain yang ada 6 semester untuk ko-kurikulum wajib dan berkredit seperti UIA. Ini bermakna sepanjang tempoh 3 tahun pertama semua pelajar UIA didiik dengan pelbagai kemahiran bagi membina daya fikir mereka.

Walaupun ko-kurikulum berkredit sudah sedia berat kerana mereka perlu mengambinya selama 6 semester i.e 3 tahun, tetapi dari rekod yang ada  didapati 88% pelajar juga aktif  dalam aktiviti ko-kurikulum tidak wajib dan tidak ber kredit Ini merupakan satu rekod yang sangat tinggi. Ia menunjukkan walaupun dengan pengajian yang sudah sedia berat namun pelajar masih gigih terlibat dalam aktiviti yang tidak memberi tambahan kredit pun untuk ijazah mereka. Mereka melakukan secara sukarela.

 

iv.           Graduan UIA susah dapat kerja?

Tidak benar. Dari rekod SPA didapati bahawa  pengambilan gradauan UIA untuk PTD adalah yang tertinggi. Kajian employbility rate untuk menganalisa graduan mendapat pekerjaan dalam tempoh 6 bulan selepas graduasi,  UIA juga memegang rekod yg tinggi pada masa ini.

v.            Program UIA tidak bermutu dan tidak dii’tiraf?

Salah sama sekali. Mungkin ada orang luar tidak tahu bahawa semua program akademik UIA sebagai sebuah IPTA dikawal mutunya oleh Kementerian Pengajian Tinggi, LAN dan MQA. Laporan Academic Performance Audit tentang mutu program UIA oleh badan luar baru2 ini amat meba nggakan. Audit itu menilai bukan saja silibus tetapi juga pengurusan, kaedah pengajaran, kemudahan untuk pelajar, peralatan pelajaran, sukan, ko-kurikulum dan kessan pendidikan yg diterima oleh pelajar. UIA, alhamdulillah mendapat laporan yang sangat baik untuk semua itu dan setaraf dengan universiti maju di luar negara. Ini disebut sendiri oleh salah seorang auditor dari New Zealand.

Peralatan yang ada di kulliyyah perubatan dikatakan di antara yang tercanggih agar pelajar dapat belajar dengan baik.

Memang benar, dari segi program akademik,  kehebatan universiti2 tertentu dalam bidang2 tertentu tidaklah dinafikan. Mungkin ada program2 tertentu universiti tertentu yang lebih hebat dari universiti lain. Seperti program undang2 sivil mungki UITM adalah bagus dari UIA tetapi program Undang2 Syariah pula UIA lebih bagus. Program tertentu dalam bidang kejuruteraan mungkin Univ. KL mungkin lebih bagus kerana lebih hands-on tetapi ada penilaian lain yang diperlukan badan korporat yang ada pada graduan mengikut penilaian syarikat masing.

Program perubatan UIA yang baru saja mengeluarkan beberapa batch doctor sudah mendapat maklumbalas yang sangat baik dari hospital2 yang menempatkan mereka. Malah pihak pengurusan  beberapa buah hospital  menyatakan kalau boleh biarlah ramai lagi doktor lepasan UIA yang datang . Maklumat ini dinyatakan sendiri oleh Prof Dr. Nasarudin

Yuran UIA untuk Engineering dan Architecture cuma  RM8,700 sepanjang pengajian. Setelah melaluinya selama 4 tahun dengan anak2 belajar di UIA   tanpa tajaan,  sekarang mereka sudah pun tamat UIA tanpa hutang PTPTN dan tidak terikat dengan mana-mana pihk.  Tambahan  pula sebagai anak staf mereka dapat ‘discount’ 25% untuk yuran.

Kalau sekiranya mereka mengambil perubatan di luar negara, kerajaan membelanjakan RM1.2 juta dan akan terikat dengan kontrak selama 10 tahun kecuali memulangkan semula jumlah wang RM1.2 juta dan bunga kepada kerajaan apabila melanggar kontrak.

Saya rasa dengan cara ini saya dapat menyelamatkan RM 2.4 juta duit kerajaan dan wang yang sepatutnya dibayar kepada PTPTN setiap bulan oleh anak2 saya sekiranya mereka mengambil PTPTN boleh diberikan kepada adik2 yang masih belajar.

Dengan anak2 belajar di UIA mereka boleh membimbing adiknya2 belajar dan membantu ibubapa apabila diperlukan.  Dalam usia yang semakin petang dengan adanya anak2 di sisi amatlah melegakan.  Sekarang  merekalah anak dan merekalah juga sahabat untuk berkongsi cerita dan membuat suasana rumah riuh rendah. Bila lagi masa untuk melayan ibubapa kerana setelah tamat belajar mereka perlu melayani suami atau isteri masing2 pula. Selama 5 tahun berjauhan dari ibu bapa semasa sekolah menengah asrama penuh rasanya sudah cukup lama, sekarang ditambah lagi belajar di luar negera. akhirnya tidak disedari masa bersama dan berbakti untuk ibubapa amat pendek dan tahu2 mereka pergi begitu saja.

Tidak dinafikan masih ada kekurangan yang ada di UIA dan masih ramai pelajar yang gagal untuk dibentuk dan kakitangan yang tersilap tapis semasa diterima masuk bekerja di UIA tanpa disiplin agama sehingga memburukkan imej Islam university ini, tetapi secara keseluruhan masih ’o.k’ lagi.

Namun saya masih menasihatkan calon-calon IPT supaya berhati2 dengan maklumat yang kurang tepat diberikan oleh mereka yang kurang arif dalam bidang akademik apabila memilih IPT.

Tidak benarlah kenyataan2 yang mengatakan UIA begitu teruk.

Saya katakan kepada anak-anak

“Tujuan utama belajar adalah untuk menuntut ilmu untuk menjadikan diri khalifah Allah yang lebih sempurna. Ilmu perlu dimanfaatkan untuk memberi kebaikan kepada orang lain. Ilmu lebih sempurna kalau kita punya guru2 yang murabbi, ikhlas dan gigih mendidik. Akhlaq kita akan bertambah baik sekiranya kita dikelilingi orang2 yan berakhlaq  baik. Kita akan teruja menambahkan pengetahuan agama apabila sekranya persekitaran kita ada suasana beragama.  Insya Allah sedikit sebanyaknya suasana itu ada di UIA

10 responses so far

FireStats icon Powered by FireStats