Apr 21 2010
Nasihat untuk anak
Saya sering mengatakan kepada anak2,
“Usah menyakiti orang lain kerana, di akhirat nanti perbuatan kita itu akan dituntut oleh mereka yang kita sakiti. Kita tidak akan masuk syurga selagi kita tidak medapat maaf dari orang itu.
Tahanlah kemarahan kerana marah itu menyakitkan perasaan orang lain. Kita tidak tahu orang yang kita marahi itu mungkin orang yang dikasihi Allah. Menyakiti kekasih Allah itu buruk padahnya.
Marah itu membawa kepada sifat sombong kerana apabila kita marah, kita merasa besar dan orang yang dimarahi merasa dirinya diperkecilkan. Sombong itu selendang Allah dan Allah membenci kalau kita memakai selendang itu.
Biarlah orang lain dapat merasai nikmat kebaikan kita dan biarlah tiada sesiapa yang merasa sakit akibat dari keburukan dan kejahatan kita kecuali diri kita sendiri.
Usah takut membantu orang lain yang dalam kesusahan kerana Allah sudah menjanjikan ganjaran yang sangat besar untuk itu.
Usah merasa rugi apabila memberi kerana nikmat yang bakal dikembalikan Allah pada orang yang pemurah itu tidak ternilai harganya.
Jadikanlah diri kita seperti air sungai yang tenang. Ia mengalir lembut membawa seribu kebaikan kepada makhluk Allah yang lain. Kalau ada batu menghalang ia tetap terus mengalir mengelilingi batu dengan lembut tanpa mencederakan batu untuk menuju destinasinya. Airnya menghilangkan dahaga.
Jangan jadi seperti air laut yang sentiasa ada pasang surut. Airnya tidak mampu menghilangkan dahaga. Bila tiba waktunya akan menjadi badai yang menakutkan.”
Saya katakan kepada anak lelaki yang sedang menghitung hari menjadi lelaki bernama suami,
“Hormati wanita sebaiknya2. Jangan berkasar kerana wanita itu lembut dan kekasaran seorang suami itu amat menyakitkan. Jangan terlalu lembut kerana kelembutan yang keterlaluan tidak membantu meluruskan kehidupan seorang isteri.
Bersykurlah dengan isteri yang mempunyai nilai agama dan kemanusiaan yang tinggi kerana itu adalah ciri yang diperlukan untuk menjadi ibu yang sempurna kepada bakal zuriat. Nilai agama tanda dia beriman, nilai kemanusian tanda ia pengasih.
Kalau ibubapanya selama ini menciptakan kelembutan untuknya, jangan kita menukarnya dengan kekasaran. Ia amat menyakitkan dan tiada apa untung yang kita dapat selain penyesalan apabila sudah menjejaskan rumahtangga dan pada masa itu segalanya sudah terlambat.”
Hiduplah dengan sederhana kerana sifat bersederhana itu adalah asas kebahagian.
Letakkan diri kita dalam genggaman Allah kerana kita tidak akan mampu merasa selamat apabila terlepas dari genggaman suci itu.”
Lembutkan hati dengan
1. zikir alma’thurat
2. solat sunat
3. puasa sunat
4. sedekah
5. mengusap kepala anak yatim
6. Melihat orang yang kekurangan
Pandanglah dalam-dalam ke dalam diri,
Layakkah kita berkasar sedangkan kita dicipta oleh Yang Maha Lemah Lembut.
Layakkah kita pemarah sedangkan seharian kita memohon kepada Yang Maha Pengasih
Layakkah kita tidak memberi kepada yang memerlukan sedangkan hidup kita bergantung kepada Yang Maha Pemurah.
Mampukah kita terus melakukan dosa sedangkan Allah tidak pernah melepaskan pandanganNya dari kita.
11 responses so far

Salam…Kak Nelli…terima kasih atas catatan ini…
Salam Kak Neli!!! Tahniah kerana tak lama lagi nak dapat menantu. Ni mesti Haniff kan? Tak perasan, rupanya sudah tua kita. Rasanya hari tu, Haniff baru darjah enam. Semuga Kak Neli mendapat menantu yang solihah. Amin….
Terima kasih Kak Nelli. Juga tahniah kerana akan dapat menantu baru. Semoga keluarga Kak Nelli sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayangNya.
Salam Kak Nelli…. terima kasih di atas ilmu n cerita yg dikongsi selama ini. Nak minta maaf coz selalu pinjam kata2 nasihat akak utk dikongsi bersama teman2 FB n Alhamdulillah… ramai yg dpt manfaatnye… Semoga ilmu yg berguna dapat dikongsi dan diamalkan secara istiqomah…. Thanks again….
Sgt suka membaca nukilan akak . Kdg2 diri sendiri lupa dgn peranan seorg ibu perlu prihatin dgn pembesaran anak2. Terlalu mengikut emosi sewaktu menangani anak2 yg semakin membesar dan penuh ragam. Dgn ingatan ini , dptlah saya jadikan contoh utk saya praktiskan dlm kehidupan saya.
Terima kasih kak.
Boleh dijadikan pedoman peribadi
Assalamualaikum Puan Nelli,
Saya bekas pelajar IIUM batch 2005. Saya selalu ikuti blog Puan & blog Puan saya link di dalam blog saya supaya saya sentiasa dapat bermuhasabah & dapat jadikan panduan dalam kehidupan saya sebagai seorang wanita, isteri dan juga ibu kepada anak2 yang semakin membesar. Saya mohon keizinan untuk copy penulisan yang saya rasa perlu dikongsi dgn pembaca blog saya (yg tak seberapa). Saya akan nyatakan sumbernya sekali..Semoga ia memberi manfaat. InsyaAllah.
[...] Martinelli wrote on her blog some great advice for the young ‘uns. Although not belonging to that category, I still could use some insights from our elders. I have [...]
Terima kasih Kak Nelli……
Assalamualaikum… TQ TQ.. Kak Nelli, lama dah cari camner nak tackle benda nie.. rasanya tips nie paling details .. anak nak masuk 3 dah..
kekadang kesian kat kawan2.. kecik2 dah ajar anak berskirt dan baju ketat.., yang laki di trojan kat rambut dan pakaikan rantai..
Harap kak nelli buleh bagi lagi tips untuk menanamkan jiwa anak2 bertuhan dan juga nasihat yg sgt berguna.. jauh lagi perjalanan anak2 saya..
salam kak nelli walau apapun setiap perkara ada hadnya. sabar, marah , berbelanja, lemah-lembut dll. oleh itu amalan kesederhanaan adalah yg terbaik walaupun sukar utk melaksanakan. terima kasih jua pada kak nelli kerana berpesan-pesan dengan kebenaran wassalam