Archive for April, 2010

Apr 21 2010

Profile Image of martinelli
martinelli

Nasihat untuk anak

Filed under Uncategorized

Saya sering mengatakan kepada anak2,

“Usah menyakiti orang lain kerana, di akhirat nanti perbuatan kita itu akan dituntut oleh mereka yang kita sakiti. Kita tidak akan masuk syurga selagi kita tidak medapat maaf dari orang itu.

Tahanlah kemarahan kerana marah itu menyakitkan perasaan orang lain. Kita tidak tahu orang yang kita marahi itu mungkin orang yang dikasihi Allah. Menyakiti kekasih Allah itu buruk padahnya.

Marah itu membawa kepada sifat sombong kerana apabila kita marah, kita merasa besar dan orang yang dimarahi merasa dirinya diperkecilkan. Sombong itu selendang Allah dan Allah membenci kalau kita memakai selendang itu.

Biarlah orang lain dapat merasai nikmat  kebaikan kita dan  biarlah tiada sesiapa yang merasa sakit akibat dari keburukan dan kejahatan kita kecuali diri kita sendiri.

Usah takut membantu orang lain yang dalam kesusahan kerana Allah sudah menjanjikan ganjaran yang sangat besar untuk itu.

Usah merasa rugi apabila memberi kerana nikmat yang bakal dikembalikan Allah pada orang yang pemurah itu tidak ternilai harganya.

Jadikanlah diri kita seperti air sungai yang tenang. Ia mengalir lembut membawa seribu kebaikan kepada makhluk Allah yang lain. Kalau ada batu menghalang ia tetap terus mengalir mengelilingi batu dengan lembut tanpa mencederakan batu untuk menuju destinasinya. Airnya menghilangkan dahaga.

 Jangan jadi seperti air laut yang sentiasa ada pasang surut. Airnya tidak mampu menghilangkan dahaga. Bila tiba waktunya akan menjadi badai yang menakutkan.”

Saya katakan kepada anak lelaki yang sedang menghitung hari menjadi lelaki bernama suami,

“Hormati wanita sebaiknya2. Jangan berkasar kerana wanita itu lembut dan kekasaran seorang suami itu amat menyakitkan. Jangan terlalu lembut kerana kelembutan yang keterlaluan tidak membantu meluruskan kehidupan seorang isteri.

Bersykurlah dengan isteri yang mempunyai nilai agama dan kemanusiaan yang tinggi kerana itu adalah ciri yang diperlukan untuk menjadi ibu yang sempurna kepada bakal zuriat. Nilai agama tanda dia beriman, nilai kemanusian tanda ia pengasih.

Kalau ibubapanya selama ini menciptakan kelembutan untuknya, jangan kita menukarnya dengan kekasaran. Ia amat menyakitkan dan tiada apa untung yang kita dapat selain penyesalan apabila sudah menjejaskan rumahtangga dan pada masa itu segalanya sudah terlambat.”

Hiduplah dengan sederhana kerana sifat bersederhana itu adalah asas kebahagian.

Letakkan diri kita dalam genggaman Allah kerana kita tidak akan mampu merasa selamat apabila terlepas dari genggaman suci itu.”

Lembutkan hati dengan

1. zikir alma’thurat

2. solat sunat

3. puasa sunat

4. sedekah

5. mengusap kepala anak yatim

6. Melihat orang yang kekurangan

Pandanglah dalam-dalam ke dalam diri,

Layakkah kita berkasar sedangkan kita dicipta oleh Yang Maha Lemah Lembut.

Layakkah kita pemarah sedangkan seharian kita memohon kepada Yang Maha Pengasih

Layakkah kita tidak memberi kepada yang memerlukan sedangkan  hidup kita bergantung kepada Yang Maha Pemurah.

Mampukah kita terus melakukan dosa sedangkan Allah tidak pernah melepaskan pandanganNya dari kita.

11 responses so far

Apr 09 2010

Profile Image of martinelli
martinelli

Menanamkan jiwa ber Tuhan dalam diri anak

Filed under Uncategorized

Melihat menantu saya mengalunkan zikir2 dan ayat Qur’an kepada anak kecilnya, Aufa dan si anakpun dengan tenang mendengar penuh tumpuan membuat saya terkenang waktu saya melakukan perkara yang sama kepada ibu Aufa masa dia kecil dulu.

Bezanya, menantu saya mempunyai suara yang merdu dan seorang hafiz. Setiap petang sambil menunggu waktu untuk ke surau, Aufa akan didudukkan di ribanya. Tangan kiri si ayah memeluk Aufa dan tangan kanan memegang Qur’an.  Aufa duduk dengan tenang sambil meraba2 Quran kecil yang dipegang ayahnya. Apabila azan berkumandang, Aufa akan beralih kepada uminya kerana ayahnya akan ke surau mengimami jemaah Taman Permai Jaya. Sejak dalam kandungan lagi Aufa mendengar alunan Qur’an dari  ayahnya sendiri.

Sebutan yang sering saya bisikkan ke telinga anak sewaktu mereka masih bayi ialah kalimah “Lailahaillallah” dan “Bismillahirahmanirrahim“.

Kedua-dua kalimah itu adalah kalimah istimewa. Di dalamnya tersimpan sumber kekuatan jiwa yang sangat hebat kesannya.

Walaupun si anak masih belum mengerti, namun ibubapa meletakkan harapan agar dengan hatinya yang sebersih kain putih itu dapat merasakan dia ada Tuhan bernama Allah. Tuhannya penuh dengan kasih sayang sentiasa memperhatikannya di mana saja dia berada.

 Kalimah2 suci anugerah Allah itu diulang2 sewaktu mendakapnya dengan harapan bahawa dia tahu Allah juga mengurniakannya ibubapa yang dibekalkan oleh Tuhannya dengan kasih sayang. Kasih sayang itulah membuat dia merasa aman dan terlindung.

Apabila anak belajar bercakap pertanyaan yang pertama saya ajarkan ialah, “Siapa nama Tuhan?”

Si anak menjawab, “Allah.”

Bagus anak ibu…..muah, muah.!! ” Anak dipeluk lagi dengan kucupan sayang dan doa agar ia menjadi anak yang soleh atau solehah.

Apabila dia mula pandai menyanyi diajar pula lagu

Satu-satu adik sayang Allah

Dua-dua sayang Rasulullah

Tiga-tiga sayang ibu abah

Satu dua tiga sayang semuanya

Nyanyian dan zikir2 itu menjadi halwa telinga anak sepanjang masa.

Tiga perkara penting mendidik anak ialah untuk menanamkan

1. Jiwa ber Tuhan

2. Jiwa bermasyarakat

3. Jiwa berkeluarga

Walaupun rasa ada Tuhan adalah fitrah semulajadi setiap manusia, namun semakin anak dewasa ia boleh saja tenggelam sekiranya tidak disuburkan.  Jiwa berTuhan itulah menentukan baik atau tidak baiknya dia apabila dewasa nanti. Anak yang tahu Tuhan itu tempat berlindung, Tuhan itu penyayang dan akan memberi apabila diminta dan Tuhan juga akan menghukum apabila manusia berbuat jahat akan merasa bahawa setiap perbuatannya akan menerima balasan atau ganjaran dari Tuhan.

Tugas ibubapalah yang mengajar anak itu bahawa Tuhan itu adalah Allah dan Allah sentiasa mendengar dan melihat penuh kasih sayang kepada kita.  Ibubapalah yang memberitahu anak segala yang disuruh dan dilarang oleh Tuhan.

Rata2 kaum ibu berusaha sepenuhnya untuk memberi yang terbaik untuk anak. Sudah menjadi kebiasaan orang Melayu membacakan ayat Al-Qur’an ke dalam air minum anak ….. home-made oleh ibu yang menyayanginya. Kita yakin bahawa doa dan usaha ibu yang mengandungkan si anak akan lebih dimakbulkan Allah.

Namun setelah anak itu mula remaja, hati kita mula mudah terusik apabila si anak mula menunjukkan cita rasanya sendiri yang kadangkala bertentangan dengan citarsa kita. Hati siibu akan mudah terguris. Kalau masa dia kecil dulu, walaupun air kencingnya terpercik ke muka kita, sedikitpun kita tidak merasa marah. Tetapi kenapa setelah anak itu mula besar, kita terlalu mudah menyimpan gurisan hati dan sukar memaafkan si anak. Akhirnya tanpa kita sedari, usaha kita semasa dia kecil dulu terhenti dan kasih sayang ditukar dengan dendam, seolah2 kita lupa bahawa itu adalah anak yang pernah kita belai dahulu.

Saya dapati banyak masalah hubungan antara ibu dan anak berlaku apabila proses menanamkan jiwa beragama kepada anak terhenti disebabkan perubahan sikap anak yang mula mencari identitinya. Jurang komunikasi mula terbina. Kebiasaan orang Melayu, mereka berhenti memeluk dan membelai anak apabila anak mula membesar.

Kalau masa dia kecil dahulu kita menyebut namanya dengan penuh kelembutan apabila bercakap. Tetapi apabila dia membesar ia ditukar kepada ‘engkau’ dan ‘kamu’ yang agak kasar bunyinya.

Kenapa perlu merasa janggal membelai anak yang sedang tidur dengan zikir seperti masa mereka bayi dahulu?

Kenapa kita keberatan membacakan ayat2 suci ke ubunnya2 agar jiwa berTuhan itu terus subur dalam dirinya?

Kebiasaan orang Melayu juga melepaskan tanggungjawab mendidik anak kepada guru2 dan ustaz2 tanpa mengetahui bahawa ibubapa sebenarnya mempunyai kekuatan yang lebih hebat untuk membawa anak ke jalan yang benar asal saja mereka sedia berkorban.

Berkorban masa, tenaga, waktu, wang ringgit dan kesenangan demi untuk mencari ilmu dan kemahiran mendidik anak secara berkesan.

 

Kalau kita selidik kembali sejauh mana sebenarnya usaha kita untuk menanamkan jiwa beragama kepada anak, kita akan dapati banyak yang patut kita lakukan untuk anak, tetapi kita gagal melakukannya sehinggalah adakalanya kita menyedari bahawa segalanya sudah terlambat.

5 responses so far

Apr 05 2010

Profile Image of martinelli
martinelli

MENGURUSKAN KEJAYAAN ATAU KEGAGALAN REMAJA

Filed under Keluarga, Pendidikan, motivasi

“Ibu, Angah risau kalau satu  hari nanti adik diuji dengan kegagalan. Sejak kecil dia tak pernah gagal. Sekarang dia berjaya dan semua orang mengangkat dia tinggi melambung, takut nanti dia terbuai dengan pujian orang. Angah, hazim, hasif sudah pernah dapat keputusan rendah. Kegagalan awal tu yg buat kami kuat di UIA ni. Tapi adik belum pernah merasa semua tu. Macam mana kalau dia berdepan dengan cabaran belajar di u nanti.”  Anak kedua saya, Hanafi, menyuarakan kerisauannya terhadap adiknya  yang baru saja menerima keputusan SPM. Dia sangat mengambil berat tentang adiknya2.

Dia tak pernah jemu melawat adiknya di asrama pada hujung minggu untuk mengajar si adik apa saja yang diminta tunjukkan. Walaupun memilikki imej sebagai abang yang garang tetapi si adik masih bergantung dengan tunjukajar abang. Itulah yang dilakukan kepada keempat2 adiknya. Namun si adik yang seorang ini selalu membuat dia cemas kerana harapan yang begitu tinggi diletakkannya. Ditambah lagi dialah satunya2 adik perempuan, begitu ‘fragile’ dan masih manja.

Saya memahami perasaannya yang selalu mendengar cerita2 masalah remaja. Dia takut adik mula minta izin keluar sendiri sedangkan selama ini si adik masih akur kalau keluar mesti ditemani oleh salah seorang abang utk jadi bodyguard. Sekarang adik sudah tamat sekolah menengah dan sudah tentu ingin merasa kebebasan. Dia takut adik terpengaruh dengan kawan2 yang salah. 

Remaja yang berjaya dalam pelajaran belum tentu terlepas dari masalah. Ramai remaja terperangkap dalam kehidupan kerana mereka tidak tahu bagaimana menguruskan kejayaan atau kegagalan apabila berdepan dengan salah satu darinya.

Semasa dalam perjalanan mengambil keputusan, dia tidak jemu menasihatkan adiknya, “Kalau syakirah berjaya, kena bersyukur banyak2. Kalau gagal terima dengan baik. Syakirah ada keluarga untuk membantu.”

Saya cemas dengan pencapaian anak. Anak cemas dengan pencapaian adik dan si adik cemas dengan pencapaiannya sendiri.

Cemas menerima keputusan SPM sudah berlalu. Kini disambung pula dengan rasa cemas  menunggu univ. mana yang dapat. Seolahnya2 cemas dan harap itu tiada hentinya dalam kehidupan kita.

Gagal atau berjaya itu mempunyai implikasi yang besar dalam kehidupan seorang remaja.

How to manage success?….bagaimana menguruskan kejayaan? 

Satu persoalan yang jarang kita fikiran. Kejayaan memerlukan kemahiran tertentu untuk menguruskannya. Ramai remaja terperangkap dalam hal ini.  Mereka belum cukup dewasa untuk melakukannya sendiri dan memerlukan bantuan ibubapa dan orang sekeliling agar tidak tersasar sehingga memusnahkan kehidupan.

Pujian2 orang sewaktu kita berjaya tidak membawa kemana2 sekiranya tidak disandarkan kepada Allah yang menganugerahkannya. Kutukan orang apabila kita gagal belum tentu menjadi pemusnah kepada segalanya2.

Hebatnya Allah, kedua2 kejayaan dan kegagalan yang dianugerahakan kepada manusia itu sifatnya adalah sementara dan ia ikut berpusing dalam roda kehidupan. Tiada kejyaan yang kekal dan tiada kegagalan yang kekal.

 Berjaya atau gagal adalah hak mutlak Allah dan kita tidak boleh mendesak Allah untuk memberikannya kepada kita.

Kita selalu terlupa bahawa kejayaan itu mungkin saja rahmat atau semata2 ujian Allah. Menghadapi ujian kejayaan sebenarnya lebih sukar berbanding dengan ujian kegagalan. Sifat semulajadi manusia biasanya akan bersungguh2 mencari Allah ketika dalam kesusahan. Dalam kesusahan kita akan berdoa dan berdoa meminta padaNya sepanjang masa, sambil berdiri, sambil duduk malah semasa berbaring.

Tetapi semasa menerima kejayaan, syukur kita padaNya hanya seketika dan waktu2 yang selebihnya kita mengizinkan syaitan menyelubungi perasaan dengan riak dan takabur tanpa kita sedari.

Sewaktu kita dibuai riak itulah, iblis menokok tambah agar kita  terus terjerumus ke lembah kesesatan.

Orang yang dianggap hebat oleh orang lain akan kerugian kerana ilmu dan pengajaran akan menjauhinya….kenapa? Kerana orang lain tidak berani menegur kesilapannya dan tidak mahu memberi pengajaran kerana statusnya sebagai orang hebat. Kerana perasaan hebatnya, apa yang dilakukannya seolah2 tidak ada penghalang. Mereka akan terus bersendirian tanpa dibimbing oleh orang yang lebih tahu.

Remaja yang tidak terbimbing akan tersasar dan berdepan dengan kehancuran dalam kehidupan seterusnya. Mereka gagal  berkomunikasi dengan orang lain dengan baik. Yang lebih buruk lagi ialah apabila mereka gagal berkomunikasi dengan Allah . Mereka tidak tahu bagaimana mensyukuri kejayaan dengan sebaiknya2.

Sekiranya sifat itu dibawa sehingga dewasa, maka apabila menjadi ketua dia akan menjadi ketua yang tidak berhati perut. Apabila menjadi ibubapa mereka menjadi ibubapa yang kaku dengan anak2. Apabila hidup berjiran, mereka akan menyakiti hati jiran2. Semuanya kerana mereka gagal merasa perasaan dan degup jantung orang lain. Inilah yang sering dilakukan oleh eksekutif2 muda yang terlalu cepat berjaya.

Sewaktu berjaya cuba pastikan:

  1. Sudahkah kita mengingatkan diri bahawa semua itu adalah milik Allah yang boleh ditarik balik pada bila2 masa?
  2. Sudahkah kita melakukan kesyukuran yang sempurna pada Allah?
  3. Sudahkah kita berterima kasih kepada mereka yang membantu kita, terutama ibubapa dengan cara mendoakan mereka?
  4. Sudahkah kita menutup pintu2 riak?
  5. Sudahkah kita mengingatkan diri bahawa disebalik setiap kejyaan itu ada amanah yang perlu dilaksanakan?
  6. Sudahkah kita merendahkan hati agar semua orang merasa selesa untuk menasihati kita?
  7. Sudahkah kita cuba membantu orang lain pula untuk berjaya?
  8. Sudahkah kita bertindak untuk meningkatkan ibadah padaNya?
  9. Sudahkah kita sedia untuk diuji dengan kegagalan pula selepas ini?

Kalau sudah….. bermakna anda sudah bersedia untuk kejayaan demi kejyaan.

Menguruskan kegagalan?

Menguruskan kegagalan sudah tentu memerlukan kemahiran yang lebih tinggi lagi.

Remaja ertinya golongan yang kemampuan berfikirnya tentang kehidupan masih bertaraf fikiran kanak2 tetapi keinginannya sudah seperti orang dewasa. Baginya kegagalan adalah suatu yang memalukan dan menjatuhkan harga diri. Demi untuk memulihkan kembali harga diri, tanpa bimbingan yang sempurna, mereka akan melakukan apa saja agar dipandang hebat di mata rakan2 sebaya.

Bagi mereka apabila gagal dalam pelajaran, harga diri mereka sudah jatuh di mata keluarga dan tidak mungkin dipulihkan. Alang2 sudah dipandang rendah, biarlah orang tua terus kecewa asalkan rakan2 masih mengiktiraf mereka dengan kehebatan2 yang lain seperti menjadi penghisap rokok terhebat, gaya rambut terhebat atau seluar jeans terhebat walaupun dibeli dari kedai bundle. Lebih jauh dari itu mereka menjadi penghisap dadah terhebat dan mat rempit terhebat.

Siapa yang biasanya kita salahkan?  Kita tidak mampu menghalang dunia hiburan yang menyesatkan kehidupan anak2 kita kerana ruang media yang tanpa batas ini. Namun usaha2 yang berterusan dengan memastikan anak2 tetap berkomunikasi dengan kita tanpa ragu2 harus dilakukan.

Apa yang akan berlaku pada kita 10 atau 20 tahun lagi sudah tidak penting. Tetapi apa  yang akan berlaku pada anak2 kita 10 atau 20 tahun lagi itulah yang sebenarnya lebih penting.

Bantu anak2 menguruskan kejayaan mereka dan jangan biarkan mereka menguruskan sendiri apabila menghadapi kegagalan. 

Kegagalan itu sebenarnya hanyalah kejayaan yang ditangguhkan buat sementara waktu.

Apabila kita gagal:

  1. Sudahkah kita memujuk hati supaya redha denganNya dengan cara  yang sempurna?
  2. Sudahkah kita meyakini bahawa ini adalah hanya untuk sementara sebagai ujian Allah untuk kita meningkatkan usaha?
  3. Sudahkah kita mendapat bantuan dari orang yang lebih dewasa, berpengalaman dan berilmu untuk mendapat nasihat?
  4. Sudahkah kita membuat rangkakerja selanjutnya untuk bertindak?
  5. Sudahkah kita berusaha untuk menyelidikki punca kegagalan dan  mengatasinya selepas ini?
  6. Sudahkah kita memohon maaf kepada orang2 yang pernah kita sakiti, terutama ibubapa?
  7. Sudahkah kita bersedia untuk meningkatkan ibadah?
  8. Sudahkah kita bersedia untuk diuji lagi?

Kalau sudah bermakna anda sudah sedia untuk berjaya.

Mulakanlah langkah menuju kejayaan dengan lafaz Bismilah dan hatilah2 supaya setiap langkah kita tidak menyakiti sesiapapun termasuk semut yang kecil.

Dengar dan sahutlah panggilan azan setiap 5 waktu kerana di dalamnya ada jemputan Allah untuk kita berjaya.

“Haiya ‘alal falah” …..marilah menuju kejayaan.

Azan dilaungkan dari rumah Allah yang mulia maka berjalanlah ke sana untuk mencari kejayaan apabila dipanggil tanpa berlengah2.  Ia adalah panggilan Allah pemilik kejayaan yang kita inginkan itu.

Kejayaan yang sempurna ialah apabila usaha dilakukan  penuh ikhlas dan meletakkan diri dalam genggaman Allah sepanjang masa.

7 responses so far

FireStats icon Powered by FireStats