Feb 10 2010

martinelli

Melangkah ke bumi Turkey

Posted at 8:02 am under kemanusiaan, ummah

Kata orang di Salt Lake City, Amerika, ada sebuah NGO keristian yang sangat hebat dari segi gerak kerja dan kemudahan2 peralatan membuat outreach. Mereka memilik beberapa kapalterbang dan helikopter untuk mebawa barang2 itu. Ada sebuah gudang yang sangat canggih yang sentiasa dipenuhi barang2 makanan, pakaian dan barang2 keperluan hidup yang lain untuk diedarkan semasa mubaligh2 mereka menjalankan outreach ke seluruh dunia. Saya tidak punya peluang melihatnya sendiri.

Tetapi alangkah terkejutnya saya semasa melawat Turkey wujud sebuah NGO  kemanusiaan bernama Dennis Fenarri  yang punya gerak kerja kemanusiaan yg sangat canggih yang digerakkan oleh orang2 Islam. Mungkin tidak sehebat NGO kristian di Salt Lake City itu dan NGO ini juga bukan badan penyebar agama, namun saya kagum melihat ia mampu mempunyai gudang yang besar dan tersusun. Dari barang2 makanan hinggalah pakain sejuk disimpan dan dikawal secara sistematik. Ia akan diedarkan kepada mereka yang memerlukan sebaik saja menerima maklumat ada orang memerlukan.

Bermula dari sebuah acara tv seperti Bersamamu di tv3, kini mereka mepunyai  ribuan sukarelawan yang berada di seluruh pelusuk Turkey yang  bertugas mencari orang susah secara percuma. Di bahagian penyimpanan kasut di gudang itu terdapat kasut semua saiz tersusun secara sistematik. Begitu juga pakaian.  Mereka juga mengedarkan barang2 itu untuk mangsa bencana alam seluruh dunia. Kalau anda pernah ke Aceh selepas tsunami. anda akan melihat beberapa rumah yang dibangnkan oleh NGO ini untuk keluarga mangsa.

Di pejabat NGO itu ada deretan telfonis yang menerima panggilan dari agen2 mereka lengkap dengan komputer untuk menegnalpasti tempat pemanggil dan menentukan tindakan yang patut diambil untuk membantu mangsa. Di bahagian lain, puluhan pekerja mengasingkan barang2 yang diterima. Saya hairan dari mana mereka dapat barang sehingga gudang mereka sentiasa penuh. Kata mereka barang2 itu disedekahkan oleh kilang2 dan syarikat2 besar yang menjadi pembekal tetap secara percuma sebagai csr (corporate social responsibility) mereka. NGO itu hanya memberikan senarai barang2 yang diperlukan setiap bulan kepada syarikat2 itu.

Bolehkah NGO seperti ini wujud di Malaysia? Mungkin agak sukar kerana NGO2 yang sedia ada selalunya bersifat individualistik, bukan networking oriented.

Tetapi yang lebih membanggakan saya lagi ialah apabila saya dapat tahu bahawa salah seorang pengurus besar NGO itu adalah grdauan UIA yang belajar di kampus PJ dahulu sebelum UIA pindah ke Gombak. Semasa pertemuan dengannya dia ada menyebut, “I miss nasi lemak, roti canai and I miss bas 12.”

Kemudian saya berkesempatan melawat sebuah NGO lagi bernama IHH Human Relief Foundation. (mereka meneyebut ee-aa-aa). NGO ini lebih fokus kepada kerja2 kemanusiaan antarabangsa terutama di negara2 Islam. Membuat saya lebih terkejut ialah di sini majoriti petugasnya adalah bekas2 graduan UIA.  Mereka berkata saya akan lebih terkejut kalau dapat melawat sebuah universiti yang hampir semua pensyarahnya oleh bekas2 graduan UIA.

Kata mereka, mereka suka belajar di UIA sebab di negara mereka sebelum ini pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai tudung. Walaupun Turkey masih tidak mengi’tiraf ijazah UIA namun mereka tetap ke UIA untuk mendapat ilmu. Saya amat mengkagumi semangat mereka untuk proses Islamisasi Turkey. Terasa kekesalan saya kenapa saya tidak merapati mereka sewaktu mereka ada di UIA dahulu.

Di dalam hati saya terdetik,”Alangkah besarnya peranan UIA membina ummah. Sebagai staff, bukan kecil amanah yang kita pikul untuk mendidik anak2 muda ini.”

Satu lagi perkara yang amat mengkagumkan saya ialah suasana masjid2 dan surau2 yang dipenuhi anak2 muda setiap solat 5 waktu. Satu hari saya dan beberapa orang sahabat yang sama2 dalam rombongan ini terpaksa mencari surau lain kerana masjid berhampiran hotel kami di tengah2 kota Istambul itu sudah sendat dengan manusia terutama anak2 muda walaupun waktu zohor belum masuk. MasyaAllah. Walaupun kami boleh solat jama’ tetapi keinginan untuk merasa bersolat di masjid turkey begitu berkobar2 kami berusaha juga mencari masjid. Akhirnya kami bertemu sebuah masjid lama yang kecil di belakang hotel dan suasananya sama juga tetapi masih ada ruang untuk kami bersolat.

Walaupun kumpulan gerakan Islam tertekan dengan pelbagai undang2 circular di Turkey, tetapi ia semakin mendapat sambutan. Kumpulan yang menjadikan siratunnur, sebuah buku karya Said Nursi Badiuzzaman sebagai sumber semangat mereka semakin besar. Saya teringat kembali sewaktu remaja dahulu, disebabkan terlalu teruja dengan semangat beliau, saya menaip semula riwayat tokoh agung ini dari majalah dan mengedarkannya kepada kawan2.

Ummat Islam akan dikatakan kuat hanya apabila jemaah solat subuh dimasjid sama ramainya dengan jemaah solat jumaat. Apakah Turkey akan menjadi negara pertama untuk ini.

Siapa sangka. semasa zaman Kamal Artatuk, ribuan ulama’ dibunuh, segala yang berunsur arab termasuk bahasa dan tulisan diharamkan. Azan hanya boleh dilaungkan menggunakan bahasa turkey.  Kini Islam bangkit semula di bumi Turkey walaupun masih mendapat tentangan dari pihak yang berfahaman sekular. Pihak ini  mahukan turkey menjadi sebahagian dari masyarakat Eropah sedangkan semua negara eropah menolak kemasukan turkey ke dalam kesatuan mereka.

Suatu yang mengkagumkan saya ialah mereka berbeza dari masyarakat lain tentang kebersihan. Seperti orang eropah, mereka sangat menjaga kebersihan malah lebih bersih dari orang eropah, menepati  waktu dan berjalan pantas menunjukkan bahawa mereka juga bekerja dengan pantas dan professional. Mereka sangat meraikan tetamu dengan makanan dan hadiah2.

11 responses so far




11 Responses to “Melangkah ke bumi Turkey”

  1.   Ibufahim&shofiyahon 10 Feb 2010 at 8:55 am 1

    Tentang isu kebersihan dan hygiene ni, rasanya kat kampus ni masih belum mencapai mentaliti kelas pertama…sampah depan mata pun tak ada sapa nak kutip malah dipijak2 dan disepah2kan lagi.Cam na nak didik masyarakat kampus uia supaya lebih berintegriti…apa2pun kebersihan bermula daripada rumah

  2.   ctaon 10 Feb 2010 at 10:16 am 2

    Dengan tubuh mereka yg tegap dan besar, dan mereka bergabung dalam satu kumpulan, dah jadi satu ombak besar di tengah2 jemaah haji yang sedang tawaf. Saya gerun bila lihat kumpulan mereka, tapi benar, orang Turki baik bila kita bertegur sapa walaupun dengan bahasa isyarat saja.

  3.   Karimahon 11 Feb 2010 at 12:02 am 3

    Harap2 bumi Turki menjadi negara Islam sseperti satu ketika dulu walaupun masih mendapat pengaruh circular. Semakin kuat ditekan, akan semakin kuat iman. Harapan dan doa untuk mereka sentiasa. Semoga kita boleh mencontohi mereka….

  4.   Rizal Roslion 11 Feb 2010 at 8:10 am 4

    Masya Allah! Inilah gerak kerja dan struktur organisasi yang NGO kemanusiaan mesti dan wajib ada! Ia sangat profesional dan sistematik. Patutlah gergasi korporat tak lokek untuk menyumbang kerana mereka tahu ke mana sumbangan mereka itu pergi dan kepada siapa pula ia dimanfaatkan. Jika ada peluang ingin benar saya melihat sendiri dan jika ada kesempatan ingin juga saya menyertai mereka ini … Insha Allah!

  5.   Farison 11 Feb 2010 at 9:10 am 5

    Assalamu’alaikum

    Kak Nelli, Rizal jom kita bina gudang dan network bantuan kemanusiaan kita sendiri….

  6.   shahon 11 Feb 2010 at 8:28 pm 6

    I like this post

  7.   Rizal Roslion 12 Feb 2010 at 7:56 am 7

    Komentar ini adalah daripada Saudara Raimi iaitu sahabat saya yang juga Setiausaha Agung Presiden ABIM yang dibuat melalui Facebook saya:

    “Turki memang terkehadapan dalam gerak kerja kemanusiaan antarabangsa, khususnya di negara2 Islam. Mereka mempunyai dana yang besar dan kini pengaruh dalam OIC untuk melebarkan gerak kerja mereka di peringkat global. Ada banyak organisasi di sana, Hayrat Foundation merupakan organisasi berorientasikan aliran Badiuzzaman Said Nursi yang sering … See Moremenjalankan kerjasama dengan ABIM.Mereka mepunyai lebih 1000 orang graduates yg bekerja sepenuh masa dgn organisasi. Berminat untuk ke Turki sempena 50 tahun kewafatan Said Nursi dan sambutan pembukaan Kota Istanbul pada Mei 2010 nanti, sangat meriah dan nostalgic? Sila hubungi saya. “

  8.   Rizal Roslion 12 Feb 2010 at 7:57 am 8

    Abg Faris,menarik! Tetapi macamana kita hendak mula?

  9.   Farison 12 Feb 2010 at 10:28 am 9

    Rizal.

    Nanti kita duduk bincang.. play with the idea…

  10.   marshitaidrison 13 Feb 2010 at 7:46 am 10

    Salam, saya rasa ABIM di setiap cawangan perlu berbincang untuk mengadakan aktiviti seperti di Turki, pada peringkat awal kita buat secara kecil2an dahulu iaitu dgn mengutip dana2 dari ahli ABIM yang baru dan yang lama. Buat satu ceramah, panggil ustaz atau ustazah yg terkenal dan di situ kita sampaikan mesej kita. Saya masih ingat di zaman 90 an, kami mengadakan ceramah di TNB Taiping, sambutannya sangat memberangsangkan dan ramai yg ingin menyertai program2 yg dianjurkan oleh ABIM

  11.   azharon 17 Feb 2010 at 12:53 am 11

    Salam, saya sangat tertarik dengan artikel kali ini madam…

    Sebenarnya,di luar sana ramai lagi anak-anak UIA yang berkhidmat dalam khidmat kominiti sosial ini..Samada mereka sudah grad ataupun tidak..

    Terbabit dengan NGO sebagai satu medan berkhidmat pada masyarakat dengan tiada sekatan mana2 selagi tidak bertentangan dengan akta2 kerajaan..

    Seperti persoalan madam, bolehkah NGO seperti ini wujud di Malaysia?

    InsyaAllah,jika niat kita betul, dapat sokongan dari banyak pihak,insya Allah kita akan jadi kuat..Kita boleh lakukannya…

    Saya mengambil contoh seperti mana rakan-rakan di atas sudah menamakannya iaitu ABIM..Satu nama NGO yg sudah cukup kukuh.. Di dalam nya sendiri ada lagi beberapa badan seperti IOA,MRA,Skuad Prihatin,GPM,PKPIM dll.. Lalu gabungan badan-badan ini lah yang akan mengukuhkan lagi badan induk nya..

    Dan banyak lagi sebenarnya NGO-NGO besar lain di Malaysia ini.. Cuma itu sahaja saya mengambil contoh..

    Dan saya berharap seperti juga apa yang madam harapkan,suatu hari nanti akan ada badan2 NGO bergerak seperti yang berada di Turki itu.. Lebih sistematik dan meluas agar dapat membantu golongan yang memerlukan…

    InsyaAllah,kita boleh!..

    wassalam.. :)

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

FireStats icon Powered by FireStats