Jan 05 2010

martinelli

Allah tempat meminta

Posted at 7:33 am under Uncategorized

Waktu anak2 saya masih kecil  biasanya selepas selelsai solat mereka akan duduk di sekeliling saya. Anak yang paling kecil akan duduk di atas riba, yang lain akan berebut tempat yang paling dekat dengan ibu…..suasana yang begitu manis dalam kehidupan seorang ibu. Kami akan berdoa bersama2 dengan bahasa mudah yang boleh difahami anak kecil. Adakalanya mereka bergilir membaca doa. Biarlah mereka tahu bahawa Allah itu adalah tempat mengadu dan meminta apa saja. Biarlah mereka tahu mereka tidak sendirian kerana ada Allah yang memerhatikan dengan penuh kasih sayang. Setiap pemberian Allah itu perlu disyukuri.

Anak kelima saya yang bernama syakirah, mungkin sesuai dengan namanya, apabila tiba gilirannya berdoa akan menyebut “Terima kasih Allah bagi syakirah rumah ni, terima kasih bagi baju ni, terima kasih bagi gula2 ni, terima kasih bagi penyangkut baju, terima kasih bagi tingkap ni…….” Segala yang nampak disekeililngnya akan disebut dalam doa dan abangnya2 akan gelisah menunggu bila dia hendak berhenti.

 Selesai berdoa mereka akan berebut2 masuk ke dalam telekung ibu.

Suatu hari saya memarahi anak bongsu yang berumur 4 tahun yang terlalu susah disuruh makan. Badannya yang kurus melidi membuat saya risau dan saya tidak menyangka dia faham dengan kerisauan saya. Diam2 rupanya dia menyorok dalam almari. Dari luar saya mendengar suara halusnya, “Allah….O Allah….bagilah hanif boleh makan, boleh tak Allah? Bolehlah, ye….ibu sedih hanif tak makan, Bagilah hanif boleh makan, ok, Allah?…kesian ibu. Bagilah ye, ok Allah? Oklah Allah….bye.bye Allah.”

Doa si kecil cukup membuat saya terharu kerana dia sudah dapat menghayati erti Allah tempat meminta.

Kini sikecil itu sudahpun berumur 12 tahun dan membesar dalam suasana yang membuat dia perlu berdoa setiap kali menghadapi maslah. Usia awal ramaja yang sedang mencari identiti diri. Saat2 yang paling genting, penentuan ‘mindsetting’ yang betul untk kehidupan seterusnya. Ibubapa tidak boleh terlalai mendekati mereka melalui komunikasi. Silap komunikasi akan membina jurang perhubungan dengan anak.

 Baru2 ini semasa kami berbual2 tentang dia dan temannya2 dia berkata. “Betul kata ibu, kalau doa kita Allah tak makbulkan Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Banyak benda yang mula2 hanif kecewa tak dapat, tapi lepas tu Allah bagi macam2 yang Hanif tak sangka langsung. Hanif cuba bersabar je bila orang buat tak baik pada hanif. Lepas tu Hanif akan dapat ganjaran lain.”

Kini si bongsu baru saja memulakan kehidupan di asrama tanpa ibu di sisi. Semalam kami sekeluarga menghantarnya untuk memberi semangat padanya. Biar dia tahu dia ada keluarga yang sangat menyayanginya. Memang sangat berat berpisah dengan anak. Sebelum ini sudah 5 kali saya lalui suasana sebegini. Namun demi masa depan anak, saya terpaksa merelakan pemergiannya. Dengan penghayatan Allah tempat meminta yang ditanamkan sejak kecil, saya cuba meyakinkan diri bahawa si bongsu ini boleh hidup berdikari selepas ini walaupun selama 12 tahun hidup tidak pernah berjauhan dari ibu.

Saya berpesan padanya,

“Hanif, dalam keadaan apa pun, ingatlah Allah. Allah tempat meminta. Ibu tak boleh bagi apa pun pada Hanif kecuali dengan izin Allah. Tapi Allah tak perlu minta izin pada ibu kalau Dia hendak memberi. Allah saja tempat kita mengadu. Ingat,  Allah tempat meminta…”

6 responses so far




6 Responses to “Allah tempat meminta”

  1.   linon 05 Jan 2010 at 11:15 am 1

    terima kasih,ibu..

    sama-sama, lin.
    Dpd Martinelli Hashim

  2.   adaon 05 Jan 2010 at 5:36 pm 2

    sungguh comel.. dah lama madam tak update blog.. busy ye?? kalo saya baca blog madam, saya mesti berkata2 dalam hati, paling kurang, ‘nanti aku pun nak ajar anak aku macam ni jugak la..’ heheheh…

    Biasalah hujung tahun awal tahun, sibuk yang seolah2 tidak berpenghujung …….Tma kasih,ada. Mudahan2 Ada cepat dapat jodoh dan memperolehi zuriat yang eamai dan soleh.
    Dpd Martinelli Hashim

  3.   Karimahon 06 Jan 2010 at 2:51 am 3

    Terima kasih Kak Neli. Bukan senang nak terap pemikiran anak supaya sentiasa berharap pada Allah dan mensyukuri nikmat yang diberikan. Tahniah kerana Kak Neli berjaya.

    Masih meredah jalan untuk mencapai kejayaan….jalannya masih panjang dan penuh duri. Terima kasih.
    Dpd Martinelli Hashim

  4.   faniaon 06 Jan 2010 at 6:01 pm 4

    MashaALLAH3… Sungguh DIA sumber segala!

  5.   marzianaon 10 Jan 2010 at 8:48 am 5

    sy pun nak buat mcm kak neli juga..tima kasih byk atas inspirasi yg dicurahkan…

    Semoga anak2 Marziana berjaya….Amin
    Dpd Martinelli Hashim

  6.   Robi Rizkiantoon 21 Jan 2010 at 10:00 am 6

    Subhanallah……
    Salam kenal untuk ibunda martinelli hashim. Sudah banyak yg saya baca dari artikel ibunda. Sungguh sangat menyentuh dan menyadarkan saya akan indahnya isalam dan indahnya ukhwah.

    “…..Kemudian Dia (Allah) akan memberikan kepada mereka pada hari kiamat pa yang telah mereka kerjakan.”(mujadilah:7)
    Semoga selalu terjaga dan dibalas setimpal setiap perilaku kita.

    Ibunda, setelah saya baca artikel ibunda…..
    saya merasa sayang dengan bunda…..

    Sekiranya tidak memberatkan ibunda, boleh saya sharing dengan ibunda melalui email?

    salam kenal kembali. Yang baik itu adalah semata2 dari Allah….. artikel2 ini masih jauh dari kesempurnaan…kekurangan yang ada adalah kelemahan saya yang masih tidak cukup ilmu ini. Saya hanya insan kerdil yang cuba mendidik hati agar tidak sekerdil badan.
    Silakan saja……. email saya nailihashim@gmail.com
    Dpd Martinelli Hashim.

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

FireStats icon Powered by FireStats