Dec 21 2009

martinelli

Cinta Agung

Posted at 2:00 pm under Pendidikan, motivasi

Saya katakan pada anak2

“Jangan sekali2 kita bergantung kepada manusia untuk memenuhi impian kita. Kalau menyayangi orang, sayangi dia kerana Allah…dan Allah tetap di atas dan di depan kita. Kalau membenci, benci semata2 kerana Allah…. dan Allah tetap di atas dan di depan kita.

Usah membenci kerana kepentingan peribadi sebagaimana usah menyayangi kerana nafsu sendiri. Kalau kita dikecewakan oleh seorang manusia, InsyaAllah akan ada manusia lain yang lebih baik yang akan didatangkan Allah untuk mengubati kekecewaan kita. Kalau kita redha lagi, ALLAH akan datang sendiri memberi kasih sayang yang tidak terkira hebatnya. Carilah cinta agungNya”

Ada masanya kita tidak suka dengan apa yang berlaku di depan mata. Kalau ia dalam kuasa kita, tanganilah. Tetapi kalau di luar kuasa kita, berdoalah dan redha dengan taqdirNya. Di sana kita akan meniti cinta agungNya.

Penghormatan atau penghinaan orang pada kita bukanlah perkara utama dalam hidup dan kita tidak perlu berhempas pulas mencari atau menghindarkannya. Tetapi berusahalah sekuatnya2 mencari cinta agungNya.

Adakalanya kita sudah melakukan yang terbaik, tetapi tidak di mata orang lain.

Adakalanya kita tidak melakukan apa2 tetapi dibicarakan orang sebaliknya.

Adakalanya kita menyangka baik terhadap seseorang, tetapi kita kecewa di penghujungnya.

Adakalanya kita menyangka tidak baik pada seseorang, tetapi rupanya dialah insan terpuji yang tidak kita ketahui sebenarnya.

Pujian merosak jiwa kalau tidak dikembalikan pada Yang Maha Pencipta.

Penghinaan penguat tekad asalkan kita menerimanya dengan sabar.

Kalau memuji orang pujilah perbuatannya sahaja bukan apa yang ada padanya, takut kita membawanya pada riak.  Membenci orang juga pada perbuatannya bukan apa yang ada padanya, takut kita membenci orang yang mungkin sangat dikasihi Allah sedangkan kita tidak tahu.  Siapalah kita hendak membenci kekasih Yang Maha Agung.

Kebahagian dunia yang kita dapat  hanyalah bonus dari Allah. Bonus tidak datang setiap masa. Bonus itu hadiah dan apabila melihat sendiri ke dalam diri kita, kita akan malu sendiri dengan ibadah yang tidak sebeberapa dan dosa yang bertimbun, masih menerima anugerah kebahagian dariNya.

Ujian itu adalah bonus yang lebih mahal kerana kesabaran kita menghadapinya akan dibalas dengan rahmatNya yang sangat besar.

Letakkan diri kita sentiasa dalam genggaman Allah. Kerana cinta Allah pada makhluk yang taat itu membuatkan kita tidak lagi memerlukan cinta manusia yang kerap menyakitkan .

Hargai nikmat iman kerana tidak semua dapat merasanya. Nikmat yang tidak dijaga dengan baik akan ditarik balik dan kita akan tercampak ke lembah yang sangat hina.

Apabila saya sedih atau kecewa saya suka mendengar lagu ini….. Cinta Agung oleh Qatrunnada’. 

Suatu ketika dulu lagu ini pernah membuat saya menitiskan airmata dan membawa kepada satu anjakan paradigma dalam melaksanakan tugas mendidik anak2 UIA. 

Indahnya hidup beriman, dalam derita kita akan mencari cinta agungNya. Dalam bahagia kita mengucap rindu padaNya.

Lagu yang sangat syahdu    sila click youtube CINTA AGUNG
Lirik CINTA AGUNG
Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta Agungku
Nabi Muhammad pesuruh-Mu

Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkaulah Sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkaulah segalanya

Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rizkiku
Di waktu sakit Kau sembuhkan
Di waktu lapar Kau beri makan

Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku

10 responses so far




10 Responses to “Cinta Agung”

  1.   azharon 21 Dec 2009 at 6:23 pm 1

    saya pun minat lagu ni ibu martinelli..sgt membekas di hati.. :)

  2.   Lizon 22 Dec 2009 at 10:07 am 2

    Puan,

    saya membaca mengenai doa yang biasa Rasullulah bacakan.

    ‘Ya Hayyum, Ya Qayyum dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah segala urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata’(Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).

    Doa Rasullulah ini bertepatan dengan apa yang puan tuliskan. Saya dalam masa yang sama amat tertarik dengan apa yang puan ajarkan pada anak2 puan. Bergantunglah pada Allah. Saya akan berkongsi dengan anak2 saya juga.

    Thx.

    Rgds,
    Liz

  3.   Suhailon 23 Dec 2009 at 11:17 am 3

    Puan, tindakan puan sama dengan saya sewaktu hadapi situasi yang sama.. saya percaya apa yg disampaikan oleh Qatrunnada itu datangnya dari hati mereka yg tulus mengajak kita meraih Cinta Agung itu.

  4.   marhamahon 24 Dec 2009 at 8:50 am 4

    penuh makna..semoga kita selalu dalam rahmatNYA..n sentiasa redha dengan ketentuanNYA..

  5.   Karimahon 28 Dec 2009 at 11:33 pm 5

    Terima kasih, Kak Nelli. Tulisan ini penuh makna dan perlu dijadikan pedoman dan pegangan hidup. Walau nampak simple tapi amat bermakna sekali…..terima kasih sekali lagi.

  6.   Farison 03 Jan 2010 at 10:39 pm 6

    (Kita adalah perwaris)
    Bila embun menitis,
    kita tidak mengharapkan gerimis….

  7.   pendekaron 04 Jan 2010 at 4:15 pm 7

    great post. thank for share. I really need something like this.

  8.   linon 04 Jan 2010 at 11:05 pm 8

    ibu..ceritalah lagi.saya rindu cerita ibu..

  9.   shikinon 18 Jan 2010 at 8:33 pm 9

    manusia sentiasa lupa..bila bdiri menghadap kiblat (solat) mcm2 brmain d fikiran..rasa rindu n xsabar bertemu Allah..langsung terlupa..o ..Allah pelihara lah k’kusyukan aku ketika aku mghadap Mu..

  10.   shafinah(0536996)on 19 Jan 2010 at 9:18 am 10

    saya suka artikel ini…memberikan semangat buat diri ini

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

FireStats icon Powered by FireStats