Dec 04 2009

martinelli

Anak-anak yang lasak

Posted at 8:31 am under Keluarga

“Anak2 you ni teruk betullah. Pening tengok rumah you lintang pukang macam ni” Kata2 seorang rakan-karib yang datang berkunjung ke rumah kami beberapa belas tahun dahulu cukup tajam untuk didengar. Rasa malu, kecewa, geram, terhibur, bersilih ganti sepanjang menjaga anak2 lelaki yang sangat  lasak. Bermacam2 petua sudah dicuba dari berdozen2 buku parenting dan tidak ketinggalan nasihat dari rakan2 dan mereka yang lebih tua.

Kecuali anak sulong, kesemua anak2 saya meninggalkan bekas parut tanda kenakalan mereka.

Anak kedua, Hanafi ada parut di dagu suka menterbalikkan almari bila mengamuk. Anak ketiga, Hazim ada parut di kening kerna suka memanjat. Anak ke empat, Hasif  dagunya terkoyak, tebuk sampai ke bahagian dalam mulut kerana terjatuh ke bucu lantai rumah. Anak ke lima, Syakirah, putus jari kerana tersepit pintu. Anak ke enam, Hanif, berparut di dahi kerana jatuh ke dalam longkang.

Tambah memeningkan lagi kerana mereka mempunyai ayah yang mengikut apa saja permainan yang diminta si anak. Nintendo, master system. psp, sebutlah jenamanya, semua ada.  Anak tidak minta pun, kadang2 si ayah yang suka membelinya.

Ramai kawan2 menegur, “Permainan ini bahaya, Neli, janganlah belikan, nanti anak2 ketagih susah dibuatnya.”

Dari banyak2 nasihat ada satu nasihat yang sangat berkesan dari seorang kawan. Katanya, “Biarlah nakal macam mana pun anak2, tapi pastikan mereka tak tinggal solat. Insya Allah mereka akan jadi orang baik bila besar nanti.”

Masih terbayang peristiwa lucu melihat anak kedua yang berumur 9 tahun yang terlalu kreatif, bersolat dengan gerakan ala robot. Saya menepuknya dari belakang dan dia terlompat terkejut kerana tidak menyangka ibu memerhatikannya main2 dalam solat. Sejak peristiwa itu sampai sekarang dia menjaga solat dengan baik dan tidak perlu diingatkan untuk solat sebagaimana adiknya2 yang lain.

Walaupun mereka sangat lasak, tetapi perangai macam anak kucing. Mereka akan mengekor kemana saya pergi . Kalau saya di dapur semua akan ikut ke dapur. Kalau saya ke bilik air semua akan menunggu di depan bilik air. Turun tangga berderet mengikut ibu. Naik tangga berderet mengikut ibu, tidak ubah macam ibu kucing dan anak2 kucing. Lepas solat masing2 berebut masuk dalam telekung ibu.

Kata orang anak2 yang menyusu badan akan rapat dengan ibunya. Mungkin itulah puncanya. Macam mana susah sekalipun, menyusukan sendiri anak adalah hadiah terbaik dari seorang ibu dan jangan sekali2 kompromi dalam bab ini.

Kata orang anak2 yang lasak waktu kecil, apabila besar akan jadi bijak. Mungkin benar dengan syarat kita mendidiknya dengan kaedah yang tepat.

Kata orang ibu patut berhenti kerja supaya rapat dengan anak. Tidak benar, asalkan kita sentiasa bersama mereka diwaktu2 mereka memerlukan, memberi penuh perhatian sewaktu mereka bercakap sehingga mereka tidak perlu mencari alternatif lain untuk menyuarakan perasaan dan masalah.

Kata orang ibu perlu lembut dan ayah perlu keras. Tidak benar, keduanya perlu lembut dan keras diwaktu2 yang sepatutnya.

Kata orang jangan biasakan anak memijak ayah yang berbaring dilantai. Tidak benar, kerana semua itu akan mengeratkan lagi hubungan ayah dan anak2 .

Kata orang dekati anak sambil bercerita sewaktu anak hendak tidur. Memang benar, pengajaran yang hendak kita tanamkan dalam jiwa mereka akan sangat melekat apabila kita menyebutnya semasa menidurkan anak.

Kata orang gunakan bacaan asma ulhusna untuk mengubati kedegilan anak. Memang benar. Saya lakukannya semasa anak ke 4 saya yang suka merengek sewaktu berumur 3 tahun. Saya bacakan ke dalam susunya selepas solat hajat waktu malam. Selepas meminumnya dia terus berubah dan sangat rajin membantu serta tidak pernah mengatakan tidak kalau disuruh.

Kata orang untuk menjadi ibu yang baik. seringlah2 membelai rambut anak yatim hati kita akan jadi lembut untuk beribadah. Memang ini tidak dinafikan.

Sekarang semuanya sudah besar2 namun perangai kucing mereka  masih tidak hilang. Saya akan menjadi ibu kucing  yang kesunyian apabila anak2 tidak balik.

Seorang demi seorang mula mengenalkan calon pasangan masing2……. tanpa disedari masa berlalu begitu pantas. Terfikir juga bagaimanakah agaknya mereka akan melalui kehidupan yang penuh pancaroba ini.

Sudah 6,7 tahun menikmati rumah kemas tanpa selerakan barang mainan anak2. Tiba2 pusingan kedua bermula dengan kelahiran cucu yang jauh lebih lasak dari anak2 sendiri walaupun baru berumur 7 bulan.

Kehadirannya seorang sudah cukup menggamatkan seisi rumah.

8 responses so far




8 Responses to “Anak-anak yang lasak”

  1.   Rizalon 04 Dec 2009 at 11:28 am 1

    Subhanallah…hiba rasanya membaca entri ini…

    Moga Rizal sentiasa di bawah Lembayung Ilahi……………..
    Martinelli Hashim

  2.   anaon 04 Dec 2009 at 12:19 pm 2

    kadang2 terbit jugak rasa malu bila nak bawak anak2 yang lasak ni ke kenduri kendara. Malu dikata orang tak tau menjaga dan mendidik anak.. Nak ditinggal takut lambat laun mereka tak kenal pulak saudara mara. Tapi selalu ingatkan diri sendiri, macamana nakal pun anak kita, itu adalah amanah Allah. Tanggungjawap kita didik mereka. Apa-apa pun, macam mana ragam pun anak kita dia tetap anak kita sampai bila2.. kita tetap sayang sampai bila2…

    Usah risau, sudah ramai yang membuktikan kenakalan mereka masa kecil berubah menjadi anak yang sangat baik apabila sudah besar…….
    Martinelli Hashim

  3.   anuar manshoron 05 Dec 2009 at 8:53 am 3

    Mohon doa Kak Nelli supaya kami dikurniakan anak yang soleh dan solehah:)

    Insya Allah, ayah ibu yang soleh macam anuar n isteri akan mampu mendidik anak2 dg baik Amin………
    Martinelli Hashim

  4.   sakinahon 08 Dec 2009 at 9:56 am 4

    YA cuculah penyambung generasi yang akan datang….

    Moga sambungan yang penuh barakah……
    Martinelli Hashim

  5.   mahlion 24 Dec 2009 at 8:28 pm 5

    Mendidik anak waktu anak2 kecil adalah saat manis untuk dikenang. Walaupun penat dengan kerenah anak yang pelbagai tetapi berbaloi kerana mereka membesar di depan mata kita. Bila kita dah berusia, anak2 dah besar dan meninggalkan kita untuk belajar, bekerja dan berkahwin, saat manis dulu hanya jadi kenangan….. Terima kasih Kak Nelli atas petua2 yang diberi dalam mendidik anak2, insyaAllah saya akan cuba melakukannya.

    Untuk Kak Neli, alamat saya mahli, tapi nama sebenar saya Karimah (pernah tinggal di asrama kedua UM sekali dengan Dr. Azami Zaharin, suami Kak Neli). Salam saya untuk Kak Neli sekeluarga.

    Subhanallah. Karimah rupanya. Sekarang dah dapat bayangkan dah wajah yang kecil molek yang rajin ikut prog PMIUM dulu. Dah lebih suku abad kita tak berjumpa. Macam mana agaknya boleh terserempak blog kak neli ni. Kak neli baru saja dikunjungi sahabat kita pasangan Azmi Shah Suratman dan isterinya kak Aisha Ali 4 hari lepas selepas bertahun2 tak jumpa……
    Martinelli Hashim

  6.   kak linaon 28 Jan 2010 at 11:11 pm 6

    salam kak… betul… anak2 yg mendapat susu ibu akan wujud unsur rohani dgn ibu mereka…penyusuan ibu sgt penting …. mmg rasa geram jika ada ibu yg tak mahu menyusukan anak krn alasan kerja… sepatutnya para ibu kene tingkatkan ilmu ttg penyusuan…

  7.   yatieon 07 Feb 2010 at 1:58 pm 7

    salam kak…kekadang mendengar sindiran sinis orang tentang anak2..saya rasa kecil hati…menangis..malu..
    tapi jauh disudut hati saya tahu anak2 saya x sejahat mana…dan saya selalu mendoakan agar mereka menjadi insan yang baik bila besar nanti…Dugaan dan cabaran mendidik mereka saya terima sbagai hadiah dari ALLAH…sesungguh nyer dugaan ini adalah sekecil2 nyer…berbanding kurnian NYA kepada saya..2 orang cahaya mata… Kak …doakan saya supaya menjadi lebih sabar dan cekal dalam mendidik anak2 saya …

  8.   ilaon 20 Mar 2010 at 12:14 am 8

    dalam seminggu cuti sekolah ni je,ank saya yg kedua berumur 2 tahun dah banyak kali accident kat umah,antaranya terjatuh lalu kepala terkena bendul pintu..berdarah,kemudian panjat meja mkn main kuah yg baru dimsk tersimbah di badan..ada kesan,mujur x melecur.jatuh di bilik air,pipi terkena bendul pintu gak, lebam…naik basikal yg kecik tu pun, jatuh..bukan saya x ambil kisah ank saya tp secara spontan dan pantas x smpt sya nk halang..ble bnyk sgt kesan2 di badan ank, malu rasanya nk hantr pd pengasuh..pengasuh jg pun ok,tp ble pd ibunya sendiri,seperti ank yg kana dera je..saya syg ank sya..bnyk lagi perkara lasak yg dilakukan,rumah jgn cakaplah..tp nnt sya akan cuba bacakan asmaul husna tu…

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

FireStats icon Powered by FireStats