Nov 13 2009
Menara Gading,menara ilmu…Al Azhar, Havard dan UIAM
Al Azhar berusia lebih 1000 tahun, merupakan universiti yang tertua di dunia menjadi kebanggaan ummat Islam seluruhnya. Barat sendiri mencemburuinya satu ketika dahulu. Kehebatannya sebagai menara ilmu dan peradaban menjadikannya sebagai tempat rujukan hukum.
Saya tidak pernah ke sana namun universiti itu terasa amat dekat di hati kerana saya selalu membayangkan UIA sebagai satu cepisan dari universiti agung itu. Al-Azhar berasal dari sebuah mesjid dan dikembangkankan oleh para ulama yang tidak punya apa2 tujuan lain kecuali untuk memartabatkan ilmu. Ia tidak ada Triple ICe. Ia punya autonomi yang tidak diusik oleh sesiapapun. Tiada siapa mempersoalkan samada silibusnya mengikut standard yang bertaraf dunia atau tidak sebab ia lebih dari bertaraf dunia kerana dia bertaraf syurga. Para pelajar tidak perlu membayar yuran kerana universiti itu dibiayai sepenuhnya melalui hasil sumbangan zakat.
Mereka hanya perlu belajar dan belajar dengan gigih dan sabar. Para pensyarahnya adalah ulama2 besar yang tugasnya hanya mengajar dan mengajar dengan gigih dan sabar. Ia mengeluarkan fatwa sebagai panduan ummat Islam. Mereka tidak pernah peduli dengan ranking atau pentarafan atau pengi’tirafan.
Havard berusia lebh 370 tahun, universiti terhebat pada pandangan dunia sekarang kerana kualiti akademik dan pentadbirannya. Ia dilahirkan oleh John Havard, seorang paderi yang suka pada ilmu dan mempunyai koleksi buku yang banyak , lalu menubuhkan pusat memperkembangkan ilmu dan seterusnya menjadi sebuah universiti tertua, terkaya dan paling terbilang di Amerika. Kalau Al Azhar mengeluarkan ulama, havard mengeluarkan rahib kristian sebelum ia diliberalkan dan dibuka untuk orang luar.
Tidak seperti Al-Azhar, Havard bersih, mahal dan hanya pelajar yang hebat akademiknya dan mampu membayar yuran yang sangat tinggi saja saja diterima masuk, kecuali mereka mendapat biasiswa. Ia juga mempunyai autonomi yang tidak pernah tergugat. Seperti Al-Azhar, ia dibiayai sepenuhnya atas sumbangan pemberi dana dan hasil pelaburannya tanpa bergantung kepada pemerintah. Sehingga kini yayasan havard yang memiliki dana sebanyak USD26 bilion adalah yayasan kedua terkaya di dunia selepas yayasan Melinda & Bill Gates.
Mempunyai hampir 20 ribu pelajar dengan 2,400 profesor, siapa yang boleh menandinginya lagi. Hampir kesemua programnya menerima ranking pertama oleh organisasi2 pemberi ranking.
UIA yang masih kerdil tetapi cuba mencari kehebatannya sendiri.
Masyarakat Islam Malaysia tidak seperti orang Arab atau Amerika. Adalah biasa bagi orang Amerika atau Inggeris membahagikan sekian-sekian peratus dari pendapatan mereka kepada gereja, sekolah, atau badan2 kebajikan lain seperti persatuan pencinta alam malah kepada badan yang menjaga haiwan terbiar secara konsisten. Banyak yayasan ditubuhkan oleh orang2 kaya dan mereka inilah juga yang membina kekuatan masyarakat. Kalau anda berjalan2 di kota London atau di mana2 saja di negara barat, anda akan melihat begitu banyak kedai2 barang terpakai untuk membiayai badan2 kebajikan dibuka dan dikendalikan oleh sukarelawan yang tidak bergaji. Harga yang ditawarkan sangat murah tetapi biasanya orang secara sukarela membayarnya dengan harga mahal sebagai derma.
Saya amat terharu mendengar syed Mokhtar Albukhari menceritakan bagaimana semasa pertama kali menerima gaji ibunya berpesan mengambil hanya separuh dari gajinya dan yang selebihnya didermakan kepada orang yang memerlukan. Dengan kebiasaan itu sekarang Yayasan Al Bukhari menjadi yayasan Melayu paling kaya di Malaysia.
Banyak universiti di barat dan di tanah Arab hidup tanpa pergantungan kepada peruntukan pemerintah. Ini juga berlaku di Indonesia. Saya perhatikan di kampung2 di Indonesia, semiskin2 penduduk kampung itu, mesjid dan pesantren tetap menerima sumbangan yang konsisten dari warganya. Tok imam kampung bukanlah orang misikin di kampungnya kerana kehidupannya dijaga dengan baik oleh penduduk. Ini adalah manifestasi dari rasa hormat warga kampung terhadap orang yang berstatus imam.
Pengalaman tinggal di UK selama 3 tahun dan bermusafir ke beberapa negara ketiga, saya dapati masyarakat Islam Malaysia masih kurang tinggi dari segi semangat kesukarelwanan membangunkan dana untuk aktiviti pendidikan berbanding dengan negara lain. Mungkin semangat kita agak sedikit tinggi untuk mengisi tabung aktiviti keagamaan tetapi secara amnya masih jauh ketinggalan dari masyarakat lain. Pada kebiasaanya masyarakat kita menyumbang hanya apabila berlaku sesuatu musibah.
Agak sedih kita melihat betapa susahnya sesebuah sekolah untuk menggerakkan tabung PIBG umpamanya. Yuran kecil PIBG pun menjadi isu besar sedangkan semua ibubapa tahu ianya untuk kepentingan anak2 mereka juga dan ia boleh dibayar secara beransur2 sekiranya tidak mampu. Jarang sekali kita mendengar ibubapa yang punya kemampuan tinggi menawarkan diri untuk menolong membayarkan yuran PIBG teman2 anak mereka yang kurang mampu. Kalaupun ada yang ingin melakukannya, sudah tentu ibubapa yang ditolong merasa tercabar ego mereka,
Kita merasa cemburu bagaimana tabung PIBG sekolah jenis kebangsaan cina boleh mencapai jutaan ringgit. Tetapi tabung PIBG sekolah kebangsaan jarang sekali mencecah 5 angka.
Kalau untuk mengisi dana PIBG pun amat susah, bagaimana mungkin kita dapat membuat dana untuk membiayai sebuah universiti seperti orang barat. Gereja di barat mewah dengan sumbangan masyarakat tetapi masjid kita masih menagih sumbangan kerajaan.
UIA membawa aspirasi masyarakat Islam sedunia dalam mengembangkan ilmu dengan kaedah moden. Penubuhannya juga merempuh cabaran atas kemampuan malaysia melahirkan model universiti islam bertaraf antarabangsa. Kejayaan atau kegagalannya bukan saja mempengaruhi imej negara di mata dunia tetapi lebih jauh lagi imej ummat Islam yang selalu dipandang rendah dalam aspek pengurusan dan pentadbiran organisasi.
Saya selalu menyebut kepada pelajar, kalau graduan uia gagal menunjukkan prestasi cemerlang dalam apa saja yang dilakukannya, yang akan menerima ‘aib bukanlah diri mereka secara peribadi tetapi juga masyarakat Malaysia dan lebih penting ‘aib ummat Islam. Di manakah kedudukan kita di mata Allah sekiranya membiarkan agama kita direndahkan2 orang semata2 kerana kegagalan kita menunjukkan prestasi cemerlang.
Pengurusan tertinggi UIA bertungkus lumus menggerakkan seluruh jentera universiti ke arah kecemerlangan, namun ia memerlukan sikap positif dari setiap orang untuk mencapainya.
UIA adalah milik seluruh ummat Islam. Setiap insan Muslim yang mengenalinya perlu memberi sokongan atas dasar mempertahankan martabat ummah. Adalah janggal rasanya sekiranya ada persaingan negatif di kalangan universiti2 tempatan dengan mengharapkan UIA diberikan ranking terbawah. Lebih janggal lagi sekiranya UIA dicemuh orang dan kita turut tertawa.
Note: Tulisan ini saya coretkan atas 2 insiden iaitu 1) Selepas memerah otak membuat perancangan untuk memberi yang terbaik untuk pelajar tahun depan. 2) Selepas membaca beberapa buah blog yang mengutuk2 UIA dengan perkataan spt “that stupid UIA” , “the backward university” yang ditulis oleh orang2 tidak bertanggungjawab.
7 responses so far

Membaca entri Kak Martinelli ini, lantas teringat pesan bos saya, “Orang akan mencari salah/keburukan orang lain, tetapi jarang mencari kebaikan orang lain” dan “Perkara buruk yang dilakukan oleh orang lain akan diingat sepanjang hayat, tetapi perkara baik dikenang sekejap sahaja.”
Sukarnya mahu membersihkan hati ini~~~
Salam Puan,
Salam ziarah.
Secara umumnya, masyarakat kita adalah masyarakat yang pemurah dan berbudi mulia. Semangat kesukarelawanan masih kental namun adakalanya ia berlegar dalam dimensi yang terbatas. Ini bermakna, ianya mungkin berpunca dari permasalahan tasawur atau kerangka pemikiran itu sendiri. Untuk itu, batasan ini perlu dipecahkan dengan ilmu dan kefahaman yang jitu. Dalam senario yang lain pula, adakalanya kesedaran itu tinggi namun tidak tahu bagaimana untuk menyumbang atau mengalami kesukaran untuk menyumbang dek kerana jadual harian yang padat dan sebagainya.
Justeru, secara operasionalnya, kesedaran terhadap kepentingan ilmu sebagai tunggak ibadah perlu dibangkitkan dan budaya menyumbang kepada institusi pendidikan perlu dipromosikan. Teknik menyumbang perlu diketengahkan dan kemudahan untuk memberikan sumbangan mengikut saluran yang betul pula perlu sentiasa dipertingkatkan.
Dalam pada itu, universiti tempatan tidak perlu bersaing sesama sendiri sebaliknya saling mengukuh. Sikap individualistik tidak lagi relevan dalam era ini. Untuk meraih kecemerlangan, kita perlu bergerak secara kolektif, tersusun dan penuh strategis. Dan untuk itu, kerjasama antara universiti tempatan dalam pelbagai aspek khususnya melalui penyelidikan dan penerbitan bersama serta perkongsian kepakaran perlu disemarakkan.
Akhir kata, kita ini ibarat satu binaan, mana mungkin bisa teguh tanpa kesatuan.
Sekadar pandangan. Moga hari ini sentiasa lebih baik dari semalam.
Assalammualaikum wbt..
Seperti biasa.. Artikel yg menarik.. Sesuai tuk renungan dn muhasabahkan diri ini.. Terima kasih kepada penulis..
satu jari dituding 4 jari lagi berpatah kepada empunya diri
K. Nelli, Salam dan terima kasih atas artikel yang baik ini. Apa yang dicoretkan baik untuk muhasabah diri. Sebagai manusia, memang kita selalu terlepas pandang tentang perkara-perkara sebegini. Renung2kan dan fikir2kanlah apa yang hendak kita cari dalam hidup ini. Terima kasih sekali lagi….
dI Malaysia banyak trend kerja cara showmanship. Orang politik pula banyak pak lawak. Kita banyak melihat daripada bertindak melakukan sesuatu. Peminpin hanya tau bercakap tapi bila perlaksanaan gagal. Wang rakyat jadi pembaziran sebab banyak showbusiness.
Masalah pendidikan kita adalah keutamaan kerana pembentukan modal insan untuk meneraju kepimpinan negara dimasa akan datang. Negara rugi jika rakyat tidak mendapat pendidikan yang baik. Menuntut ilmu dan menguasai ilmu. Peperiksaan hanya kayu pengukur bagi sesuatu pencapaian yang terhad. Ilmu jika dikuasai akan mengusai dunia.
Ismi Muxammad Zoir, ana min vatani Buxoriy va Termiziy va taallamtu fiy madrasati bi ismi Buxoriy uriy an ataallama fil Azhar in shaaaa Alloh. ilal liqo maassalaama.