Nov 06 2009
Pengalaman pahit itu mahal harganya
Rasanya seolah2 baru semalam dipimpin ibu berjalan di permatang sawah sambil membacakan seayat demi seayat surah2 lazim untuk saya hafal. Setiap hari saya menemani ibu menjaga padi dari di makan burung. Sehinggalah suatu hari, sedang asyik bermain2 dalam bendang, kedengaran panggilan ibu, “Li, cepat balik. Kita nak bertolak petang ni. Kenderaan dah dapat”
Saya tidak menyangka itulah kali terakhir saya merasa nikmat bebas bermain di sawah padi dengan teman2 sekampung. Selepas itu bermulalah perjalanan kami bertiga, ibu, kakak dan saya mencari ayah yang tidak pernah saya temui.
Ibu sering menceritakan kisah sedihnya saat melahirkan saya tanpa kehadiran ayah . Waktu itu kakak kedua saya yang baru berumur 4 tahun pula sedang sakit tenat. Sehari selepas saya lahir, kakak meninggal dalam pangkuan nenek. Kata ibu, semasa melihat jari2 tangan kakak yang sedang memeluk leher nenek sudah menjadi biru tanda2 dia dalam nazak, ibu mendekatinya dan sempat berbisik ke telinga kakak, “Hanim, Mak relakan Hanim pergi. Tunggu mak dan abah di syurga nanti,ye” Selepas itu kakak terus menarik nafas terakhir. Ibu berusaha keras menahan perasaan kehilangan anak yang sedang lincah dan comel tanpa suami untuk berkongsi.
Hanya 9 tahun selepas itu ibu berusaha keras mencari ayah atas desakan adiknya yang tidak sanggup melihat kakaknya hidup terpisah dari suami. Jasa Om Lukman, bapa saudara saya itu amat besar sekali.
Kami memulakan jejak kasih mencari ayah dengan menumpang sebuah lori sayur. Saya masih ingat ibu membawa bekal telur rebus kesukaan saya supaya tidak lapar dalam perjalanan yang entah berapa lama akan sampai. Kami dibantu oleh seorang sepupu yang katanya boleh membantu mencari ayah. Selepas hampir seminggu, berpandukan maklumat2 kabur akhirnya kami bertemu jua dengan ayah. Bayangan seorang anak kampung seperti saya tentang ayah ialah ayah saya tinggal di kota raya Kuala Lumpur tentunya hidup mewah. Namun bayangan itu akhirnya semuanya meleset. Ayah yang kami temui amat daif sekali dengan baju pagoda berlubang2. Tetapi keseronokan mempunyai ayah di depan mata mengatasi segalanya.
Ibu membisikkan pada saya, “Kita akan terus tinggal di sini dengan abah.” Kata2 itu memulakan kehidupan kami di tengah kota Kuala Lumpur dan selepas itu kami tdak pernah pulang ke kampung selama 23 tahun. Kata2 itulah juga memulakan perubahan kehidupan ibu seorang wanita kampung yang tidak pernah tinggal dibandar. Ibu terpaksa hidup berjimat sejimat-jimatnya.
Apa yang saya lihat setiap hari biasanya menimbulkan pertanyaan dalam hati tentang erti kehidupan.
Makan malam berlaukkan telur rebus
Sewaktu ibu membelah sebiji telur rebus untuk dikongsi dengan ayah, ibu dan kakak sebagai lauk makan malam, saya bertanya dalam hati macam mana agaknya rasanya makan nasi dengan lauk pauk yang melimpah dan makan sepuasnya. Kami hanya mampu makan lauk yang terpaksa dijimatkan. Kalau ada rezeki adalah ikan bilis sebagai lauk tambahan. Hanya seekor ikan bilis untuk satu suap.
Kereta hanya milik orang kaya
Semasa memandang kawan2 dihantar ayah mereka ke sekolah menaiki kereta sedangkan saya kadang2 terpaksa berjalan kaki sejauh 5 km untuk menjimatkan belanja, saya berkata dalam hati alangkah enaknya jadi anak orang yang punya kereta. Kalau saya ada kereta saya akan duduk dan tidur dalam kereta itu.
Suatu hari seorang saudara mengajak saya bersamanya pergi jalan2 melihat kapalterbang di Subang Airport menaiki kereta Mercedes anaknya yang baru dibeli. Kerana rasa teruja untuk jalan-jalan, ibu memakaikan saya baju merah kesukaan saya dan dengan sabar menanti ketibaan kereta Mercedes yang dijanjikan. Sebaik saja saya membuka pintu kereta dan duduk, terdengar suara isteri empunya kereta menjerit “Hei, mana boleh naik ramai2 ni. Berat sangat, nanti rosak kereta ni!!”
Dengan rasa malu saya berundur sambil berkata dalam hati ”kereta mercedes tu tak boleh bawa saya sebab saya orang miskin. Orang miskin ni berat.”
Saya berlari masuk ke rumah menangis kerana malu dihalau di depan orang. Baju merah yang menyalut badan saya yang kurus melidi itu basah dengan airmata.
Menumpang menonton tv di rumah jiran
Ayah tidak mampu membeli radio atau tv. Untuk melihat jam pun pun terpaksa meninjau jam dinding jiran. Sekali seminggu ayah membenarkan saya menumpang menonton cerita melayu di tv rumah jiran, Itupun sekadar mengintai dari luar pintu rumah jiran itu. Menonton sambil berdiri sampai cerita selesai. Usah ditanya betapa siksanya berdiri sambil dihurung nyamuk. Kalau hujan, ibu menyuruh saya pakai payung. Masa itu saya berangan2 alangkah enaknya kalau ada tv di rumah sendiri dan menonton sambil berbaring dan ada kipas bertiup.
Bantuan Baitulmal Wilayah.
Suatu ketika saya menerima bantuan baju sekolah dari Baitulmal. Saya membelek-belek baju itu. Kainnya tebal dan kasar tidak sama dengan baju kawan2 lain. Sedang asyik membelek baju, cikgu memberitahu, “Martinelli, nama kamu tersenarai untuk pergi ke Masjid Negara minggu depan kerana ada jamuan untuk kanak2 miskin.”
Saya berangan2 sendiri, bagaimana agaknya rasanya punya duit yang banyak dan membelikan semua orang baju cantik dan menjamu mereka tanpa menyebut ‘jamuan untuk anak-anak miskin’.
Semasa ibu terlantar sakit hampir setahun, ayah begitu sabar melayan ibu. Waktu itulah saya berusaha sendiri mencari rezeki dengan kerja tangan yang dijual di Pasar Minggu. Ibu selalu berpesan kalau susah jangan minta pada siapapun. Saya tidak mahu ibu susah hati takut ibu tambah sakit. Oleh itu setiap kali mendapat hasil jualan saya akan tunjukkan pada ibu.
Suatu hari, semasa ayah sibuk mengurskan ibu yang sakit di hospital, seorang lelaki yang menyamar sebagai kawan ayah datang meminta saya memberikan semua lukisan ayah. Katanya ayah yang suruh. Dia menyapuh bersih semua lukisan ayah. Bila ayah pulang beliau terduduk kesedihan dengan nasib malang yang datang menimpa satu-persatu. Ayah mengusap kepala saya dan dari raut wajahnya dapat saya rasa betapa sedihnya ayah.
Dalam hati saya berkata, “Kenapalah ada orang yang sanggup menipu orang susah seperti kami?”
Monolog-monolog mencari erti hidup sering berlegar dalam kepala saya tanpa suara. Kadang2 ia menjadi angan2, kadang2 menjadi dendam. Mungkin latihan dari ibu supaya jangan mengharapkan bantuan orang dan berusaha sendiri untuk hidup membuat saya menjadi cepat matang. Monolog2 itu jugalah yang kerap saya ingat sampai sekarang kerana ia benar2 menjadi pengajaran yang amat mahal harganya.
1. Hormati orang lain termasuk anak kecil kerana kita tidak tahu apa yang kita ucap atau lakukan pada mungkin akan terlekat di hati mereka selamanya2.
2. Dalam kita berpesta makanan sehingga melimpah2 ramai lagi yang kebuluruan.
3. Kalau memberi sedekah, berikanlah juga kasih sayang dengan memberikan barang yang baik bukan barang yang buruk dan terlalu rendah kualitinya.
4. Berhati2 dengan ungkapan yang boleh menghina orang yang kita bantu seperti memberi nama acara ‘bersama anak Miskin’. ‘Orang2 Cacat penglihatan’
5. Usah kedekut. Kalau ada orang ingin merasa sedikit nikmat yang kita dapat dari Allah, ajaklah mereka berkongsi sedikit nikmat itu. Nikmat yang kita terima hanya pinjaman dari Allah dan akan diambilNya kembali bila Dia mahu.
Sabda Rsulullah saw.
Tegaknya tiang dunia dengan 4 perkara.
i. Dengan ilmu para ulama’
ii. Dengan adilnya para pemerintah
iii.Dengan kemurahan hati orang2 kaya
iv. Dengan doa sekalian orang fakir miskin
Maka sekiranya tidak adanya ulama nescaya binasalah sekian orang yang jahil. Sekiranya pemerintah tidak adil nescaya (ibarat) manusia memakan manusia lain sebagaimana harimau memakan kambing. Sekiranya tidak ada kemurahan hati orang2 kaya, nesacaya binasalah sekalian fakir miskin dan sekiranya tiada doa fakir miskin, nescaya runthlah langit dan bumi.
Maaf saya tidak dapat sumber perawi hadith itu.
18 responses so far

kak..terharu sungguh kisah benar ini..memang betul lah..kenangan pahit itulah yg banyak mengajar kita…
sy mohon keizinan untuk sampaikan kisah akak ini pd anak2 didik sy agar mereka menjadi anak yang bersyukur dgn segala nikmat yang ada..terima kasih..
silakanlah, moga boleh membantu mereka.
Salam. Puan, sy selalu baca kisah2 hidup n pngalaman puan. Saya kadang2 br insaf. Dulu sy pun hidup susah. Di besarkan di kampung. Tapi tak mampu mnandingi ksusahan puan. Saya sangat mengangumi puan walaupun saya tak pernah kenal puan, tak pernah jumpa puan. Sy tau blog puan pun melalui kawan saya di UIA Kuantan.
Saya harap remaja2 di luar sana dpt ambil iktibar dr apa yg cuba puan kongsikan dalam blog ni. Selamat maju jaya puan..
Ikhlas dr Amir.
terharu.menitis air mata.
Seperti biasa kak nelli…. saya teliti tulisan kak nelli satu persatu…dari baris ke baris…dan tidak puas menatapnya…bukan sekali saya baca kak nelli…dan setiap kali juga rasa hiba memenuhi ruang hati…sebagai tenaga pengajar di sini…saya juga pernah berjumpa beberapa pelajar kita yang melalui jalan hidup yang pahit ini…saya panjangkan kisah hidup yang di pahat di bolg kak nelli ini sebagai panduan mereka….untuk saya sendiri, tulisan-tulisan kak nelli sentiasa mengukuhkan lagi falsafah hidup saya dan persepsi saya terhadap sebuah kehidupan yang menjadi landasan kepada sebuah keabadian….Semoga Allah anugerahkan kita kekuatan dan semangat daripada segala apa musibah dan rahmat yang diberikan…Teruskan menulis kak nelli….saya impikan sebuah kompilasi tulisan pengalaman hidup kak nelli diterbitkan untuk peringatan dan panduan pada yang terlupa…
salam madam..i never thought that ur past life was full with hardship and sadness..but, i believe most of the success people need to go through all these hardship in order to climb up in achieving victory..i’m one of them..let us together help other unlucky people to make them leading this country and the ummah..thanks for ur advices throughout my study period here…may Allah bless u..wassalam
Assalammualaikum, Madam..such a wonderful & poignant story and everytime I read your posts, I can’t help but cry..I always dream to write something like this. Very inspiring, and touching. Thank you for sharing. Monolog2 itu sangat terkesan dalam hati saya..that we all live in this world hanya untuk sementara sahaja..and we should treat each other kindly..
Anakanda Amiruddin,
Moga berjaya dalam kuliah di Australia. Pulang nanti taburkan budi untuk anak2 bangsa yang dahagakan ilmu.
Sakinah,
Terima kasih kerana rajin beri komen.
Sham
Kak neli mengambil masa yang agak lama menghabiskan tulisan ini sebab setiap kali mencuba menulisnya air mata dah keluar dulu. Coretan ini tidak mampu menggambarkan keperitan yang sebenar sebab banyak lagi yang tak dapat kak neli tuliskan. Terima kasih atas sokongan Sham. Moga ianya dapat membantu.
Izzuddin,
Continue to wake up the giant that you have in you. You are a survivor.
Azlin
This post was written with love towards life. Allah blessed me with a loving heart, and love and care are the only richness that I have since I was a small girl.
salam,
benar kesusahan selalunya akan mengajar kita menjadi seorang manusia yang amat berguna dan menghargai segala apa yang ada disekeliling kita. sesungguhnya perjalanan hidup kak nelli sungguh menyentuh hati saya, saya tiba-tiba jadi speechless… tidak keruan… serba-serbi tidak kena… sesungguhnya ujian ini terlalu berat, tetapi Allah telah memilih bahawa kak nelli mampu untuk menghadapinya. sesungguh perjalanan ke akhirat penuh ranjau duri di sepanjangnya… sakitnya di dunia bahagianya di akhirat…
tahniah, pengalaman yg hebat … & ia akan menjadi guru yg hebat kpd hidup kita.
pengalaman kita yg lalu, w/pun pahit & sedih, pasti ia ada hikmahnya, sama utk diri sendiri @ utk org lain.
semoga puan akan terus menjadi insan yg hebat.
salam.,
madam, bila saya rasa susah, saya sentiasa ingat, yang ada orang lain yang lebih susah..
membaca cerita2 madam buat saya betul2 insaf.. moga keinsafan ini tak hanya berhenti disini.. thanks for the true story of life, madam..
Assalamualaikum..
terima kasih Kak Nelli yang mengenegahkan kisah sebuah kehidupan.Mengingatkan saya kepada kehidupan saya yang menabur bakti di tengah-tengah masyarakat serba sederha sekitar Kampung Sawah Sempadan Tg Karang.
Kesusahan bagi mereka adalah harapan.Kesusahan bagi mereka bukan penghalang, tetapi ia azimat, motivasi malah segenggam impian.
Alangkah gembiranya melihat anak-anak murid yang berjaya dalam kehidupan, kembali ke sekolah ini memberikan kata-kata perangsang dan motivasi kepada adik-adik di SK Sawah Sempadan.
Saya cukup tersentuh baru-baru ini apabila seorang bekas murid tempat saya bertugas ini datang kembali ke sekolah, mencari guru-guru lamanya.Beliau mencium tangan gurunya, memeluk penuh erat tanda terima kasih yang tidak terhingga.Sempat pula memberikan ceramah motivasi untuk guru-guru serta murid-murid.Beliau kini Imam besar di Masjid Daerah Kuala Selangor.Imam Asraf Suarin Al-Hafiz empunya nama.
Kejayaan daripada sekelumit kesusahan amat besar ertinya .Moga-moga kesusahan dan kesukaran hidup yang menghimpit bakal melonjakkan semangat kental untuk terus berjaya di dalam kehidupan.
salam
Puan, saya ingin menjemput puan turut serta atau sebarkan tentang Kempen 1 Bulan 1 Adab yang akan dilancarkan oleh Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) esok (11.11.2009).
Kempen ini mensasarkan para pemblog untuk menyebarkan paling kurang 1 jenis Adab yang akan dipromosikan pada setiap 11hb.
Adab tersebut akan disediakan dalam rekaan grafik berbentuk poster untuk dilampirkan dalam entri blog sesiapa saja yang menyertai kempen ini.
Blog yang menulis sebarang entri mengenainya akan tersenarai dalam kempen tersebut. Harap ianya dapat disebarkan.
Maklumat seterusnya boleh diperolehi di http://gptd.blogspot.com.
Sekian, terima kasih.
k. Nelli, terharu saya dengan cerita ini. Ikhlas saya katakan, hari ini baru saya kenali sebenar2nya siapa K. Nelli. Walaupun pernah bersama dalam satu jabatan, saya tidak tahu sejarah dan latarbelakang kehidupan yang pernah K. Nelli lalui dan harungi. Selama ini saya selalu beranggapan bahawa kehidupan saya yang lalu tidak segembira orang lain yang boleh memiliki apa sahaja yang diingini. Rupa2nya K. Nelli mempunyai cerita yang lebih menyentuh hati dan perasaan orang yang membacanya. Saya kagum dengan kekuatan yang ada dalam diri K.Nelli. Seharusnya sesiapa jua harus bersikap positif seperti K. Nelli dalam mengharungi kehidupan yang serba kekurangan. Hari ini adalah hari pertama saya membaca blog K. Nelli dan saya akan terus ikuti penulisan dari K. Nelli dari masa kesemasa. Syabas! diucapkan.
salam nelli, saya rasa saya susah masa kecil=kecil dulu, tetapi nelli lagi susah. masa saya darjah 3, saya jual kuih dari rumah ke rumah, di sekolah pula saya jual bihun, nasi lemah dan kacang kuda. saya tak pernah makan ikan besar selalu makan ikan kedera, ikan sardin dan ikan-ikan kecil, buah pula emak saya hanya mampu membeli buah longgok yang telah busuk, emak saya akan potong dan buang bahagian yang busuk. kami adik beradik akan makan buah itu dgn sepuas-puasnya. satu masa ketika saya dah ada duit, saya beli buah pear, bila cina kedai tu beri buah pear yang keras, saya tanya dia tak ada ke buah pear yang lembut, lalu dia tunjukkan buah pear yang telah busuk…terkedu saya barulah saya teringat yang selama ni memang kami adik beradik tak pernah makan buah yang segar dan elok…dengan pengalaman-pengalaman ini telah membuatkan kita insaf dan ingin berubah ke arah yang lebih baik… tetapi anak-anak kita yang dari kecil mewah dan tak pernah rasa susah tidak dapat menghargai setiap nikmat yang mereka perolehi..kalau beli nasi lemak sambal ikan bilis dah tak mahu makan…. mungkin salah kita juga yang tidak mengajar mereka susah semasa mereka kecil dulu….
Salam Kak Nelli,
Tersentuh hati saya membaca tulisan. Lama sudah saya mengikuti blog Kak Nelli dan hampir semua tulisan Kak Nelli saya menjiwainya. Banyak pengalaman perit Kak Nelli, saya juga mengalaminya. Terima kasih atas tulisan Kak Nelli, dalam lembut dan luhurnya, terselit motivasi dan pengajaran. Saya masih mengenang Kak Neli semasa belajar di UM dulu, dan Kak Nelli sekarang tak banyak berubah fizikalnya. Teruskan menulis. Semoga Allah memberkati segala usaha suci Kak Nelli.
sedih sgt baca cerita kak neli…sy senasib dan rasa peritnya hidup dlm kesusahan..masa darjah 1…tumpang tido rumah sedara…dwg terlalu berkira…spi dwg sanggup halu kami anak beranak tgh malam…tido merempat kat masjid..nasi 2x seminggu berlaukkan taugeh tumis..minum air paip sbb da terlalu lapar sgt…jln kaki 5km pg balik skolah…dan spi skg pun…msh sama wlu pn sy hidup jauh..study sbl keje..penat tapi cukup mengajar erti kesabaran…pengorbanan…kalo sekilas pandang..owg akan cakap saya umo 23…padahal baru 19 tahun..tiap kali pengemis datang minta sedekah…saya tetap hulur semampu yg ada..saya tak marah miski pun saya sendiri tak ada wang utk makan…sbb saya rasa betapa dwg susahnya utk cari sesuap nasi…
Saya jg pernah alami semua tu..kesusahan yg teramat..teringin nk d ceritakan tp terlalu panjang…alhamdulillah wpun tidak terlalu kaya,keluarga saya dah agak berubah..segala yg berlaku pasti akn dtg hikmah nya