Sep 15 2009
Graduan UIAM syahid di Palestine
Semalam sewaktu menunggu waktu berbuka puasa saya dikejutkan dengan berita Bro. Ubaida M.A AlQudsi syahid di tanah tumpah darahnya Palestine kerana ditembak oleh askar Israel laknatullah. Hampir tercampak telepon yang saya pegang mendengar berita sedih itu.
Saya menalipon rakannya, Herbawi, untuk mengesahkan berita itu. Herbawi dengan nada sayu menjawab, “Yes madam, he was shot by the Israel army 2 weeks ago and passed away yesterday.”
Sepanjang belajar di UIA Ubaida sangat aktif dalam IIUM Al Aqsa Friends Society dan juga nasyid. Beliau baru saja menamatkan pengajian komunikasi dan pulang ke kampung halamannya Palestine selepas selesai peperiksaan semester lepas. Dikatakan bahawa dia ditembak selepas solat di sebuah masjid di kampungnya di bandar Al Khalil (Hebron) semasa melalui sekatan jalan oleh tentera Israel. Pihak Israel menuduhnya hendak menikam salah seorang tentera…. alasan biasa yahudi untuk menghalalkan tindakan mereka membunuh rakyat Palestine. Beliau dibawa ke hospital dan koma selama 19 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Kelab Al-Aqsa Friends Society adalah kelab yang sangat aktif menjalankan program2 kesedaran menyelamatkan Masjid AlAqsa. Kebanyakan ahlinya adalah pelajar Palestine. Ubaida pernah menjadi salah seorang pimpinan kelab ini. Mereka sering ke pejabat saya untuk membincangkan program dan pengurusan kelab. Merekalah diantara ribuan anak didik yang saya sayangi di UIA ini. Melihat wajah2 mereka akan membuat anda terasa kecil kerana jiwa muda mereka yang penuh dengan semangat perjuangan. Jasad di UIA tetapi hati nun jauh di negara tercinta. Dengan perasaan dilselubung cemas sepanjang masa kerana mengenangkan nyawa keluarga yang tidak putus2 diancam yahudi, mereka masih terus belajar untuk meraih ilmu.
Kalau anda biasa beri’tiqaf di IIUM SHAH’S Mosque sepuluh Ramadhan terakhir ini anda akan melihat kumpulan pelajar2 ini membawa walkie-talkie kerana menggerakkan usaha menghidupkan Ramadhan di masjid ini . Saya dapat rasakan perasaan cinta mereka pada masjid UIA yang merupakan menifestasi dari cinta mereka kepada Masjidil Aqsa yang mereka perjuangkan.
Syahidnya Ubaida akan semakin membakar semangat rakannya2 di sini.
Ini merupakan pemergian ke dua graduan yang bakal menerima skrol semasa konvo 2009 yang akan berlangsung bulan depan. Sebelum ini telah pergi Shafawati yang aktif dalam Kelab Mentor-mentee Gemilang kerana sakit Leukimia. Anak sulung dari 8 beradik berasal dari Sarawak, Shafawati yang dikenali sebagai Kak Sha di kalngan juniornya sangat peka dengan masalah masyarakat sehingga sanggup menghabiskan masanya dalam kerja2 kemasyarakatan CENSERVE tanpa memperdulikan penyakitnya.
Kedua2 mereka adalah hasil produk the Garden of Knowledge and Virtue yang benar2 menterjemahkan ilmu yang mereka dapati dalam bentuk bakti suci buat ummah tercinta. Pemergian mereka yang ditangisi oleh teman2 akan menyemarakkan lagi semangat cintakan ummah di kalangan pelajar2 UIA seluruhnya.
Konvo 2009 dijangka paling syahdu kerana pemergian 2 graduan yang menemui Tuhannya sebelum sempat menerima skrol dan pencapaian dua orang insan istimewa Nik Nor Ermiza dan Fahmi.
Ya Allah berikanlah kami kekuatan untuk terus membantu menghasilkan jiwa2 besar dari UIA yang bakal memimpin ummah tercinta ini. Ameen Ya Rabbal ‘Alameen.
45 responses so far


Innalillah wainna ilaihi rajiun.. Syahdu menbaca kisah ini. Allahu Akbar! Moga tenang mereka di sisiNYA..
Innalillah….
ibu…
seorang sahabat kita, Fahmi bin Zainuddin (ex-SOCASA) yang bakal konvo bulan 10 ni, ibunda dan ayahnda beliau terlibat kemalangan. Ibunda telah pergi menghadap Ilahi manakala ayahnda beliau masih di ICU…
Al-Fatihah dan doa dipohon..
Innalillah..
Allahu akbar..
Allah sebaik-baik pemberi ganjaran..
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.
Sejahteralah mereka yg pergi tatkala sedang berjuang mempertahan agama Allah. Semoga rohnya bersama2 para syuhada’. AlFatihah.
mati di jalan Allah.
Allahu Akbar.
Salam kak Nelli,
Innalillah…Moga rohnya bersama-sama para syuhada.
[...] Pagi tadi, satu teks telah diterima dari Princess Fiona. Pelajar UIA shahid di Palestin. Subhanallah! Segera saya membalas untuk info lanjut. Lalu dia mengkhabarkan berita ini diterima dari blog Madam Nelli [...]
innalillahi wa innaa ilaihi roji’uun
ada pic arwah x
inalillah..semoga arwah ditempatkan dikalangan para syahidin dan salihin…sedih je rase…
Dia gembira dan bahagia di sana..
innalillah … ramai lg syahid akan menyusul.
kemuncaknya akan tiba & makin hampir ….
http://blogs.iium.edu.my/fahmi/2009/09/13/mengapa-yahudi-terlalu-inginkan-baitulmaqdis/
mdm nelli…i’ve used your entry for my post in flickr and my blog…
here is my flickr link: http://www.flickr.com/photos/nurilahi/3922936246/
and my blog..as stated after my name.
Thanks for sharing mdm…im speechless…and i am proud of him..
may Allah shower Him with rahmat and maghfirah..ameen
salam, madam.
I’ve used ur entry for my post in my blog.
Hidup mulia,mati syahid,,,,,
Hidup sebagai ulama,mati sebagai syuhada’…..
itulah nilai sebuah pengorbanan ….harga sebuah kehidupan dan nyawa untuk bertemu dengan Penciptanya.. InsyaAllah, syurga jua ganjarannya. Amin - Al Fatihah
Subhannallah!
hilang lagi seorang syahid UIA..
lagi berita di sini:
http://lobaitampin.blogspot.com/2009/09/pelajar-uia-mati-dibunuh-tentera-israel.html
Allah mengetahui yang terbaik untuk hambanya..
innalillah……al fatihah untuk Ubaida..
Innalillahiwa inna ilaihi roji’un
Allahumaghfirlahu warhamhu..
Suka saya mengetahui coretan2 sejarah besar yang diukir oleh mahasiswa muslim uia. Semoga kita ambil pengajaran untuk menjadi lebih baik lagi..
AL Fatihah kpd sdr Ubaida Al Qudsi. Semoga usaha beliau pulang ke kampung halaman untuk membela umat Islam mendapat ganjaran di sisi Allah Ta’ala.
Saya berpengalaman bekerjasama program dengan Aqsa Society, malah mempunyai beberapa sahabat yang aktif. Semangat dan kesungguhan mereka sangat luar biasa. Dalam satu program syarahan isu Palestin oleh Dr Azzam Tamimi (2005), program anjuran Aqsa Society dan Intellectual Youh Club satu kenangan yang manis.
Dalam mengendalikan program seumpama itu, rupanya kami (pelajar Malaysia) sedang bergelumang dengan pelajar Palestin yang pernah memegang senjata, batu dan berperang dengan tentera Israel. Cumanya mereka tidak tonjol secara terbuka pengalaman mereka.
Apa2 pun, dalam kita menyambut mood Aidilfitri, semestinya kita bersederhana, memikirkan sahabt2 umat Islam kita yang sedang bergelumang dengan ranjau dan survival hidup.
Salam Aidilfitri juga utk Kak Neli.
Mohd Hilmi Ramli
Innalillah. Saya sangat bangga dengan Allahyarham! Semoga madam & UIA tidak pernah jemu-jemu melahirkan beribu-ribu lagi orang-orang yang baik sepertinya.
Maklumat tambahan selepas perbualan saya dg rakan2 Allahyarham hari ini menyatakan Allahyarham pulang ke Palestine utk berkahwin. Baliau sempat bertunang cuma lebih sebulan. Cadangannya hendak pergi konvo selepas berkahwin tidak kesampaian Beliau seorang yang sangat disenangi dan suaranya sangat sedap melagukan syair2 Arab. Beliau giat mencari dana untuk membantu ratusan anak2 yatim di Gaza.
Rakan sekampungnya, Herbawi, mengatakan Masjid Ibrahim tempat beliau solat itu terletak di bahagian kawasan yang sudah dikuasai Yahudi dan mereka terpaksa melalui pemeriksaan apabila keluar masuk masjid tsb. Tetapi demi cinta mereka terhadap Masjid Ibrahim yang bersejarah itu mereka sanggup mengharungi berbagai kesukaran untuk bersolat di Masjid tsb. Bagi mereka pengalaman ditahan, diancam dan diseksa sudah menjadi sebahagian dari kehidupan.
Namun ramai pelajar UIA sendiri tidak merapati insan2 yang berjiwa kental ini mungkin kita TIDAK mengenali latarbelakang mereka sebenarnya. Mereka tidak akan bercerita jika kita tidak bertanya.
Pernahkah kita mengajak mereka berhari raya umpanya. Pernah kita berkongsi makanan dengan mereka. Pernahkah kita meyakinkan mereka bahawa kita adalah sahabat tempat mereka berkongsi kesakitan.
Mati syahid adalah idaman mereka sejak kecil. Mereka tidak takut disakiti tetapi takut kalau keluarga mereka diancam.
Masya Allah hebatnya jmereka.
Innalillahiwa inna ilaihi roji’un~
tenang la dia disana~
*sedey*
sabar dan ikhlas pasti hasilnya manis…
jihad fi sabi lillah…o_O
mintak izin copy n paste ye
smuge rohnya dirahmati Allah
innalillah. semoga tenang beliau di sana.
minta izin gunakan post ni ye.
innalillahiwa inna ilaihi rojiun
semoga rohnya ditempatkan bersama roh2 para syuhada
madam,mintak izin copy paste eh..
Salam Takziah kepada keluarga beliau.
Mendengar berita ini membuatkan hati menjadi sayu.
Menyedari hakikat realiti jihad yang berbeza di antara Malaysia dan Palestin…
Semoga roh Allahyarham di cucuri oleh-Nya sempena juga dalam bulan yang mulia ini.
Innalillah…
Allah Akbar.
semoga beliau di tempatkan bersama2 dengan orang2 yang soleh//
Innalillah
salam mdm nelli…allow me to post this on my blog.Syukran
innalillah…
mdm,izin copy and paste yer….
Terima kasih Puan kerana memaklumkan berita ini. Ya, satu teguran baik kepada kita semua agar lebih memahami dan merasai apa yang rasai. Pentarbiahan jiwa perlu dibuat setiap masa.
Semoga Allah berikan kita kekuatan dalam perjuangan bersama saudara-saudara kita di dalam dan di luar kampus. Jihad kita belum selesai.
innalillah..
salamualaykum..
baru dapat tahu psl ini. amat terkesan, kami akan konvo dgn skrol, tetapi ada yg lebih beruntung, konvo nya dia dgn syahadah & syahid..mempertahankan Islam & tanah air..
Mg menjadi keinsafan pd graduan uia Oktober ini & seluruh pelajar am nya.
[...] tambahan Lobai Tampin – Pelajar UIA mati dibunuh tentera Israel Martinelli’s blog – Graduan UIAM syahid di Palestin Aqsa IIUM – The Martyr : Obaidah Al-Qudsi Share and [...]
[...] tambahan Lobai Tampin – Pelajar UIA mati dibunuh tentera Israel Martinelli’s blog – Graduan UIAM syahid di Palestin Aqsa IIUM – The Martyr : Obaidah Al-Qudsi Share and [...]
salam. terima kasih atas entri kali ni. terasa diri ni kecil je sebab tak ditimpa ujian sehebat arwah.
mohon izin untuk di copy dlm blog juga. semoga menjadi iktibar dan pengajaran untuk semua warga UIAM dan masyarakat Islam amnya. InsyaAllah.
Sister Nik Nor Ermiza tu dari AIKOL kah? Takziah juga kepada keluarga mereka yang terlibat. Saya kenal akak tu juga.
Innalillah. Semoga ruhnya dilimpahi nikmat, Allahyarhamhu…
Terbaca berita pemergiannya di risalah yang diedar semasa solat jumaat sebelum raya, kami sekeluarga amat tersentuh…walau tidak pernah mengenali beliau semasa di UIA….Semoga segala rahmat Allah menemaninya…Syahidnya beliau sudah pasti…hidup dan mati kita..hanya Allah menjadi penentu…sama-samalah menginsafi, semoga simbahan darahnya menjadi iktibar sebagai semangat perjuangan kita untuk Islam. Salam Aidil fitri Maaf zahir dan batin untuk semua warga UIA.
semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya..al-fatihah
al fatehah.
tks atas info ini. harap agar konvo kali ke 25 nanti pihak universiti adakan satu tribute pada as-syahid ubaida. saya yakin ramai yang tidak mengetahui berita ini.
salam kak neilli,
its really sad to hear about this…may his soul rest in peace…al-fatihah
Sedihnya mendapat berita ini. Saya mula perasan beliau sewaktu Ummatic Week beberapa tahun lepas, dan selepas itu pernah beberapa kali kami berbalas senyuman ketika terserempak sewaktu saya masih lagi menuntut di UIA. Semoga rohnya dicucuri rahmat yang Maha Esa.. Amin…~
Al-Fatihah.
semoga rohnya di golongkan bersama-sama orang yang soleh . semoga kisah beliau menjadi contoh kepada remaja-remaja di luar sana yang merempit dan tidak mempunyai hala tuju… remaja ini dilahirkan dalam negara yang diancam oleh orang-orang yahudi tetapi beliau masih gigih menuntut ilmu dIA tetapi anak muda kita yang mempunyai peluanag yang luas untuk menuntut ilmu kerap ponteng sekolah dan leka dengan hiburan dan mengambil dadah.. rasa begitu terharu mendengar berita syahidnya seorang anak muda yang gigih dan bersemangat waja… semoga lebih ramai lagi lahir anak muda yang begini di masa-masa akan datang…