Aug 20 2009

martinelli

Pengajaran Sepanjang Hayat

Posted at 5:11 pm under Uncategorized

Imam Al-Ghazali ada mengatakan ilmu akan menjauhi  orang yang berpangkat. Logiknya, semakin tinggi kedudukan seseorang itu, semakin takut orang lain untuk menegur dan menasihatinya, maka dia akan terlepas dari peluang medapat pengetahuan2 baru.

Seorang mentor saya, ustaz Mokhtar Shafei pernah menasihatkan saya dan suami sewaktu anak2 kami masih kecil dulu, katanya, “Cuba usahakan sebolehnya2 hantar sendiri anak ke sekolah sebab sepanjang perjalanan bersama anak banyak proses pendidikan dapat kita sampaikan.” Kami ikut nasihat beliau dan alhamdulillah memang benar kata2 beliau itu.

Sewaktu saya susah hati melihat kenakalan 3 anak lelaki saya yang sangat lasak, seorang sahabat  memujuk saya,”Biarlah nakal macam manapun anak2 kita, pastikan mereka tak tinggal solat” Saya pegang katanya2  dengan mengawal ketat urusan solat anak2. Terbukti katanya2 tepat sekali.

Semasa remaja, guru saya berkata, ” Jangan percaya dengan cinta pertama kerana selalunya ia akan putus di tengah jalan sebab kita belum ada pengalaman menjaga hati kekasih.” Kata2 guru saya itu benar2 berlaku, hati terluka dan apabila saya bangun kembali saya  berkata kepada rakan2 sebaya bahawa bercinta itu kerja bodoh kerana bukan saja mendekati dosa tapi menyiksa diri bila ianya gagal.

Semasa saya di universiti seorang sahabat menegur sikap saya yang kerap menolak ‘proposal’ orang. Sahabat saya itu berkata, “Neli, kalau kita menolak lamaran seorang lelaki yang soleh tanpa alasan syar’ie tunggulah malapetaka yang akan menimpa. Kalau menolak lamaran, tolaklah dengan baik dan penuh hikmah tanpa menyakitkan hati orang lain.”

Disebabkan kata2 sahabat itu akhirnya saya menerima lamaran teman sefakulti saya yang begitu sabar menunggu jawapan dan lelaki itu sekarang menjadi suami dan ayah yang baik pada anak2 saya. Kami terus nikah walaupun kami masih belum tamat belajar. Cinta dibina selepas sah menjadi suami isteri dengan mengharungi suka-duka bersama membesar dan mendidik anak2 yang menjadi permata jiwa. Ia menyedarkan saya tentang cinta antara seorang lelaki dan perempuan akan hanya dirasakan nikmatnya yang sebenar apa ia dilakukan dengan penuh tanggungjawab mengikut batas2 yang sudah ditetapkan oleh agama.

Lima tahun lalu seorang pelajar bernama Rizal Rosli pernah datang ke pejabat saya dan berkata, “Kawan saya kata orang yang menjaga solatnya dengan baik, roh solat akan naik ke langit dalam keadaan harum semerbak dan bercahaya. Sampai di langit roh solat akan berdoa, ya Allah jagalah si polan ini sebagaimana dia menjaga aku. Tapi kalau orang yang tidak menjaga solatnya dengan baik, roh solat itu akan naik ke langit dalam keadaan yang busuk dan hitam legam. Sampai di langit roh solat akan berdoa, Ya Allah janganlah pedulikan si polan ini kerana dia tidak menjaga aku dengan baik. Maka sia-sialah hidup orang yang tidak dapat penjagaan Allah disebabkan dia tidak menjaga solatnya dengan sempurna.”

Kata2 Rizal saya pegang sampai sekarang walaupun saya tidak tahu sanadnya kerana meyakini bahawa solat adalah benar2 penting untuk mengawal aktiviti kehidupan seharian kita.

Semasa saya di New Castle Upon Tyne, U.K, seorang kenalan berbangsa Inggeris bernama Margaret menyatakan dia mempunyai 8 orang anak. Saya agak terkejut kerana jarang kita berjumpa orang Inggeris punya ramai anak. Saya lebih terkejut melihat gambar 8 anaknya yang berbagai warna kulit termasuk bermata sepet. Rupanya 7 dari anak2 itu adalah anak2 malang yang dijadikan anak angkat. Usianya yang dalam lingkungan 60 tahun dipenuhi dengan kerja2 kebajikan membantu orang di pusat2 komuniti . Apabila saya bertanya berapa dia dibayar, dia menjawab, “None”.

Margaret menginsafkan saya tentang nilai kemanusiaan.

Seorang kanak2 di Phnom Pehn mengajar saya erti setitik air bersih untuk menghilangkan dahaga. Dia mengutip botol2 mineral bekas kami minum. Sisa2 air itu dikumpulkan dalam satu botol lalu diminum sedikit demi sedikit.

Di tepi sebatang jalan di St Marco, Italy, seorang lelaki tua mengajar saya menghormati orang yang lalu-lalang apabila dia mengambil kertas tisu untuk membersihkan najis yang dilepaskan anjingnya agar orang lain tidak terpijak najis itu.

Di Masjidil Haram, Mekah, seekor anak burung mengajar saya tentang erti husnulzhan di hadapan kaabah selepas saya selesai tawaf wida’. Biasanya burung akan lari apabila kita mendekatinya. Tetapi anak burung yang anih itu berjalan perlahan2 mengelilingi saya seolah2 bertawaf dan naik ke tapak tangan saya apabila saya menghulurkan tangan padanya tanpa rasa cuak.

Pengalaman hidup mengajar saya usah sedih dengan kutukan dan kebencian orang kerana banyak pengajaran yang bakal kita dapati darinya.

Jangan gembira dengan pujian dan sanjungan orang kerana itu hanya akan membawa kita menjadi lalai dan kemusnahan akibat riak.

Kalau anda yang membaca blog ini merasakan artikel ini berguna kongsikanlah isinya dengan orang lain agar kita sama2 dapat pahala di bulan suci ini.

14 responses so far




14 Responses to “Pengajaran Sepanjang Hayat”

  1.   shah_reza02on 21 Aug 2009 at 12:33 am 1

    in FB said : You Like This Post…. thumbs up…

  2.   martinellion 21 Aug 2009 at 6:42 am 2

    What is FB, shah? mind sharing it with me? old schools do not know all acronyms created by young people.

  3.   ummihoneyon 21 Aug 2009 at 10:16 am 3

    betul kak nelli. peluang mendengar celoteh anak-anak di dalam kereta bersama-sama suami memang sangat berharga. inilah masanya suami akan memasang telinga untuk mendengar akan pengalaman atau masalah anak-anak ketika di sekolah. di dalam kereta inilah kita akan dapat sama-sama berbincang dan bercerita akan kisah masing-masing. saya sering juga bercerita hal yang berlaku di pejabat kepada anak-anak sebagai pengajaran kepada mereka. satu yang penting, jangan pasang radio ketika kita berbual di dalam kereta. ia hanya akan mengganggu konsentrasi mereka.

  4.   shah_reza02on 21 Aug 2009 at 11:37 am 4

    kak neli, fb tu facebook :P. the most powerful communication tools :P

  5.   adaon 21 Aug 2009 at 12:44 pm 5

    salam madam,

    hampir menitis air mata saya.. tak tau kenapa.. itulah, kita sebenarnya, akan banyak belajar setiap benda baru setiap masa… (”,)

    by the way, salam ramadhan madam..

  6.   martinellion 21 Aug 2009 at 2:44 pm 6

    wa’alaikum salam ada,
    Moga airmata kita banyak menitis dalam tahajjud malam2 ramadhan ini. salam Ramadhan kembali.

    shah, kak neli tambah kompius….apa2 je lah…

  7.   shah_reza02on 21 Aug 2009 at 3:52 pm 7

    :P kak neli, kt facebook. bila kita set status kita @ kita post any link @ gambar to share with other frens. kat situ ade comment & like. bile kita klik pd like tu… it will appear You Like this Post ( pastu ade gambar thumbs up )… makna nya frens like status @ link @ pic yg kita share tu …… :P

  8.   martinellion 21 Aug 2009 at 5:06 pm 8

    ooo gituuuu…….ni yg buat kak neli cayang kat orang2 macam shah ni….t.q shah.

  9.   shah_reza02on 24 Aug 2009 at 9:28 am 9

    :P

  10.   cikmuneon 03 Sep 2009 at 3:35 pm 10

    salam madam. happy ramadhan al mubarak =)
    a good post! sangat2 perlu untuk saya jumpa post macam ni di saat ini.

  11.   martinellion 03 Sep 2009 at 5:45 pm 11

    yelah mun, sejak dah tk ada kelas niche, mun pun tak timbul2 lagi kat censerve tu……di saat2 ini apelah agaknya bdk2 niche buat…..Ramadhan kareem.

  12.   farizaon 18 Sep 2009 at 10:21 am 12

    salam.

    terima kasih.
    ia amat berguna dan menginsafkan saya.

  13.   kamisahon 19 Sep 2009 at 6:51 am 13

    sungguh pengalaman hidup ini mengajar kita berjuta-juta erti ketabahan dan kesabaran…setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang bermakna buat kita…alhamdulillah diberi kesempatan bertemu kembali dengan k.Nelli di blog ini setelah bertahun grad dr UIA…ketabahan dan kesabaran serta semangat kasih sayangmu ku contohi…

  14.   Espeeon 23 Sep 2009 at 11:29 am 14

    Salam to Puan Nelli,

    I really feel so overwhelmed with your contents in this blog. Kindly revert to me your email address for me to share any experience or ‘luahan hati’ with you. Thank you in advance.

    Espee (ex-student of KoS, IIUM Kuantan)

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

FireStats icon Powered by FireStats