Jun 15 2009
Guru agama vs guru matematik
Perbualan saya baru2 ini dengan seorang ustaz UIAM membuat saya terharu . Dia mengatakan sekarang orang lebih memandang tinggi ilmu dunia dari ilmu akhirat. Kalau mengajar AlQuran seorang ustaz paling tinggi dibayar RM50 sebulan untuk mengajar . Kalau diletakkan bayaran, ibubapa akan mengutuk ustaz kononnya tidak ikhlas mengajar dengan alasan AlQuran bukan untuk diperdagangkan.
Ada ustaz yang tinggal di Gombak, mengajar di Kelang dengan menaiki motor 3 kali seminggu hanya dibayar RM30 sebulan. Ada juga yang dibayar dengan sehelai kain pelekat saja.
Seorang guru tiusyen yang mengajar subjek matematik ke rumah diberikan antara RM20 hingga RM50 sejam. Ini rate student UIA yang membuat tiusyen secara sambilan.
Ibubapa tidak merasa sayang berapapun dihabiskan asalkan anaknya lulus cemerlang untuk UPSR, PMR dan SPM. Maka tumbuhlah pusat2 tiusyen bak cendawan di musim hujan. Tetapi jarang ibubapa yang memikirkan untuk menghantar anak pergi tiusyen untuk SPRA.
Mereka yang bergelar ustaz kadang2 dibawa setakat untuk membaca doa dalam majlis pembukaan program atau majlis tahlil doa selamat.
Orang sanggup membayar beratus atau beribu ringgit untuk penceramah motivasi, tetapi seorang penceramah agama dianggap sudah cukup dengan jamuan secawan teh dan 2 keping karipap selepas majlis selesai.
Saya katakan kepada pelajar UIA, di sinilah letaknya tanggungjawab mereka untuk berada dalam barisan hadapan dalam profession apa saja dan mengubah budaya masyarakat agar agama diletakkan pada tangga teratas.
Kepada ustaz2 yang punya budi yang sangat tinggi sehingga tidak mahu menerima bayaran, saya memberikan sejuta sanjungan.
Menantu saya yang mengajar tahfiz berkata, “Saya kalau boleh tidak mahu membiayai hidup dengan upah mengajar ini. Samada orang bayar atau tidak saya akan mengajar juga selagi ada orang yang mahu belajar, itu lebih penting dari upah.”
Pernah suatu ketika dia cukup gelisah kerana tidak selesa kerana menerima upah yang agak lebih tinggi dari biasa oleh seorang bapa yang meminta beliau mengajar2 anaknya2. Dia risau kalau2 bapa tersebut menyangka dia mengharapkan bayaran lebih.
13 responses so far

semoga keselamatan, kesejahteraan, rahmat serta barokah ALLAH senantiasa di limpahkan keatas bunda…
bunda..seperti itulah kehidupan saat ini. ramai yang matanya tidak lagi mampu melihat,telinganya tidak lagi mampu mendengar, dan hatinya tidak mampu lagi untuk memahami..
kita buat perubahan2 kearah lebih baik, mulai dari diri sendiri dan keluarga kita..
semoga ALLAH merahmati..amiin..
Salaam Kak Neli
Huh.. sungguh dahsyat dan tajam sekali matapena akak dalam blog nie.
terkedu juga saya dibuatnya seketika.
Tabik tajam untuk Kak Neli..
Saya jadi salah seorang pembaca setia blog akak.. jangan plak tak update.. banyak pengalaman hidup boleh dikongsi bersama nie.
Terima kasih Wildan dan Era.
Tidak juga Puan, semalam seorang Ustaz dalam kuliahnya menceritakan yang anaknya (pelajar IRK UIAM) pergi mengajar mak-mak Datin di Bukit Antarabangsa untuk membaca al-Quran dari 0 dan dia dibayar dengan lumayan juga.
Begitu juga dengan kebanyakan Ustaz-ustaz yang mengajar kuliah agama di kawasan-kawasan elit dan berpendidikan tinggi, biasanya mereka dibayar tinggi.
Adapun isu yang Puan bawa itu saya berpandangan ia banyak terjadi kepada mereka yang berpendapatan sederhana yang banyak sekali di KL. Dengan pendapatan tak seberapa itulah, mereka melebihkan subjek akademik berbanding al-Quran. Bukan salah mereka juga, kerana itulah tuntutan semasa yang apabila temuduga akan melihat kepada gred A atau B dalam subjek akademik, tidak langsung disentuh tentang al-Quran.
Sekadar pendapat 2 sen saya,
Husaini Ibrahim
betul tu, nampaknya ilmu agama tetap menjadi teras dalam kehidupan mahupun dalam pembelajaran ilmu dunia. dengannya ia menjadikan kita lebih berintegriti dan lebih mulia disisi tuhan followed by manusia.
integrasi antara pembelajaran ilmu agama melalui ilmu dunia amat susah untuk didapati sekarang. macam ustaz zamri buat kat tv 9 tu ada kelebihan yang bley diambil.
bye
Sdr Husaini,
Sukur alhamdulillah, moga ramai yang begitu
Inilah kesannya bila dunia menjadi keutamaan. Ilmu akhirat dipinggir, diketepikan. Alasan yang utama, biarlah ikhlas dan jangan berlebih-lebihan. Untuk dunia tidak mengapa - sebagai bekalan mendapat markah yang tinggi, gaji yang banyak, rumah yang besar.
Ya, kerana pandangan dunia lebih tinggi dari pandangan Tuhan.
Assalamualaikum, pada pandangan saya, ilmu itu penting untuk dunia dan akhirat. Bayaran yang dikenakan adalah kontrak jual-beli perkhidmatan antara tenaga pengajar dan orang yanag membayar untuk perkhidmatan tersebut. Ianya sebenarnya tiada kait mengait dengan nilai ilmu itu sendiri. Contohnya tukang gunting rambut, kedai biasa RM 10, kedai salon RM 30. Kita sanggup bayar apa yang kita mampu bayar atau kerana merasakan bayaran itu setimpal, bukan kerana banyak atau sedikitnya rambut yang dipotong.
Namun apa yang penting adalah niat untuk memberi pengajaran, sama ada ibubapa yang mahukan anaknya belajar atau guru dan ustaz yang mengajar agar apa yang dipelajari atau diajarkan adalah selari dengan keperluan kita mendapatkan keredhaanNya.
Kita juga hendakknya tidak terlampau ‘judgemental’ (memberi hukuman) terhadap mereka2 yang membayar rendah kepada Ustaz kerna mungkin itu yang mereka mampu. Juga kerana kebanyakan ustaz2 bergerak bersendirian, berbanding guru2 tiusyen yang bernaung di bawah pusat tiusyen yang menentukan kadar bayaran, maka ustaz2 kurang mempunya kuasa untuk menawar tinggi harga untuk mengajar. Satuhu saya pun bayaran untuk mengaji didalam kelas2 seumpama tiusyen memmang lebih mahal dari kalau kita belajar dari ustaz persendirian.
Wassalam.
salam. org yg tak faham saja ckp begitu. bagi saya org yg nak belajar tu sendiri kena faham. dulu2 takde perigi cari timba. murid yg cari guru kalau nakkan ilmu. ilmu itu jadi sgt berharga. sekarang kerana sistem berubah maka murid pula yg jadi tuan. hilang tradisi keilmuan.
kalau kita mengajar agama atau apa shj bayaran yang diberi biarla setimpal. bukan mahu menjual ilmu tapi tenaga kita, kerja, perkhidmatan yg diberi bukanlah harus percuma. kdg2 pergi mengajar bayaran tak balik modal pun. taktaula mereka ni ambik kesempatan kot.
bagi saya ustaz2, guru2 agama pun kena berubah set standard biar tinggi sikit. kalau tidak org remeh2kan ilmu agama ni.
salam kak Nelli…
begitulah pandangan masyarakat hari ini…hatta di sekolah pun ada segelintir guru-guru lain berpandangan begitu…hakikatnya..kami guru-guru agama bukan bayaran yang menjadi ukuran..tetapi keikhlasan yang menjadi keutamaan dan itulah ukuran Tuhan buat kita sebagai muslim…
salam. saya amat bersetuju dengan padangan guru agama yang mengajar al-quran diharga ini dengan hanya sedikit bayaran. ia disebabkan pendekatan subjek al-quran sudah dijadikan subjek alternatif di dalam aliran perdana.. ramai pihak hanya melihat ibubapa sebagai penyebab. sedangkan pergerakan seperti ini amat besar pengaruhnya jika dimulakan oleh kemeterian pendidikan/pelajaran dan seterusnya barulah kita cermin hak ibubapa.. jika tidak.. semua rakyat malaysia akan datang lupa akan isi dan maksudnya…
terima kasih
SAYA NAK JADI GURU AGAMA… KELULUSAN IZAZAH AL AZHAR
KALAU ADA PELUANG BEKERJA HUBUNGI KAMI 0197714243
setuju pendapat kat atas2 tu…
tradisi menuntut ilmu skrg ni, murid2 pulak yg jadi tuan…sampai ada yg pijak kepala cikgu… bila cikgu bertindak, ibubapa marah…