Archive for January, 2009

Jan 23 2009

Profile Image of martinelli
martinelli

Pride and Prejudice budaya siapa?

Filed under Uncategorized

Ramai diantara kita yang mengetap gigi kerana geram apabila PBB hanya akan menyiasat senjata uraniam yang digunakan Israel di Ghaza. Penubuhan tribunal untuk membawa Israel dan Amerika ke muka pengadilan atas jenayah perang langsung tidak timbul. Masyarakat Islam mula digulakan2 seolah2 memberi harapan baru apabila Obama menghubungi pemimpin Islam sebaik saja acara perlantian beliau selesai. Kehebatan Obama berpidato memang mengkagumkan. Namun majoriti ummat Islam masih sangsi. Dan seperti kebiasaan yang selalu berlaku sebelum ini……orang Islam amat mudah lupa dan sangat pemaaf.

Pengakuan Bush “I made a big mistake” kerana menyerang Iraq diterima begitu saja oleh dunia tanpa sebarang hukuman. Terlepaslah sang drakula yang menyedut ribuan darah orang Islam. Kezalimannya ditutup dengan tandangan Obama untuk mengarahkan penutupan penjara Gautanamo.

Kekejaman Israel akan dilupakan dalam masa terdekat. Dunia akan kembali memberi simpati kepada Israel atas perjuangan mereka untuk memilik tanah air sendiri walaupun sebenarnya mereka sudah menjadi penakluk dunia melalui Amerika. Mereka boleh memiliki seluas mana pun tanah di Amerika tetapi tanah Palestin yang sekangkang kera itu juga yang dimahukan.

Sudah ada bukti bagi menidakkan cerita holocaust kononnya mereka dizalimi Nazi kerana mereka Yahudi

Kebijakkan mereka mendendangkan lagu itu untuk menarik perhatian dunia cukup mempesonakan sehingga dunia hilang kewarasan akal. Kalau Jerman yang menindas mereka kenapa dendam ditujukan kepada Palestin.

Walaupun sudah terbukti kejadian 9/11 adalah perancangan orang dalaman Yahudi, bukan Al-Qaeda.

Tetapi kejadian itu juga yang digunakan untuk menghasut dunia mempercayai orang Islam adalah pengganas.

Walaupun sah2 Iraq tidak memiliki senjata.

Mereka menyerang juga.

Semua orang tahu, dengan kecanggihan peralatan teknologi, bila2 masa saja mereka boleh menemui Osama, dan dengan mudah mereka boleh menemui senjata Hamas.

Mereka mebiarkan Osama hidup supaya mereka boleh terus menyerang negara Islam yang dituduh menyembunyikan Osama melalui cerita rekaan mereka.

Dengan alasan untuk mencari Osama, rakyat Afghanistan terus diserang dan dipecahbelahkan dan mereka terus menuju kehancuran dan dalam masa yang sama minyak merka disedut dengan rakus.

Atas alasan Iraq menyimpan senjata, beribu2 saudara kita Iraq dikorbankan. Sisa2 khazanah Islam di kota Ilmu Baghdad  hancur buat kali kedua. Beribu2 buku dan karya2 ilmuan Islam dihanyutkan ke sungai dan sungai bertukar menjadi warna hitam dengan dakwat sewaktu Baghdad ditakluk kaum kafir buat pertama kali dahulu.

Atas alasan mencari pejuang Hamas maka anak2 kecil yang tidak berdosa dizalimi begitu rupa. Askar2 Israel sendiri mangaku bahawa mereka aka rasa resah kalau dalam dalam seminggu tidak dapat mendera seorang Palestin. Mereka merasa berdosa pada tuhan kalau tidak dapat membunuh orang palestin. Membunuh lebih seribu dan mencedarakan 6 ribu palestin dalam beberapa hari saja  di Ghaza bermakna mereka mendapat kepuasan yang besar untuk dpersembahkan kepada tuhan mereka.

Alasan yang diberikan hanya sebagai alasan rapuh supaya mereka boleh menghancurkan orang Islam. Dunia dimomokkan dengan hasutan orang Islam sebagai pengganas dan Amerika lah penyelamat dunia. Orang yang tidak buta sejarah semua tahu dalam mana2 pemerintahan Islam tidak pernah penganut agama lain ditindas. Kedtangan Yahudi ke Palestin dahulu disambut dengan baik dan diberikan egala bantuan oleh pribumi Palestin. Tetapi kerana sudah menjadi dasar Yahudi, kebaikan dibalas dengan kezaliman. Beratus2 tahun orang Islam dizaimi dalam penguasaan pemerintahan Kristian dalam perang Salib, tetapi orang Kristian dijaga dengan baik semasa Salehudin Al-Ayubi memenangi peperangan itu.

Di Malaysia sendiri, kerana baiknya pemerintahan orang Melayu, orang Cina dan India mendapat segalanya tanpa perlu mengasimilasikan budaya dan cara kehidupan harian mereka dengan budaya tempatan. Orang Cina lebih Cina dari orang di negara China, orang India lebih India dari mereka di negara India dan orang Jawa lebih Jawa dari mereka di pulau Jawa. Keadaan yang tidak akan ada di mana2 dunia ini kecuali kalau mereka adalah sebagai penakluk. Orang China di Amerika hanya hujung namanya saja berbunyi China dan di Indonesia kesuluruhan namanya diubah tanpa ada saki baki elemen kecinaan.

Memang betul, Islam pembawa rahmah ke suluruh alam. Orang Islam perlu menyebarkan kasih sayang bukan saja sesama Islam tetapi kesuluruh umat manusia. Tetapi apakah kaedah kita yang salah maka kasih sayang yang kita berikan dibalas dengan kezaliman? Ataukah memang sudah disuratkan dalam taqdir Allah bahawa Orang Islam dizaman ini akan menjadi seperti bueh dilautan atau seekor gajah yang boleh mati digigit semut.

Dalam dunia ini ada 3 golongan manusia:

1. aktif

2. tidak aktif

3. reaktif

4. proaktif

Saya rasa rata2 orang Islam tergolong ke dalam kumpulan ke 2 dan ke 3 iaitu tidak aktif dan reaktif.

Kalau pun ada yang aktif tetapi aktiviti tidak tersusun. Saf kita bertaburan. Kita saling bertelagah walaupun perkara yang kecil. Budaya dengan unsur ‘pride and prejudice’ begitu tebal dalam kehidupan. Sehinggakan untuk membuat tabung palestin pun berperang siapa yang patut nobatkan sebagai ‘champion’ supaya nama kumpulan mereka tertera di dada akhbar…….itulah ‘pride’ yang merosakkan bangsa kita dan kita sendirilah yang jadi perosaknya.

Sifat saling tidak mempercayai terlalu sukar untuk dikikis. Kita dipisahkan2, diceraikan2 melalui fahaman politik, kenegerian dan berbagai2 lagi yang akhirnya anak2 kita hanyut dalam arus budaya tidak menentu dan orang lain yang mengaut keuntungan

Semalam seorang rakan bertanya , ” Macam mana pilihanraya kampus (pilihanraya SRC)? Group mana menang?”
“Budak2 WUFI, Maaruf Club boleh menang, tak?”
Soalan yang agak tidak menyenangkan saya.
Pertama, kerana saya sudah bertahun2 tidak terlibat dalam urusan pilihanraya kampus.

Kedua, saya masih menyedihi suasana di mana anak2 saya di UIA ini dipecahbelahkan melalui fahaman kepartian yang sangat cetek. Ini hanya menghasilkan semangat ‘group victory’ bukan ummatic victory.

Ketiga, pelajar2 sekarang masih lagi belum matang apabila bersaing. Kaedah yang digunakan dalam mengenahkan isu lebih berbentuk emosi bukan rasionaliti. Penyakit “pride and prejudice’ yang kronik di dalam diri mereka yang berada di barisan hadapan sebagai pemimpin pelajar sangat menebal. Dengan penyakit ini bolehkah kita menuju kepada pencapaian objektif ke arah ‘ummatic victory’.

Solan berikut ditanyakan “Betul ke kak neli ‘bias’ pada kumpulan pelajar tertentu?”
Saya jawab balik “Saya terlalu menyayangi semua pelajar, mereka tak tahu”

Saya pulang ke rumah jam 7 malam dan sepanjang perjalanan terbayang kisah2 bersama anak2 didik melayan perbualan mereka kadang2 sampai jam 3 atau 4 pagi semasa bersama mereka dalam program. Masa2 yang begitu cukup berkesan untuk mendidik mereka membuka minda menjadi insan yang berguna pada ummah…..guru2 mengistilahkannya ‘the most teachable time’

Tugas utama kita di UIA ini adalah untuk melahirkan ‘the heaven class graduates’ Biarlah mereka menjadi champion untuk menyatukan ummah. Dalam masa yang Allah berikan yang belum tentu panjang tempohnya ini teruskanlah usaha meramaikan lagi ‘the heaven class grduates’ ini dari menara ilmu “IIUM the heaven class university”.

Sebahagian mereka sekarang sudah berada dipuncak dunia yang tinggi melangit. Yang masih sedia turun ke bumi sekali sekala….alhamdulillah!!! Didik dan bimbinglah mereka. Sediakan diri anda sebagai mentor yang baik untuk mereka.

Pride and prejudice ini sesungguhnya bukan budaya kita.
Sewaktu berusia 13 tahun saya pernah membaca sebuah novel Inggeris dengan tajuk yang sama…..so, budaya ini adalah budaya orang kafir bukan kita.

One response so far

Jan 21 2009

Profile Image of martinelli
martinelli

Membantu mewar-warkan khidmat pelajar UIAM

Filed under Uncategorized

Entri kali ini ditujukan khas kepada pembaca di kalangan staff UIA.

Beberapa orang rakan bertanya bagaimana untuk mendapatkan khidmat tiusyen dari pelajar2 UIA. Selaku staff yang sepanjang hari dikelilingi pelajar, saya rasa elok juga saya berkongsi dengan anda apa yang kita boleh saling mendapat manfaat dari mereka dan mereka pun mendapat menfaat dari kita.

Sebenarnya pelajar2 kita mempunyai potensi besar untuk membantu orang lain. Pengalaman peribadi saya mendapat bantuan tuisyen bahasa arab untuk anak saya telah menghasilkan kejayaan cemerlang. Upah yang kita berikan hasil khidmat mereka anggaplah sedekah  untuk mereka yang sedang berjihad mengejar ilmu. Sebahagian mereka yang saya kenali datang dari keluarga susah.

Anda boleh menghubungi saya melalui email nailihashim@gmail.com  dan saya akan membantu mewar-warkan kepada pelajar2 berkenaan. Di antara khidmat yang biasa mereka lakukan ialah:

1. Tuisyen

2. Mengajar Al-Quran dan hafazan

3. Multimedia presentation

Satu lagi khidmat yang anda boleh hubungi sendiri pelajar berkenaan ialah khidmat mengurut (hanya untuk lelaki) dan pengubatan secara Islam:  Ada seorang pelajar yang hafiz Qura’n    menyediakan khidmat mengurut dan mengubat menggunakan ayat al-Quran seperti kes untuk melembutkan hati anak yang degil. No tel beliau adalah 013-3399 827

Kalau ada department yang memerlukan part-time staff, pelajar kita adalah pilihan terbaik untuk diambil bekerja. Sedikit sebanyak kita dapat mengurangkan beban kewangan mereka dan mereka dapat pengalaman bekerja yang sangat berguna. Anggaplah mereka macam anak sendiri yang perlu dibimbing dan dibantu. Satu hari nanti mungkin merekalah yang akan membimbing anak cucu kita pula.

3 responses so far

Jan 20 2009

Profile Image of martinelli
martinelli

Graduan UIA Yang Berjiwa Mulia……

Filed under kemanusiaan

Beberapa hari yang lepas saya menerima berita salah seorang graduan UIA bernama Said Alkhuzairi dari Johor sekarang mengetuai misi kemanusiaan Mercy Malaysia di Rafah, sempadan Palestine. Bro. Said yang baru saja nikah pada 26 Disember yang lalu terpaksa meninggalkan isteri tercinta kerana misi suci ke Palestin. Kedua2 mereka adalah ahli  CENSERVE yang pernah aktif dalam projek mentor-mentee GEMILANG 3 tahun lepas. Semasa Dr. Jemilah presiden Mercy bertanya kepada saya untuk mencari graduan UIA untuk bekerja dengan Mercy, saya terus mencadangkan nama Bro. Said. Beliau diterima dan terus menunjukkan commitment yang tinggi. Dalam pertemuan saya dengan Dr. Jemilah baru2, beliau cukup memuji Said. Sebelum ini Said mengetuai projek kemanusiaan di Sudan. Setahun di Sudan sudah tentu memberi impak yang besar pada mereka yang mendapat khidmat kemanusiaan dari Said. Beliau yang sepatutnya dihantar ke Myanmar rupanya dialihkan ke Palestin.

Selang beberapa hari seorang lagi graduan kita bernama Shima yang baru saja habis UIA akan bertolak ke Myanmar hujung minggu ini untuk menyertai projek bantuan kemanusiaan kepada mangsa taufan. Beliau akan berada di Myanmar selama 5 bulan. Shima juga aktif dalam Rakan Muda dan Paramotor UIA. Shima pernah mengikuti projek di Kemboja tahun lepas atas tajaan Kementerian Belia dan Sukan.

Keterlibatan  Said dan Shima menambahkan lagi bilangan graduan kita dalam kerja2 kemanusiaan ke peringkat antarabangsa.

Sebelum ini seorang lagi aktivis CENSERVE, Nor Ryzal, yang juga aktif dalam CENSERVE pernah tinggal di pulau Cocos, Australia sebagai pendakwah tajaan RISEAP selama 2 tahun.

Fauwaz Hasbullah bekas ketua CENSERVE Team tahun 1997 telah mengetuai Global Peace Malaysia, salah  satu NGO yang aktif menjalankan program kemanusiaan di seluruh dunia.

Ramai lagi produk2 CENSERVE yang sekarang aktif di seluruh Malaysia dan di peringkat antabangsa membawa bersama semangat ummatic selepas melalui tarbiyyah UIA.

Saudara Muhtar Suhaili, bekas presiden SRC, sekarang aktif berdakwah walaupun berada di kemuncak kerjaya.

Semasa membaca blog http://86azhar.blogspot.com/ saya terasa kagum dengan aktiviti pelajar kuliyyah kejuruteraan ini, yang seangkatan dengan sdr Ashraf Latif, Hafizan, Ismail Jaafar, Shukor, Haidir dan pelajar2 lain yang telalu ramai untuk disebut yang hujung minggu mereka dihabiskan  untuk berdaawah dan membantu mereka yang memerlukan.

Minggu lepas saya bersama sekumpulan graduan yang pernah menggerakkan projek Gemilang membantu pelajar2 sekolah yang kurang mampu dan lemah akademik. Mereka kembali menyerahkan diri untuk membantu projek ini walauoun masing2 sudah berjawatan tinggi dan berkeluarga.

Yang lain ramai yang bergerak secara senyap melalui tulisan dalam media atau blog seperti Roslan dan Iqbal.

Semasa berada di Istambul 2 tahun lepas saya bertemu dengan ramai bekas pelajar Turkey UIA yang sekatang terlibat secara aktif dalam NGO kemanusiaan dan kerja-kerja daawah.

Entri ini saya mula tulis seminggu yang lepas semasa serangan Israel sedang mengganas di Ghaza tetapi saya tidak sempai menghabiskannya untuk dimasukkan ke dalam blog. Sekarang diumumkan gencatan senjata di Ghaza. Petang semalam saya dapat berita sdr. Said akan kembali ke Malaysia dan akan digantikan oleh sdr Razii Pahlavi, juga graduan UIA yang sangat aktif dengan kerja2 kemanusiaan.

Mereka inilah ‘the unsung heroes’ yang membawa misi sebagai ‘agents of change of the ummah’. Di mana saja mereka berada kehadiran mereka dirasai dan pemergiaan mereka meninggalkan sejuta kebaikan.

Kepada anak2 UIA yang membaca entri ini…..kalau anda masih aktif dalam aktiviti kemanusiaan dan daawah, sudilah kiranya meninggalkan catatan untuk mudah dihubungi dan saling berkongsi maklumat. Perjuangan untuk ummah ini akan lebih berjaya bersama anda semua InsyaAllah.

“From IIUM to the hearts of the ummah”

15 responses so far

Jan 09 2009

Profile Image of martinelli
martinelli

Berwudhu’lah…!!

Filed under Uncategorized

Dimana2 masjid imam membacakan doa untuk saudara kita di Palestin. Menitis air mata kerana terbayang gambar2 mangsa yang kita lihat dalam media setiap hari. Namun, keadaan semakin parah. Bila direnungkan, terfikir juga dalam diri sendiri mungkinkah doa kita tidak layak untuk terima oleh Allah atas faktor2 yang menyebabkan doa kita terhijab.

Lemahnya kita bukan untuk ditangisi. Perbaiki diri, anak2 dan sahabat2 kita. Bersihkan aqidah dan tingkatkan ibadah agar doa kita di makbulkan Allah.

Cerita berikut memberi inspirasi pada saya untuk dikongsi bersama:

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”

Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu’ zahir dan batin.”

Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?”

Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air”.

Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal
mustaqim’ dan
menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.”

“Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

No responses yet

Jan 08 2009

Profile Image of martinelli
martinelli

IIUM Students in Cambodia

Filed under Uncategorized


YouTube YouTube - http://www.youtube.com/watch?v=uN3xetK9s6Y

No responses yet

Older Posts »

FireStats icon Powered by FireStats