Singapura makin hampir jadi kuasa besar R&D

 

Negara kecil bakal jadi kuasa besar R&D. Hmmmm… tak mustahil. Malaysia ? Adakah senario semasa menggalakkan program R&D di Malaysia ? Adakah usaha R&D hanya digalas oleh Ahli Akedemik sahaja ? Kemana hala tuju program pembangunan R&D di Malaysia ? Most of the cases, we have a lot of ideas but don’t get opportunity… and the ideas won’t go anywhere…

SINGAPURA 23 Dis. - Singapura membelanjakan S$6.3 bilion (RM15.12 bilion) untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) tahun lepas, meletakkan republik itu pada kedudukan yang semakin hampir menjadi kuasa besar R&D.

Keseluruhan perbelanjaan republik itu untuk R&D tahun lepas meningkat 26.5 peratus berbanding perbelanjaan 2006 sebanyak S$5.01 bilion (RM12 bilion), kata Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR) yang menjalankan kaji selidik R&D tahunan kebangsaan di Singapura.

Agensi itu berkata, peningkatan tahun ke tahun sebanyak 26.5 peratus yang belum pernah dicatatkan itu adalah satu lonjakan ketara berbanding dengan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 9.3 peratus pada 2006.

Berdasarkan sumbangannya kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK), perbelanjaan dalam negara kasar ke atas R&D (GERD) tumbuh daripada 2.31 peratus pada 2006 kepada 2.61 peratus tahun lepas. [read more]

Sumber : Utusan Online

Bookmark and Share:


2 Responses to “Singapura makin hampir jadi kuasa besar R&D”

  1. R&D sepatutnya ada sebuah institut khas negara yang menggerakkannya bukan dibebankan pada universiti yang terpaksa terpaksa mengorbankan fungsi pensyarah sebagai pendidik. Ini sudah terbukti berjaya di Netherland. Alangkah baiknya pakar2 yang ada di universiti2 dikumpulkan di sebuah institut kajian untuk menjalankan penyelidikan mengikut keperluan sebenar negara. Apabila selesai projek mereka kembali ke universiti. Perlumbaan mengejar taraf RU kadang2 tersasar dari segi ethics dan professionalism seorang ilmuwan

  2. Msia tak mungkin berjaya selagi kita ikut quota quota ketuanan melayu.

    Amalkan meritokrasi dan anak/cucu kita akan berdiri bangga di dunia ni!

Leave a Reply

94234 pages viewed, 301 today
54968 visits, 190 today
FireStats icon Powered by FireStats