BPR dakwa 544 pegawai awam atas pelbagai kesalahan
KUALA LUMPUR 8 Mei - Sebanyak 544 pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam telah didakwa oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) atas pelbagai kesalahan dari 2003 hingga 2007.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memberitahu, daripada jumlah itu sebanyak 436 orang dikenakan pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997, 67 di bawah Akta Kanun Keseksaan dan seorang di bawah Akta Pengubahan Wang Haram.
“Mengikut jabatan, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) paling ramai didakwa iaitu sebanyak 217 orang, Kastam Diraja Malaysia (148 orang), Jabatan Pelajaran (59 orang), Pihak Berkuasa Tempatan (28 orang) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (19 orang).
“Pertuduhan lain membabitkan Jabatan Agama Islam sebanyak 14 orang, Jabatan Pengangkutan Awam (13 orang), Jabatan Kerja Raya dan Angkatan Tentera Malaysia masing-masing sebanyak 12 orang serta Pejabat Tanah Daerah dan jabatan lain masing-masing 11 orang,” katanya. - Utusan.
Filed under: News | Tagged: News, Utusan Online
