Canon EOS 60D review: Shoot full HD videos

Filed under: Uncategorized | No Comments »

Filed under: Uncategorized | No Comments »
Perbandingan harga yang agak ‘melampau’ sebelum dan selepas jualan promosi. Perhatikan tarikh yang tertera pada kedua-dua label.MUKADIMAH:
JUALAN murah, harga runtuh, tawaran potongan harga 50 hingga 80 peratus, di pusat membeli-belah sering mendapat perhatian yang menggalakkan daripada pengguna terutamanya golongan wanita yang gemar berbelanja sakan.
Persoalannya adakah jualan murah ini benar-benar wujud atau ia sengaja digunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh umat Islam di seluruh negara kurang tiga minggu lagi. Ikuti laporan khas wartawan Mingguan mStar mengenai penipuan jualan murah yang diibaratkan sebagai ‘duri dalam daging’ terhadap masyarakat di negara ini.
PETALING JAYA: Sehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM455 dan selepas diberi diskaun kononnya sebanyak 80 peratus, maka harganya turun mendadak kepada RM109.20.
Ironinya, tarikh yang tertera pada label harga diskaun ialah 10 Ogos 2009 bermakna ia dicetak pada hari berkenaan sementara label dengan harga RM455 - yang kononnya harga asal - tertera tarikh 22 Julai 2010.
Kesimpulan mudahnya ialah, pengguna ditipu oleh pihak penjual yang tidak bertangggungjawab kononnya mereka menerima harga diskaun yang sangat menarik sedangkan pembeli membayar harga asal produk yang dijual itu.
Itu baru satu contoh barangan, sedangkan terdapat ribuan produk yang dijual di situ dengan tawaran potongan harga bagi menarik perhatian pembeli yang tanpa disedari mereka sebenarnya terpedaya.
Bayangkan keuntungan yang diperoleh peniaga sekiranya taktik serupa dilakukan setiap kali promosi jualan.
Tiada siapa yang menyangka, penipuan licik seperti itu didalangi oleh pusat membeli-belah terkenal, bukannnya gerai di pasar malam atau di tepi-tepi jalan. [seterusnya...]
Sumber: The Star
Sekarang dah banyak option untuk membeli barangan dengan harga yg berpatutan. Contohnya membeli secara online. Sila rujuk disini untuk : Aidilfitri 2010: Offline Shopping vs Online Shopping
Kalau nak cari baju raya anak-anak, boleh lah datang ke kedai isteri saya di Butik Qalesha, Bangi, Seksyen 9… dan boleh juga lawati blog perniagaan kami di www.qalesha.com. Kalau utk staff UIA Gombak, kira free Delivery. Kami menawarkan promosi jualan hari raya dengan harga yang sangat berpatutan. Korang boleh bandingkan qualiti produk kami dan harga kami dengan pasaraya besar.

Koleksi hari raya Butik Qalesha di Seksyen 9 Bangi
Meh lah datang jenguk. kami hanya menjual pakaian kanak-kanak dari “new born baby” hingga ke umur dalam lingkungan 7 tahun sahaja. Koleksi kami adalah fesyen kanak-kanak yang terkini.
Esok dah gaji, so bleh lah bawak anak-anak serbu kedai kitaorang kat bangi. klau takut sesat, cari lokasi kami melalui google map dengan carian “Butik Qalesha” atau “Qalesha Boutique”. Kalau layari blog kitaorg just click sini: Butik Qalesha. kat sana pun ader map.
Aper ader kat bangi ? Macam-macam butik ader kat bangi. Semua murah-murah. Ader butik ibu mengandung, ader butik ariani (tudung), butik Mariam, butik Hajaba (kedai kitaorang sebaris hajaba lah…), Butik Sutera,… macam-macam butik lah ada. Buat penat jer pergi Jln TAR. Crowded. Boleh check kat wikipedia pasal bandar baru bangi. Ramai blogger mengatakan, bangi nie syurga butik dan kedai makan. Macam-macam ader kat bangi.
Bangi jauh ? takdelah jauh. Bangi sebelum kajang jer. Berapa ramai staff UIA duduk berulang kajang/bangi ke gombak. Jauh ker ? Dari Sg. Besi ke exit kajang, tol baru 1.80. Cuba kira, tol nak pergi IKEA ikut DUKE (2.00) ngan Penchala Link (2.00) … tol RM 4.00 tuh. Belum kira parking lagi. Kat Bangi, parking free. Tak crowded.
Klau nak berbuka puasa kat Bangi pun OK. Ader restoran Wong Solo (Depan kedai kitaorang), Kedai Mat Top, Warung Dusun Gear Box, Restoran Nasi Ulam. perghhh macam-macam lah ader. Tuh belum tengok Ba’azar Ramadhan kat area PKNS bangi lagi tuh.
Ok lah.. adios
Filed under: Uncategorized | Tagged: Butik Qalesha | No Comments »
PENGGANTUNGAN SIJIL PENGESAHAN HALAL SYARIKAT QBI PACKAGING SDN BHD
JAKIM mengambil keputusan untuk menggantung Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd sehingga JAKIM berpuas hati status kehalalan produk berkenaan berkuatkuasa 19 Ogos 2010. Oleh yang demikian, QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.
Sekian, terima kasih.
Sumber: JAKIM
QBB Pure Ghee adalah bahan utama dalam pembuatan kuih-kuih atau biskut-biskut raya, terutama biskut Ma’amor yang terkenal. Selain kueh raya, QBB Pure Ghee juga menjadi bahan utama utk membuat Nasi Beryani, Nasi Tomato dan pelbagai jenis nasi…. So, berhati-hati lah dalam membeli kuih raya, membuat kuih raya, dan memakan kuih raya… termasuk, nasi-nasi yg berasaskan minyak sapi. Nak tahu kenapa JAKIM menggantung pengeshan halal semua produk jenama QBB Pure Ghee.
Check kat link nie
http://www.aussiemuslims.com/forums/showthread.php?t=38109
So, kalau nak buat biskut raya nanti, buat biskut raya yg berasaskan butter dan mejerin shj. Sama juga ketika membeli kueh raya atau memakan kueh raya.
Aku tak risau sangat, sebab aku bukanlah penggemar biskut raya nie. Sebab aku lebih suka lemang dan ketupat di hari raya. Kalau ader satey dan laksa, lagi best. So… berhati-hati lah dalam membuat pilihan utk biskut raya anda
Filed under: Uncategorized | Tagged: halal, Minyak Sapi, QBB Pure Ghee | No Comments »

COOL: The M11X’s keyboard is comfortable to type on and even features backlit keys for easy typing in the dark.Filed under: Uncategorized | Tagged: Alienware, Alienware M11X | 3 Comments »