hobby:..Tarpon Kapar
November 20, 2008
Terdapat 2 spesis tarpon iaitu Atlantic tarpon (Megalops atlanticus) dan Indo Pacific Tarpon (Megalops cyprinoides). Atlantic tarpon amat terkenal dalam sukan memancing kerana daya juang yang lama dan pantas berenang. Boleh membesar sehingga 2.4m dan berat sehingga 91kg. Malangnya spesis Megalops atlanticus ini hanya terdapat di benua Amerika… aiseh..
Manakala sepupu M. Atlanticus, M Cyprinoides adalah spesis yang mendiami benua sebelah sini termasuk Malaysia. Tumbesarannya hanya setakat 1.5m dan paling berat 18kg. Namun di perairan Malaysia kebanyakannya bersaiz 12cm - 20 cm dan berat tidak melebih 4kg. Orang tempatan memanggilnya Ikan Bulan ataupun temanang.
Walaupun tak sehebat sepupunya di Amerika, seronok juga melayan ikan ini. Habitat utama di pertemuan air masin dan air tawar. Kebanyakan terdapat di kuala sungai ataupun di kunci air yang berhampiran dengan pantai. Ikan ini kurang digemari kerana mempunyai tulang yang banyak.
Itulah serba-sedikit info mengenai tarpon.
Pada bulan lepas ada kesempatan untuk beriadah di hujung minggu, dengan mengguna kaedah pancingan layang (Fly Fishing), kami melayan tarpon di Kapar, Selangor. Aksi tarpon yang suka melompat untuk melepaskan diri dari mata pancing amat menghiburkan. Kebiasaan kami mengamalkan sikap tangkap dan lepas (Catch n Release) , selalunya duri pandan pada mata pancing dibuang terlebih untuk mengelakkan ikan tercedera. Selain dari menggunakan teknik ‘fly fishing’ ia boleh juga dipancing menggunakan gewang kecil atau pun menggunakan umpan udang.

Fly yang digunakan Damsel Fly

Saiz begini banyak terdapat di sana. Menarik juga kalau dibela dalam akuarium.

Youtube : Satu pembaharuan ?
November 13, 2008
aiseh.. tajuk gempak.. tp jangan terkhilaf plak. Kebiasaan tajuk mempunyai banyak pengaruh dalam sesuatu berita atau artikel. Strategi untuk menarik minat pembaca….
Anda setuju …?
Actually.. nak cerita pembaharuan dalam proses meletakkan movie dari youtube. Kita tidak perlu lagi ambil keseluruhan kod (code) dari youtube. Apa yang perlu kita semua lakukan, hanya ambil id movie tersebut. Terdapat satu ikon berbentuk tv pada editor anda sekiranya plugin ‘embeded video’ diaktifkan.
Klik pada ikon dan paste movie id tersebut dalam ruangan input yang disediakan. Seperti contoh dibawah :
embedded by Embedded Video
Pancingan Layang (Fly Fishing) : Rainbow trout, West Virginia.
Walau bagaimanapun, samada siaran dari laman pembekal itu bergantung kepada polisi yang ditetapkan oleh al-fadhil pengurusan keselamatan ICT, IIUM. Selamat mencuba… ![]()





