suka2:.. Taufan pun berhenti…?

November 20, 2008

  1. Ribut, taufan,angin kencang dalam bahasa ibunda….Cyclone,hurricane, tropical storm, typhoon  dan apa-apa lagi yang sinonim walaupun tiap satu itu digunakan untuk kejadian dan tempat yang berlainan. Fenomena angin kencang tahap membawa bencana besar kurang berlaku di Malaysia. Hanya sekali-sekala angin kencang ‘bergurau’ dengan kita. Malapetaka atau kemalangan jiwa pun tidak membimbangkan kecuali fenomena El-Nino @ La-Nina @ Ribut Greg yang melanda  Sabah dalam tahun 1997-1998. Namun ada cerita disebalik Nino-Nina-Greg yang meragut banyak nyawa di Sabah itu.. Wallahualam…
  2. Pepatah “kecik-kecik jadi kawan, dah besar jadi lawan”  sesuai untuk mengumpamakan angin walaupun selalu digunakan untuk api. Tapi di zaman ini…pepatah tersebut lebih sesuai  digunakan kepada manusia… kenapa ?? Lu fikirlah sendiri…. (pinjam tm Nabil, Raja Lawak)… oleh kerana sifatnya yang sejuk dan tenang ketika kelajuan sepoi-sepoi  dan sebaliknya…. tetapi pepatah “Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang” dah lain maksudnya….
  3. Tiap satu fenomena angin kencang itu mempunyai nama tersendiri. Nargis, Andrew, Katrina, Rita, Charley antara yang biasa kita dengar. Bermula 1953, senarai nama taufan ini dikelola National Hurricane Center dan kemudiannya diuruskan oleh satu Jawatankuasa Antarabangsa (International Committee) di WMO. Nama-nama taufan di cadangkan oleh setiap anggota dalam jawatankuasa ini. Pada asalnya banyak menggunakan nama perempuan.. hmm.. musykil…kenapa ?… mungkin sebab perempuan mudah naik angin kot… aiseh…  :wink:
  4. Disebabkan ramai wanita yang tidak puashati, maka pada 1979, nama lelaki mula masuk dalam senarai , nama bunga, haiwan dan sebagainya mula dicadangkan. Taufan Mawar dan Taufan Durian pernah melanda Vietnam dan Fillipina. Jangan terkejut kalau tiba-tiba muncul pula Taufan Rempit ke… Taufan Aeab ke.. Taufan…dot..dot..dot ke…
    Walaubagaimanapun kita boleh menamakan sendiri taufan yang melanda diri kita…. :lol:
  5. Setiap sesuatu yang bermula pasti akan berakhir, begitulah juga dengan nama taufan ini. Taufan yang brutal, membawa bencana dan kerosakan yang besar akan dibersarakan. Katrina, Andrew, Rita dan beberapa yang lain telah pun bersara, terbaru Nargis akan menamatkan perkhidmatan. Amat malanglah nama yang akan mengisi kekosongan taufan tersebut.. confirm akan masuk senarai yang akan dibersarakan…. :lol:
  6. Akhirnya boleh lah kita menghasilkan bidalan baru… “Taufan pun tau nak berhenti”  atau “Taufan pun melanda sekali-sekala”…  sesuai digunakan kepada mereka yang rajin naik  hangin atau yang sentiasa berangin.. tapi sebelum menggunakan bidalan ini, pastikan ia tidak memudaratkan anda.. dan hanya angin-angi sepoi yang bertiup  :lol:

15 Perkara tentang Kerengga..

November 18, 2008

  1. Kerengga , nama saintifik Ocoephylla smaradgina , atau dalam loghat nogori “weaver ants”.  :lol:
  2. Warna merah-coklat, ada penyengat dan menggigit. Daun sebagai makanan ruji. Habitat utama adalah pokok-pokok. Rumah dibina dari cantuman lapisan daun di atas pokok.
  3. Amat sesuai djadikan ‘bodyguard’ pokok-pokok lantaran perlakuan mereka yang akan mempertahankan pokok itu dari sebarang penceroboh. Sekali kena gigit menusuk ke deria rasa peringkat 8.
  4. Nama yang unik dan sesuai untuk menamakan kampung, pulau ataupun apartment. Terdapat pulau yang diberi nama Pulau Kerengga. terletak di tenggara Pulau Redang. Dijadikan destinasi aktiviti ’skuba diving’. Entahkan bila dapat menceburkan diri dengan aktiviti skuba ni.. agak memerlukan saiz poket yang besar.. nampak gayanya tengok dokumentari jer ler.
  5. Telur kerengga dan anak kerengga memang sedap, rangup.. tetapi bagi spesis ikan air tawar ler… Kebiasaan dijadikan umpan untuk memancing ikan disungai, paya atau pun sawah. Terlebih dahulu sarang kerengga akan di bakar dengan api yang agak suam-suam kuku. Aksi ini agak sederhana ganas..12PG  ;-)  Kadang-kadang telur atau anak kerengga akan dicelur sedikit dengan campuran kunyit. Kemudian baru dijadikan umpan. Confirm… banyak dapat ikan. Itu pun kalau kena lubuknya.
  6. Mempunyai bentuk badan yang menarik. Sebab itu ia digunakan untuk deskripsi bentuk badan gadis sahaja. Tak pernah digunakan untuk bentuk badan lelaki.. kecuali.. ttuuuutttt. Biasanya bentuk pinggang sahaja yang dicontohi, sebab itu ada perumpamaan ‘pinggang ramping bak kerengga’. Bahagian lain tak pernah dijadikan perumpamaan kerana agak ganjil bunyinya. Sebagai contoh.. ‘mulut anda agak bisa bak mulut kerengga’ , ‘bulu mata anda panjang umpama sesungut kerengga’ dan macam-macam lagi.
  7. Agak fotogenik. Selalu dijadikan model atau objek fotografi. Perilaku kerengga yang bersahaja menjadikan ia objek seni yang kreatif. Koleksi Kerengga.
  8. Boleh dijadikan untuk ubat tradisional. Antaranya ubat lelah. Caranya serkap sarang kerengga dengan kain putih, rebus dan minum airnya. Sebelum tu pastikan sarang kerengga tu dari pokok apa. Jangan sembarangan, silap-silap kena pokok ipoh ke.. pokok jelatang ke.. lagi cepat sembuhnya..  :lol:
    Air bisa kerengga juga boleh mengubati ketuat@kematu. Picitkan air dari bumper kerengga ketempat yang ada ketuat. Amalkan sehingga sembuh. Kalau tak sembuh…jangan salahkan kerengga kerana anda mengidap ketuat degil namanya.
  9. Pernah dijadikan sebagai alat untuk siksaan. Khabarnya pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, ada yang jadi mangsa, diikat dipokok yang penuh sarang kerengga. Tidak diketahui apalah nasib mereka. Boleh juga dijadikan subjek untuk mendidik anak-anak, confirm mereka takut kena hurung dengan kerengga. Tapi ini dizaman dahulu… jangan dibuat pada masa ini kalau tidak mahu anda dizaman 10 juta oleh anak sendiri… paling kurangpun akan jadi bahan perbahasan di parlimen.. TV sudah tentu ada berita sensasi… ;-)
  10. Bisa gigitan kerengga  juga boleh dijadikan subjek untuk memujuk anak teruna anda. “Alaa… macam kena gigit kerengga je…” . Anda tentu tau !!… kalau tak tau.. kena tanya ayah , abang , adik lelaki, pakcik dan yang sewaktu dengannya…
  11. Selain dijadikan perumpamaan kerengga juga popular dalam pepatah melayu. Sebagai contoh “Bak kerengga menjaga rambutan.”  Yang bermaksud …Si kerengga tidak dapat memakan rambutan yang masak ranum itu. Tetapi, apabila tuan punya pokok rambutan itu mahu memetiknya, tidak dibenarkan, maka digigitnya! Maka pendeklah rezeki tuan punya pokok. Dan yang terbaru “Hey, those ‘kerengga’ on your back!” . Jangan marah madam..  ;-)
  12. Pernah menjadi satu misteri.. apabila sebelum berlaku tsunami pada penghujung 2004. Kerengga yang terdapat di kawasan yang dilanda tsunami di Acheh, membuat sarang ditempat yang tinggi. Wallahualam..
  13. Dek kerena popularnya kerengga..err. bukan populist…  ;-) Jangan salah faham….Ia juga dijadikan objek/subjek dalam karya sastera, terutama dalam pantun dan puisi. sebagai contoh : 
    Kerengga di dalam buluh,
    Serahi berisi air mawar,
    Sampai hasrat di dalam tubuh,
    Tuan seorang jadi penawar.
    sumber (Rumination)

    Pokok limau di tengan lalang,
    Kerengga hitam duduk menumpang,
    Jangan harimau nak tunjukkan belang,
    Nanti ku tunggu dengan senapang.

    sumber (pantun.com)
  14. Kerengga juga dijadikan nama samaran. Anda tentu ingat kartunis kerengga. Agak popular sebaris dengan kartunis Ujang, Reggie Lee.  Jangan tak percaya… kartunis kerengga pun ada blog… http://kerengge.wordpress.com/
  15. Apa yang kita perlu tahu, kerana kadang-kadang kita lupa, kerengga itu makhluk ciptaanNya. Ada yang baik dan ada yang buruk. Tak pernah ada yang baik semua… semanis-manis gula, menjadi racun juga akhirnya. Sepahit-pahit mengkudu..menjadi ubat juga. Kita tak berhak menilai sesuatu berdasarkan fikiran kita semata-mata dan menghukum berdasarkan emosi. Alangkah baik kalau hamba dapat berlapang dada untuk semua perkara.