Kerengga , nama saintifik Ocoephylla smaradgina , atau dalam loghat nogori “weaver ants”.
Warna merah-coklat, ada penyengat dan menggigit. Daun sebagai makanan ruji. Habitat utama adalah pokok-pokok. Rumah dibina dari cantuman lapisan daun di atas pokok.
Amat sesuai djadikan ‘bodyguard’ pokok-pokok lantaran perlakuan mereka yang akan mempertahankan pokok itu dari sebarang penceroboh. Sekali kena gigit menusuk ke deria rasa peringkat 8.
Nama yang unik dan sesuai untuk menamakan kampung, pulau ataupun apartment. Terdapat pulau yang diberi nama Pulau Kerengga. terletak di tenggara Pulau Redang. Dijadikan destinasi aktiviti ’skuba diving’. Entahkan bila dapat menceburkan diri dengan aktiviti skuba ni.. agak memerlukan saiz poket yang besar.. nampak gayanya tengok dokumentari jer ler.
Telur kerengga dan anak kerengga memang sedap, rangup.. tetapi bagi spesis ikan air tawar ler… Kebiasaan dijadikan umpan untuk memancing ikan disungai, paya atau pun sawah. Terlebih dahulu sarang kerengga akan di bakar dengan api yang agak suam-suam kuku. Aksi ini agak sederhana ganas..12PG ;-) Kadang-kadang telur atau anak kerengga akan dicelur sedikit dengan campuran kunyit. Kemudian baru dijadikan umpan. Confirm… banyak dapat ikan. Itu pun kalau kena lubuknya.
Mempunyai bentuk badan yang menarik. Sebab itu ia digunakan untuk deskripsi bentuk badan gadis sahaja. Tak pernah digunakan untuk bentuk badan lelaki.. kecuali.. ttuuuutttt. Biasanya bentuk pinggang sahaja yang dicontohi, sebab itu ada perumpamaan ‘pinggang ramping bak kerengga’. Bahagian lain tak pernah dijadikan perumpamaan kerana agak ganjil bunyinya. Sebagai contoh.. ‘mulut anda agak bisa bak mulut kerengga’ , ‘bulu mata anda panjang umpama sesungut kerengga’ dan macam-macam lagi.
Agak fotogenik. Selalu dijadikan model atau objek fotografi. Perilaku kerengga yang bersahaja menjadikan ia objek seni yang kreatif. Koleksi Kerengga.
Boleh dijadikan untuk ubat tradisional. Antaranya ubat lelah. Caranya serkap sarang kerengga dengan kain putih, rebus dan minum airnya. Sebelum tu pastikan sarang kerengga tu dari pokok apa. Jangan sembarangan, silap-silap kena pokok ipoh ke.. pokok jelatang ke.. lagi cepat sembuhnya..
Air bisa kerengga juga boleh mengubati ketuat@kematu. Picitkan air dari bumper kerengga ketempat yang ada ketuat. Amalkan sehingga sembuh. Kalau tak sembuh…jangan salahkan kerengga kerana anda mengidap ketuat degil namanya.
Pernah dijadikan sebagai alat untuk siksaan. Khabarnya pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, ada yang jadi mangsa, diikat dipokok yang penuh sarang kerengga. Tidak diketahui apalah nasib mereka. Boleh juga dijadikan subjek untuk mendidik anak-anak, confirm mereka takut kena hurung dengan kerengga. Tapi ini dizaman dahulu… jangan dibuat pada masa ini kalau tidak mahu anda dizaman 10 juta oleh anak sendiri… paling kurangpun akan jadi bahan perbahasan di parlimen.. TV sudah tentu ada berita sensasi…
Bisa gigitan kerengga juga boleh dijadikan subjek untuk memujuk anak teruna anda. “Alaa… macam kena gigit kerengga je…” . Anda tentu tau !!… kalau tak tau.. kena tanya ayah , abang , adik lelaki, pakcik dan yang sewaktu dengannya…
Selain dijadikan perumpamaan kerengga juga popular dalam pepatah melayu. Sebagai contoh “Bak kerengga menjaga rambutan.” Yang bermaksud …Si kerengga tidak dapat memakan rambutan yang masak ranum itu. Tetapi, apabila tuan punya pokok rambutan itu mahu memetiknya, tidak dibenarkan, maka digigitnya! Maka pendeklah rezeki tuan punya pokok. Dan yang terbaru “Hey, those ‘kerengga’ on your back!” . Jangan marah madam..
Pernah menjadi satu misteri.. apabila sebelum berlaku tsunami pada penghujung 2004. Kerengga yang terdapat di kawasan yang dilanda tsunami di Acheh, membuat sarang ditempat yang tinggi. Wallahualam..
Dek kerena popularnya kerengga..err. bukan populist… Jangan salah faham….Ia juga dijadikan objek/subjek dalam karya sastera, terutama dalam pantun dan puisi. sebagai contoh :
Kerengga di dalam buluh,
Serahi berisi air mawar,
Sampai hasrat di dalam tubuh,
Tuan seorang jadi penawar. sumber (Rumination)
Pokok limau di tengan lalang,
Kerengga hitam duduk menumpang,
Jangan harimau nak tunjukkan belang,
Nanti ku tunggu dengan senapang.
sumber (pantun.com)
Kerengga juga dijadikan nama samaran. Anda tentu ingat kartunis kerengga. Agak popular sebaris dengan kartunis Ujang, Reggie Lee. Jangan tak percaya… kartunis kerengga pun ada blog… http://kerengge.wordpress.com/
Apa yang kita perlu tahu, kerana kadang-kadang kita lupa, kerengga itu makhluk ciptaanNya. Ada yang baik dan ada yang buruk. Tak pernah ada yang baik semua… semanis-manis gula, menjadi racun juga akhirnya. Sepahit-pahit mengkudu..menjadi ubat juga. Kita tak berhak menilai sesuatu berdasarkan fikiran kita semata-mata dan menghukum berdasarkan emosi. Alangkah baik kalau hamba dapat berlapang dada untuk semua perkara.
tu baru 15 perkara… aku kasi tambah satu perkara lagi
16. kerengga adalah combinasi huruf K dua huruf E dua huruf G huruf N huruf R dan huruf A. Ia disusun didahului dengan huruf K, diikuti huruf E seterusnya R diulangi dengan huruf E semula, diikuti dengan huruf N sebelum diselangi dengan dua huruf G yang berturut dan diakhiri dengan huruf A
November 18th, 2008 at 3:41 pm
amboi .. madam dgn kerengga nya .. dia pun dgn kerengga jugaaaa
November 18th, 2008 at 3:58 pm
ini cam dah biasa kene gigit krengge ni …
November 18th, 2008 at 9:55 pm
[...] More here: 15 Perkara tentang Kerengga.. [...]
November 19th, 2008 at 8:21 am
yaaaa, good idea! something different to share.
November 19th, 2008 at 2:42 pm
amboi…senada nampak….
November 19th, 2008 at 5:24 pm
tu baru 15 perkara… aku kasi tambah satu perkara lagi
16. kerengga adalah combinasi huruf K dua huruf E dua huruf G huruf N huruf R dan huruf A. Ia disusun didahului dengan huruf K, diikuti huruf E seterusnya R diulangi dengan huruf E semula, diikuti dengan huruf N sebelum diselangi dengan dua huruf G yang berturut dan diakhiri dengan huruf A
November 19th, 2008 at 5:35 pm