Slogan @ Moto

July 29, 2008

Sejak lahir dan diasuh  melalui pelbagai peringkat pembelajaran, kita akan dapati wujudnya slogan @ moto dari pelbagai institusi. Malah slogan juga digunakan untuk setiap kempen dan juga pemasaran sesuatu produk. Kalau mengikut kamus dewan, definisi slogan:

  1. kata-kata yg dijadikan pegangan (panduan dsb) sesuatu pertubuhan, kempen dsb; cogan kata.
  2. kata-kata keramat yg dijadikan pegangan (panduan, dll) sesuatu organisasi (kempen dsb), cogan kata, kata-kata semboyan: beramai-ramailah mereka tumpang sama meneriakkan ~, meneriakkan merdeka; berslogankan menggunakan (sesuatu) sbg slogan: pertubuhan itu ~‘Seni Untuk Seni’.
  3. n cogan kata, slogan: their ~ was “equal rights for women”, cogan kata mereka ialah “hak-hak yg sama utk wanita”; advertising ~s, cogan kata pengiklanan.

Definisi dalam Bahasa Inggeris :

  1. A phrase expressing the aims or nature of an enterprise, organization, or candidate; a motto.
  2. A phrase used repeatedly, as in advertising or promotion.

Yang pernah belajar di SMSTJ, Gentam, Kuala Pilah tentu biasa dengan slogan ‘Maju Sempurna’. Aiseh..sebut pasal sekolah ni..teringat kisah dulu-dulu… pasal dewan makan, asrama..rakan-rakan. Istilah-istilah ‘fly’, ‘lados’, ‘buri’ dan bermacam-macam lagi… Laungan para senior kepada junior .. ‘Woiii… jang meh sini jap’… selalu kedengaran..huhuhu.. iklan sekejap.

Berbalik pada topik slogan.  Kadang-kadang banyak masa, wang digunakan atau dari sudut 30 darjah, ‘dibazirkan’ hanya untuk menghasilkan suatu slogan sahaja dan amatlah jarang sekali kajian dibuat untuk memastikan keberkesanannya.

Antara slogan-slogan yang biasa kita lihat atau dengar antaranya ‘Bersih, Cekap, Amanah’ , ‘Berkhidmat untuk Negara’, ‘Majulah Sukan untuk Negara’, ‘Rumahku Syurgaku’, ‘Bahasa jiwa bangsa’, ‘Belia Benci Dadah’ dan bermacam-macam lagi. Kalau nak disenaraikan semuanya boleh buat satu buku , khas untuk slogan sahaja…huhuuhu.. Kadang-kadang dengan pertukaran pemimpin atau pengurusan secara tidak langsung slogan juga bertukar.

Tentunya kita sendiri mempunyi slogan@moto yang menjadi pegangan kita. Persoalannya… sejauh mana slogan-slogan ini membantu… memandu.. mendorong diri kita untuk mencapai sesuatu matlamat.  Sejauh mana ia mempengaruhi diri kita, tatkala  melihat atau membaca sesuatu slogan atau tiada apa-apa kesan langsung… Apakah slogan yang dicanangkan selari dengan perlakuan kita atau sesuatu institusi ..dsb ? Adakah yang dilaungkan dan diperjuangkan berlainan dengan apa yang berlaku… ?

Bukan bermaksud untuk mempersoalkan, apatah lagi meremehkan slogan-slogan yang biasa kita lihat. Hakikatnya… !?

Apa-apa pun …. “InsyaAllah Together We Deliver the Best” ……. ;-)

Bookmark and Share:

Other Article(s) :



Leave a Reply