Browsing the archives for the diskaun tag.


… 10% diskaun

myNEWS

Semua kenderaan ringan yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Elite, akan menikmati potongan diskaun 10 peratus dari jam 12 tengah malam hingga 7 pagi.

Tawaran diskaun tersebut berkuatkuasa selama dua dua tahun - dari 1 Januari ini hingga 31 Disember 2010.

Bagi musim perayaan Hari Raya, Tahun Baru Cina Deepavali dan Krismas, PLUS menawarkan 10 peratus lagi diskaun - menjadikannya 20 peratus - selama enam hari.

Manakala bagi penggunaan tol melebihi RM200 sebulan, pengguna boleh mendaftar  dengan program setia PLUS - untuk mendapatkan diskaun 5 peratus mulai 1 Januari depan.

related link

No Comments

Diskaun 50% …

myNEWS

PUTRAJAYA - Pasar raya besar Carrefour menyahut Kempen Penurunan Harga dengan memberi diskaun sehingga 50 peratus bagi 1,000 barangan terpilih untuk enam bulan berkuat kuasa semalam.

Penurunan harga barangan itu akan melibatkan pelbagai produk seperti sayur-sayuran, ikan, daging, barangan makan kering dan produk perumahan terpilih di semua 15 cawangan pasar raya itu di seluruh negara.

Pengarah Urusan Carrefour Malaysia/Singapura, Shafie Shamsuddin berkata, pihaknya telah menyediakan pelaburan hampir RM10 juta termasuk promosi dan pengiklanan untuk kempen tersebut.

“Ini kali kedua kami menurunkan harga selepas yang pertama pada Mac lalu.

“Selaras dengan kempen ‘lebih jimat lebih hebat’ kami, polisi syarikat untuk menawarkan harga terendah dan memberi kepuasan berbelanja,” katanya kepada pemberita di pusat membeli-belah Alamanda, semalam.

Majlis pelancaran kempen tersebut dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan turut dihadiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Shafie berkata, kempen itu juga selaras dengan penurunan harga minyak.

sumber : KOSMO

-AA-

No Comments


FireStats icon Powered by FireStats