Browsing the blog archives for July, 2009.


PUNK … berasal daripada YAHUDI

Uncategorized

July 27th, 2009

oleh Arman

ramones

Pengasas muzik PUNK adalah Yahudi, itulah hakikatnya. Muzik yang digilai ramai sejak 1990-an di Malaysia ini sebenarnya sudah lama bertapak di bumi Amerika cumanya pengaruh PUNK lambat sampai kerana himpitan dengan genre-genre muzik lain seperti heavy metal, rock dan ballard.

Zaman kegemilangan PUNK

Muzik PUNK adalah sejenis muzik bersahaja yang unik tetapi ada simfoninya ditambah dengan bunyi-bunyian yang agak bercelaru. Muzik ini menggunakan alat-alat muzik yang sama dengan genre muzik lain tetapi perbezaannya hanyalah pada pakaian si pemuzik.

PUNK mula diperkenalkan sejak 1976 di Amerika, Britain dan Australia. Ketika itu kebanyakan pemuzik jenis punk melakukan sendiri pembikinan album mereka bermula dari penciptaan lagu, rakaman, hinggalah kepada percetakan album.

Antara kumpulan yang dikatakan pengasas PUNK ialah Ramones. Kumpulan yang berasal dari Amerika ini diasaskan oleh pemain drumnya iaitu Tommy Ramones. Kejayaan kumpulan Ramones pada eranya lebih menonjol walaupun ketika itu diasak oleh kepopularan band-band lain seperti Sex Pistol dan The Clash.

(Gambar) Tommy Ramones (kanak sekali) dan ahli-ahli kumpulannya.

Keyahudian PUNK

PUNK dikatakan berasal dari Yahudi kerana pengasas band The Ramones iaitu Tommy Ramones adalah keturunan Yahudi yang berhijrah dari Budapest, Hungary. Tommy bukan sahaja seorang Yahudi tetapi kini aktif dalam aktiviti-aktiviti komuniti Yahudi seperti YIVO Institute for Jewish Research di Manhattan.

Selain Tommy Ramones, antara pelopor PUNK era 1970-an yang lain ialah Lenny Kaye yang dahulunya gitaris kepada kumpulan Patti Smith Group.

Kini lagenda-lagenda PUNK era 1970-an bukan lagi bermuzik seperti lagenda-lagenda pemuzik di Malaysia, mereka bersatu di bawah YIVO Institute dan berbincang tentang hal ehwal politik dan halatuju muzik PUNK mereka.

Menurut akhbar Israel, Haaretz pada 21 Julai 2009, satu forum yang dianjurkan oleh YIVO telah membincangkan akan isu-isu berkaitan PUNK. Antara perbincangan yang hangat ialah berapa banyak pengaruh budaya Yahudi di dalam muzik PUNK.

Forum itu dipengerusikan sendiri oleh Lenny Kaye manakala ahli-ahli panelnya ialah bekas-bekas pemuzik PUNK era 1970-an seperti Tommy Ramones, Chris Stein dan Manitoba.

Selain persoalan masa depan Punk, forum itu juga membincangkan berkenaan artikel Steeven Lee Beeber yang bertajuk “The Heebie-Jeebies at CBGB’s: A Secret History of Jewish Punk”.

sumber : klik di sini

No Comments

Iran vs. Israel

myNEWS

TEHRAN, Iran (CNN) — The head of Iran’s Revolutionary Guard said Saturday that Iran will strike Israel’s nuclear facilities if the Jewish state attacks Iran, a semi-official news agency reported.

“If the Zionist regime attacks Iran, we will surely strike its nuclear facilities with our missile capabilities,” said Gen. Mohammed Ali Jaafari, according to the Iranian Labor News Agency, referring to Israel.

“Our missile capability puts all of the Zionist regime within Iran’s reach to attack,” Jaafari said, according to ILNA.

The military chief said calls against Iran’s nuclear program, which Tehran maintains is for peaceful purposes, are part of the “psychological war that the West has launched against Iran.”

source : C N N.

No Comments

Bayi istimewa di Riau

Uncategorized

Di ruang perawatan anak RSUD Puri Husada Tembilahan, Jumat 24 Juli, masyarakat tampak berbondong-bondong dan berebut ingin menyaksikan dari dekat bayi tersebut.

Anak pasangan Badrun (33) dan Nurhayati (23) warga RT 3 Desa Belantaraya, Kecamatan Gaung lahir RSUD Puri Husada Tembilahan melalui operasi cesar pada Kamis malam.

Baca lagi seterusnya ….

No Comments

Hakikat solat orang kita … doa Qunut

myISLAMIC_info

Video ini adalah rakaman program hari raya di rancangan TV Suria (Singapura) tahun 2008. Jika yang tinggal di Johor Selatan yang selalu tengok TV Suria mesti kenal pelawak-pelawak Singapore ni.

embedded by Embedded Video

YouTube Direkt

Mungkin ada yang kata video ini mempermainkan solat tetapi tujuan saya berkongsi untuk mengingatkan inilah hakikat kehidupan umat Islam di Malaysia kita sekarang. Cuba kita lihat sekeliling kita, jiran kita, kariah kita - berapa ramai yang solat dan berapa ramai yang tidak solat walaupun seorang muslim. Berapa ramai yang boleh menjadi Imam? Berapa ramai orang dewasa yang tidak hafal-hafal Doa Qunut? Sedangkan kalau kalau lagu, panjangnya 5 minit pun boleh hafal.

Malah ada kaum lelaki Melayu Islam yang selamba sahaja basuh kereta atau berkeliaran ke hulu ke hilir tidak pergi ke Masjid solat Jumaat dengan sedikit pun tidak berasa malu dan bersalah. Siapa makan tengahari di restoran lagi. Sedangkan semasa zaman Nabi Muhammad SAW dahulu jika tidak pergi ke Masjid untuk solat jemaah waktu biasa pun para sahabat mengusung keranda di hadapan rumahnya.

Jagalah keluarga kita terutama anak-anak kita. Islam membenarkan kita memukul anak yang lebih 11 tahun jika dia tidak solat. Tetapi kalau kita sendiri pun solat rongak-rongak macamana nak hukum anak pula kan?

So sendiri mau ingat!

ps : petikan ini daripada sebuah blog lain.

No Comments

ASTRO naik harga … terima kasih

myNEWS

Caj Astro naik RM12 kerana EPL

KUALA LUMPUR - Bermula 1 Ogos ini, peminat saluran sukan di stesen televisyen satelit berbayar, Astro akan terpaksa membayar lebih.

Kenaikan bayaran sebanyak RM12 itu ekoran peningkatan kos bagi hak penyiaran Liga Perdana England (EPL) baru-baru ini, kata Ketua Saluran Sukan Astro, Lee Choong Khay.

Bagaimanapun, menurutnya, peningkatan tersebut masih rendah berbanding stesen televisyen berbayar di negara lain seperti di United Kingdom yang meningkat sehingga 532 peratus, Hong Kong (501 peratus), Thailand (297 peratus), Singapura (282 peratus) dan Australia (172 peratus). Kenaikan di Malaysia cuma 100 peratus.

Di Asia Barat pula berlaku peningkatan sebanyak 250 peratus menyebabkan penyiar di negara itu terpaksa membayar sebanyak RM1.170 bilion dan Hong Kong pula meningkat daripada RM354 juta kepada RM709 juta dalam tempoh tiga tahun.

Choong Khay berkata, kenaikan tersebut antara lain berpunca daripada peningkatan kos operasi kelab-kelab bola sepak yang bermain dalam liga tersebut.

“Kelab-kelab dalam EPL terpaksa membayar gaji pemain dan menguruskan kelab mereka, malah kenaikan dalam bidaan hak penyiaran meningkat sebanyak 67 peratus menyebabkan syarikat yang memegang hak penyiaran di England, Stanta, terpaksa menghentikan operasi kerana kenaikan kos ini pada Jun 2009,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Source: KOSMO ONLINE

ps : bagus lahh … tahniah untuk semua pengguna ASTRO.

No Comments
« Older Posts


FireStats icon Powered by FireStats