What You See is What You Get

Posted on May 25th, 2010 in Information by cta

Radio IKIM pagi ini memberikan santapan rohani yang cukup istimewa dari Ustaz Zamri dengan tajuk “What You See is What You Get”. Apa yang anda fikirkan adalah apa yang anda akan dapat. Jika kita berfikiran positive akan sesuatu perkara, maka positivelah output yang kita dapat. Jika sebaliknya, maka tak dapet apo-apo lah kito.

Kalau datang kerja hari ini dan dah fikir apa yang baik yang hendak dilakukan untuk kerja, apa output yang hendak dicapai, apa contributions yang ingin dilakukan, maka baguslah tu. Jika datang pagi, balik petang, dapat gaji bayar hutang punya cara kerja, Ustaz kata, itulah saje yang boleh dibanggakan untuk kerja kita.

Maka marilah kita sama-sama berfikiran positive, dan ingatlah, satu jari yang kita kerap halakan ke arah orang lain, ada empat lagi jari yang menuding ke arah diri kita sendiri. Sama-samalah kita berazam memperbaiki diri sendiri dan cuba ‘taburkan’ bau minyak wangi ke orang di sekeliling kita.




Post a comment