Beruntung yang muda dan masih bertenaga

Posted on January 30th, 2010 in Hajj 1430 by cta

Merancang dalam semua perkara amat penting. Kekadang kita hanya fikir ianya perlu untuk kerja sahaja. Walhal, dalam serba-serbi yang lain pun perlu ada perancangan yang sesuai. Bila sebut merancang, tidak semestinya perlu yang canggih-canggih, bermesyuarat dan sebagainya. Merancang dalam pengertian saya termasuklah beberapa perkara termasuk berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu, membuat persediaan yang bersesuaian dan berkomunikasi.

Mulanya tidak terfikir untuk perlu jadi proactive, merancang dan bersedia dengan apa yang perlu semata-mata untuk menunaikan rukun haji yang kelima. Bila sudah melaluinya, banyak yang saya faham dan belajar. Pada saya, merancang bila kita betul-betul serius untuk berusaha menjadi tetamuNya adalah penting. Kita tidak sepatutnya berserah kepada takdir dan menunggu “seruNya” seperti yang selalu kita dengar kebanyakan orang berkata, “belum sampai seru lagi”. Pada saya, awareness supaya masyarakat kita lebih prihatin atau teruja untuk rukun Islam yang kelima ini amat perlu. Pemerhatian rambang saya semasa di Mekah meyaksikan sudah semakin ramai yang muda mengerjakan haji, terutama dari Indonesia. Dari Malaysia, saya mengagak jemaah yang muda adalah yang punya pekerjaan yang baik atau “rezeki yang murah” yang membolehkan setengah mereka mengambil ‘package’ (bayaran lebih mahal) berbanding dengan muasasah kelolaan Tabung Haji.

Mungkin kerana cerita kami berkisar kepada anak-anak yang ditinggalkan yang masih bersekolah atau kecil lagi, ada jemaah yang berbual dengan saya dan suami mengatakan yang kami beruntung kerana muda-muda dah ke tanah suci. Mungkin tanda aras umur muda mereka berbeza dengan yang ada dalam fikiran saya. Apabila terasa penat untuk berjalan, dan terpandang jemaah yang terlalu berumur dan kelihatan uzur, tetapi nampak bersemangat berjalan ke masjid atau berusaha menghabiskan putaran tawaf atau ulang-alik saie, saya merasa tercabar dan kekuatan datang semula. Penting sebenarnya untuk merancang ke tanah suci dalam usia muda dan bertenaga. Janganlah menunggu hingga dah tak larat sana sini. Mengerjakan haji perlukan kekuatan mental dan fizikal. Untuk berulang-alik ke masjid apatah lagi jika ikut muasasah dan dapat lokasi tempat tinggal agak jauh dari masjid. Jika saya lulus untuk berjalan ke masjid, kekadang saya tewas macam ditiup angin bila ada tubuh badan yang besar melanggar saya untuk mendapatkan ruang solat di masjid. Saya mula-mula pelik melihat gelagat jemaah yang terlampau teruja untuk dapatkan ruang untuk solat hingga sanggup tolak-menolak dan tidak umpamakan jemaah yang lain.

Kita juga perlu kekuatan mental dan fizikal untuk Arafah, Mudzalifah, Mina, tawaf haji dan umrah, saie, berjalan untuk melontar, turun naik lif dan kemungkinan tangga di tempat penginapan di Mekah dan Madinah. jangan terkejut kerana untuk ke bilik air di masjid pun perlukan kekuatan mental dan fizikal. Saya berkongsi maklumat ini bukan untuk menakutkan sesiapa, malah saya tidak anggap semua di atas sebagai pengalaman negatif. Malah ia mengajar saya untuk tidak “taking things for granted”. Juga ianya menjadi satu motivasi untuk keinginan melakukan yang lebih baik dan membuat persediaan yang lebih konsisten jika berpeluang ke sana lagi.

Update seterusnya —> Merancang untuksolat

Yang makan cili tentulah rasa pedasnya

Posted on January 28th, 2010 in Hajj 1430 by cta

Mata KK masih mengeluarkan ’sisa’ apabila bangun tidur pagi ini. Walaupun sudah apply cuti for the whole week from yesterday, hati meronta untuk ke ofis. Namun, apabila memikir consequence jika KK dihantar ke sekolah, maka saya batalkan niat saya. Alhamdulillah, ini memberi saya peluang untuk diri sendiri. Esok pula ditambah dengan program “Aku Janji” Munir di sekolah Sungai Chinchin. Apapun, kemudahan internet yang laju di rumah kurang membebankan untuk buat apa-apa yang patut tentang kerja.

Minggu lepas terbaca dari salah satu akhbar pilihan kami sekeluarga, satu mukasurat komen pembaca tentang pengalaman haji baru-baru ini yang lebih kepada komen perkhidmatan yang diterima. Teringat ustaz pesan, apa-apa settlekan di sini (i.e Mekah/Madinah), jangan dipanjangkan ke tanahair. Pada pendapat saya, tiap individu tentu punya pengalaman pahit manis masing-masing. Saya akan ambil waktu dan pilih pendengar yang sesuai untuk luahkan pengalaman kurang seronok yang saya alami even sebelum ke sana lagi. Namun, hingga saat ini kerinduan dan saat-saat manis dan challenges di sana masih susah untuk dilupakan, tidak kira samada cacat cela pada servis di terima dan sebagainya. Susah nak describe pada yang belum merasainya. Bak kata pepatah, kalau pernah terkena pedasnya cili, tentu boleh sama-sama share perasaannya.

Baru ini ketika melalui masjid IIUM sekembali dari tugasan, terserempak dengan rakan seIIUM yang juga baru menunaikan haji, baru selesai berjemaah di masjid IIUM. “Tak ramailah, tak sama macam kat sana”, lebih kurang begitu yang diluahkan. “Nak rasa macam di sana, kena pergi lagi ni”, gurau saya. Terdengar berita pendaftaran untuk ke haji baru-baru ni sudah mencecah jangkaan tahun ke sana pada tahun 2030. Lama tu….!

Banyak pengalaman di sana yang di luar jangkaan saya. Mungkin kerana sebelum ke sana saya cuma mendengar keluh kesah kerinduan haji hajjah yang teringin ke sana lagi, pengalaman manis mereka pertama kali melihat Ka’abah secara live, makan aiskrim dan window-shopping selepas pulang dari masjid, makan dan shopping di Hilton. Saya juga diingatkan supaya sentiasa bersabar, jaga tutur kata, juga cabaran di kaunter imigresen di sana.

Yang dah pergi, tentu masih ingat cabaran untuk dapat ke sini:

Cuba teka apakah ini?

Cuba teka apakah ini?

Saya begitu cemburu membaca tulisan Dr Nur Izah ini

Asakan kuat yang saya terima untuk buat tawaf haji setelah nafar awal (pulang awal cara sendiri ke Mekah setelah selesai melontar pada hari kedua) memaksa saya memiih untuk melakukan tawaf haji di tingkat kedua, itu pun sesak juga.

Pagi nafar awal, malamnya Tawaf Haji - Packed

Pagi nafar awal, malamnya Tawaf Haji - Packed

Apapun cabarannya, samalah seperti makan cili ye, tahu pedasnya, tapi tak serik untuk mengulanginya lagi. Mungkin di masa akan datang akan diberikan petunjuk supaya dapat plan, strategize better dan persediaan yang lebih baik for better outcome. Mungkin ada yang hairan mengapa perlu plan dan berstrategi pulak untuk ibadat kelima ini. Sebenarnya pada pendapat saya, apa pun yang kita buat, bukan sahaja untuk kerja, harus ada strategi, untuk output yang kita idamkan.  Bayangkan jika kita dapat suasana yang di dalam photo di bawah (tanpa hujan, sudah tentu). Fikirkanlah…
Lengang sekeliling Kaabah sebab hujan (sebelum bertolak ke Arafah)

Lengang sekeliling Kaabah sebab hujan (sebelum bertolak ke Arafah)

Jumpa lagi!

Secalit catatan ringkas

Posted on January 19th, 2010 in Hajj 1430 by cta

Lepas maghrib tadi di masjid di rumah kecoh sedkit di tempat solat wanita tentang kehilangan beg tangan seorang jemaah. Saya cuba bayangkan rupa si pencopet tersebut dari description seorang jemaah yang  kebetulan terserempak dengannya sewaktu melakonkan aksi sebagai jemaah solat masjid sebelum melarikan beg mangsa. Tiba-tiba saya terkenang masjid di Mekah dan Madinah. Disana hati tidak risau sangat tentang pencopet walaupun ada juga jemaah haji yang kehilangan wang atau telefon bimbit. Saya pernah meletakkan telefon bimbit di rak kasut di masjid Nabawi bersama kasut saya di dalam karung kasut. Walaupun sudah lebih kurang  sebulan kembali ke tanahair, kenangan di sana masih menebal. Seronok bersama suami, mengimbas kembali kenangan di sana, selang satu dua hari lalu selesai membaca ulasan seorang jemaah tentang pengalaman di sana di sebuah akhbar tempatan.

Jemari terasa gian untuk menulis, cuma masa kurang mengizinkan di awal tahun begini. Lipatan baju tergendala sebentar dek terpanggil untuk menulis.

Pertama yang saya miss ialah suasana masjid di Mekah dan Madinah yang sentiasa penuh sesak, walaupun kekadang terasa juga selfish, “bilalah jemaah yang  ramai ni nak pulang  ke negara masing-masing,supaya mudah nak  tembus ke lokasi masjid yang lebih strategik”.

Bersambung …

Salam buat semua

Posted on January 2nd, 2010 in Hajj 1430 by cta

Apa khabar semua? Agak lama saya tidak menulis di blog ini kerana sibuk hal kerja dan hal peribadi di saat-saat akhir sebelum saya berlepas menunaikan fardhu haji di awal November lalu. Alhamdulillah saya dan suami telah selamat menunaikan rukun Islam yang kelima. Dari sebelum berlepas hinggalah sekarang, yang sentiasa saya pohon dari Ilahi semoga kami dikurniakan haji yang mabrur. Sebelum ini saya tidak faham kenapa mereka yang telah ke sana selalu terkenang dan teringin untuk kembali semula menjadi tetamu Allah. Sekarang, saya faham apa yang mereka rasai. Rasa rindu masih segar dalam ingatan. Semacam ada perasaan tamak untuk ke sana lagi, walhal tahu ramai lagi yang masih belum berpeluang untuk menjadi tetamuNya.

Kami hanya berpeluang mendapat 40 hari, seakan cemburu mendengar mereka yang dapat sehingga 55 hari. Beruntung dapat berada di Mekah dan Madinah dalam suasana yang jemaah semakin berkurangan. Kemungkinan untuk  tidak berebut untuk hajar aswad, raudhah, dekat dengan kaabah, even dapat tempat yang strategik di MasjidilHaram dan Masjid nabi, dan sebagainya dirasakan lebih besar lagi. Tapi saya dapat menerima kenyataan bahawa Allah amat mengetahui segalanya. Kita fikir kita lebih bijak untuk merancang yang terbaik untuk diri kita, walhal Allah tahu apa yang lebih baik untuk diri kita. Memang ada baiknya setiap yang Allah telah rancang untuk saya dan suami.

Mendapat jemputan menjadi tetamu Allah baru-baru ini bagai datang dalam mimpi. Kami memang sudah menyertai kursus haji di samping menghantar surat rayuan untuk 2009.   Terasa putus harap pun ada,walaupun masih tidak berhenti berdoa setiap kali lepas solat. Apa tidaknya, ramai yang kami tahu akan ke sana telah mendapat confirmation tarikh pernerbangan. Jemputan pertama diterima sewaktu saya menghadiri mesyuarat dalaman di tempat kerja. Terkejut kerana rayuan kami berdua di dalam ’stand-by’ list dipertimbangkan. Berita diterima petang Isnin dan kami dijangka keluar rumah hari Khamis. Anak-anak masih bersekolah dan urusan kerja dan mengajar part-time masih belum ‘well-managed’. Dalam perasaan terkejut, berdebar dan macam-macam lagi, sempat juga saya sembang dengan rakan sepejabat yang duduk bersebelahan dengan saya di mesyuarat itu. “Saya ibaratkan menunaikan Haji ini macam panggilan menghadap Ilahi. Jika Allah dah kata saya mati sekarang, tak kiralah pasal anak, atau kerja, kan”. Tetapi setelah ditimbangkan banyak perkara, akhirnya kami merayu untuk diberi peluang menyelesaikan urusan kerja dan sebagainya. Alhamdulillah, kami dapat tangguh lebih kurang seminggu dan 9 November 2009 dan hari-hari seterusnya adalah kenangan manis yang tidak akan saya lupakan.

Jika diizinkan Allah, jika ada kelapangan, saya mungkin akan menulis pengalaman yang boleh dikongsi bersama. Sedikit gambaran visual pengalaman kami ada direkodkan di Facebook saya. Setakat ini, saya hanya dapat kongsikan pemerhatian saya iaitu kecergasan fizikal dan umur muda, positive attitude, kesedaran Islam dan amalan baik yang konsisten even beberapa tahun sebelum kita menunaikan Haji boleh merupakan  plus points untuk menyumbang kepada haji yang lebih ‘licin’.  Ustaz selalu mengingatkan supaya kita jadi yang lebih baik dari yang sebelumnya. Itu adalah antara tanda-tanda haji yang mabrur. Wallahualam.