Stiff Competition in June

It has been quite a while since my last writing in this blog due to busy schedules…which is unacceptable actually. There are other colleagues who are busier than me but still have time to jot down at least a few lines.

 

I should announce the winner of Most Proactive Staff for June 2009 much earlier. For June’s challenge, I asked for two things; one was to submit another 5 frequently asked questions and second was to give one weakness at the office. The weakness should be about work, system or procedure that needs to be improved. So far, I was glad with the outcomes of the challenge and I obtained an interesting response from my colleagues.

 

To pick the winner for June was quite tricky as there were two staffs that were very proactive, although they were not aware that they were competing with each other. The winner was Sr. Tengku Syarifah Adibah and the first runner-up was Sr. Norfaridani, the winner of previous month. Diba was chosen because she submitted 5 weaknesses at the office based on her observation, 3 of them can be considered brilliant. She also has proactively requested and does some follow-up on new notice boards to be pasted at popular area in HS Building, in this case is HS River Side. The idea came from Kak Zai actually who suggested it sometime in April or May in the meeting with the Dean. The objective of the notice boards is to paste important announcements and information at strategic place where many students have access to the information easily. HS River Side is the most suitable because it is the waiting area before students go to classes. Many programmes organized by students’ societies are also being conducted there throughout the semesters.

 

The announcement was made at Salmah Tomyam Restaurant at Greenwood. The lunch there was treated by Kak Mas and Kak Zai. Terima kasih daun keladi Kak Mas and Kak Zai. Lain kali belanja lagi! We had a great time feasting our stomach with scrumptious food. It was a girls outing actually as coincidently Br. Azmi was on leave on that day and ‘Big Boss’ of Student Affairs, Dr. Hafiz had politely declined to join us because of Friday prayer. Next time, we will try to plan for more suitable day, definitely not Friday if we want to eat outside IIUM and to ensure that everyone participates.

 

Thought For The Day

Pessimist or Optimist
By William Arthur Ward

 

The pessimist finds fault;
the optimist discovers a remedy.

 

The pessimist seeks sympathy;
the optimist spreads cheer.

 

The pessimist criticizes circumstances;
the optimist changes conditions.

 

The pessimist complains about the apple seeds;
the optimist plants them.

 

The pessimist imagines impending peril;
the optimist sees signs of prosperity.

 

The pessimist disparages;
the optimist encourages.

 

The pessimist creates loneliness;
the optimist finds friends.

 

The pessimist nibbles at the negative;
the optimist is nourished by the positive.

 

The pessimist builds barriers;

the optimist removes roadblocks.

 

The pessimist invents trouble;
the optimist enriches the environment.

 

Which are you?

 

Yang Menusuk Kalbu

Di waktu masyarakat masih terkejut di atas kematian penyanyi Michael Jackson, mungkin ramai yang tidak sedar pemergian ulama Lubnan yang tersohor, Dr. Fathi Yakan pada 13 Jun 2009 yang lepas. Biodata beliau di sini.

 

Antara buku beliau yang meninggalkan kesan yang sangat dalam ialah terjemahan dari ‘Madza Ya’ni Intimai lil Islam’ yang bermaksud ‘Apa Erti Saya Menganut Islam’. Pertama kali membaca buku tersebut selepas peperiksaan SPM, baru berumur 17 tahun. Ketika membacanya seperti sesuatu menusuk kalbu dan peluh dingin keluar apabila terasa baru memeluk Islam. Waktu itu terasa Islam bukan lagi agama warisan ibu bapa, tetapi agama pilihan. Rasa bersyukur ke hadrat Allah kerana diberi kesedaran sebelum terlambat. Mungkin juga berkat doa emak yang tidak putus.

 

Rupanya Islam bukan sekadar pengakuan mulut tetapi Islam mengkehendaki agar kita Islam dalam aqidah, ibadah, akhlaq dan mengislamkan diri sendiri, keluarga dan rumahtangga serta masyarakat. Pengakuan sebagai muslim mewajibkan kita agar seluruh hidup diarahkan untuk Islam. Tegasnya, seluruh tenaga, fikiran, harta dan jiwa disumbangkan demi kemajuan dan kemenangan Islam. Buku tersebut menerangkan dengan jelas asas-asas akidah yang betul berdasarkan ayat-ayat al-Quran. Kemudian diterangkan apa yang dimaksudkan ibadah dalam Islam, bukan sekadar solat, zakat, puasa, haji tetapi keseluruhan aktiviti kehidupan adalah ibadah sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

 

“Katakanlah sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk Allah Tuhan semesta alam.” (al-An’am:162)

 

Titik tolak dari itu juga, perubahan melanda diri dimulakan dengan solat dan penutupan aurat. Bukan tak pakai tudung ketika itu tetapi masih culas menjaga kesempurnaannya contoh ketika bersama sepupu lelaki, ketika keluar rumah menyidai baju atau buang sampah. Walau pun ditegur emak tetapi degil. Maklumlah sebelum ini sekolah pun sekular, pelajaran agama hanya satu matapelajaran. Sekolah agama di sebelah petang sekadar memenuhi masa tetapi tidak pernah terfikir tujuan belajar. Pengaruh rakan-rakan lagi.

 

Angin perubahan ini juga membawa kepada pemilihan UIAM dari pilihan pertama hingga keenam semasa mengisi borang UPU. Tujuan utama hanya satu, mahu belajar tentang Islam. Ketika itu UIAM juga sedang galak berkempen mengambil pelajar bukan dari sekolah agama. Alhamdulillah diterima untuk pilihan kedua selepas ditemuduga oleh pensyarah UIAM.

 

Bermulanya episod pembelajaran di UIAM. Falsafah pendidikan, visi dan misi UIAM memang sangat sesuai dengan jiwa yang dahagakan ilmu pengetahuan dunia dan akhirat. Suasana kampus yang Islamik juga sangat menyenangkan.

 

Apabila tamat belajar memang tidak pernah terlintas untuk bekerja di UIAM. Tetapi ditakdirkan mencari rezeki di sini. Tiada sekelumit sesalan kerana falsafah UIAM selari dengan nilai dan pegangan hidup. Masih teringat antara soalan yang ditanya di dalam borang permohonan ialah ‘Please mention the titles of books or articles on Islam which have made significant impact on your understanding or practice of Islam in your life’. Sudah tentu antaranya ialah buku ‘Apa Erti Saya Menganut Islam’.

 

Semoga Allah mencucuri limpahan rahmatNya di atas roh almarhum Dr. Fathi Yakan. Semoga beliau sedang berbahagia di sisiNya Kekasih Agung. Sudah pasti ilmu yang diajar dan ditinggalkan kepada masyarakat akan tetap mengalir pahalanya kepada beliau sampai kiamat. Al-Fatihah.

 

 

Bulan Rejab

Dengan izin Puan Jamilah Hussin (graduan UIAM 1998)

 

Pengertian Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

 

Peristiwa penting dalam bulan REJAB

 

1. Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)

Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

 

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan isterinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

 

2. Isra’ dan Mi’raj

Isra’dan Mi’raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

 

3. Perang Tabuk

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.

 

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis

Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

 

5. Lahirnya Imam Syafie RH.

Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

 

Amalan-amalan di bulan REJAB:

Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih.Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj itu.

 

Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid’ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah. Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur’an dan lain-lain lagi.

 

Bersabda Rasulullah saw maksudnya “Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku.” Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. Sila rujuk di sini.

 

Wallahu’alam.

 

Frequently Asked Questions

Quality Improvement Initiative untuk bulan Mei yang lepas ialah mengumpul 5 frequently asked questions (FAQs) by customers oleh rakan-rakan sekerja. Objektif utama mengumpul FAQs ialah supaya fakta yang betul dan jawapan standard dapat diberi kepada para pelanggan. Hasil usaha dan sumbangan Kak Zai, (Sr. Zanuriah Hj Jamil@Osman), Diba (Sr. Tengku Sy.Adibah Tengku Syed Ab.Muid), Ida (Sr.Norfaridani Mohd Roni), Azmi (Br. Azmi Othman) dan Tiin (Sr. Siti Nur Fathihin Idiris), dapatlah kami mengumpul lebih kurang 22 FAQs. Antara soalan-soalan popular yang ditanya pelajar ialah:

 

When can I declare my major?

What is the procedure to declare a major?

How do I decide on my specialization?

What if I do not fulfill any of the requirements to declare my major?

How to declare minor in other Kulliyyah?

Why doesn’t the subject that I have taken appear in my study plan?

Why can’t I register online?

Where can I get the adjustment form?

 

Excuse from class

I want to apply for absence from classes for 2 weeks because I want to get married. Where can I get the form and what is the procedure?

 

Examination

I am 7 months pregnant. My due date for delivering my baby is on 21st June (during examination period). Can I apply for special examination this semester? What is the procedure?

 

What is the procedure to take resit Examination?

How do I apply to resit a paper?

 

Graduating Matters

Why is my name not in the graduating list? This is my last semester.

I am a graduating student; however my name is not in the graduating list pasted at the Kulliyyah’s notice board? Why?

 

When can I do clearance?

I am a graduating student, when should I do clearance?

 

Can the Kulliyyyah provide any letter to confirm that I am a student of IIUM and graduating this semester? How long would it take?

 

Transcripts

How can I get full academic transcript?

When can I get my full transcript?

 

How do I apply for partial transcript?

 

Readmission

What is the procedure to apply for readmission?

 

Change of Programmes

How do I change programmes from Kulliyyah of IRKHS to other Kulliyyahs and from other Kulliyyahs to Kulliyyah of IRKHS?

 

Jawapan-jawapannya telah pun dikarang dan tatabahasa disemak oleh Dr. Maskanah Mohammad Lotfie, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Akademik), Sains Kemanusiaan. Thank you Kak Mas!

 

FAQs ini diletakkan di laman sesawang kuliah untuk rujukan dan ditampal di papan notis pejabat kami. Selain daripada itu FAQs ini akan dimuatkan di dalam Study Plan Booklet for HS Division edisi ke-6. Harap dapat membantu para pelajar serba sedikit. Kami akan meneruskan inisiatif mengumpul FAQs untuk bulan Jun ini.

 

Dalam pada itu, alangkah bagusnya jika kita FAQs diri sendiri bilakah waktunya ajal kita akan sampai? Esokkah? Lusakah? Cukup ke amalan kita? Diterima Allah ke tidak? Bolehkah jawab soalan dalam kubur kelak? Solat bagaimana? Cukup khusyuk ke? Bagaimana yang dikatakan solat dapat mencegah kemungkaran dan membanyakkan kebaikan? Cukup ke waktu bekerja? Berkualiti ke kerja kita? Redha ke Allah dengan kita? Redha ke ibu bapa dengan kita? Redha ke pasangan hidup dengan kita? Bagaimana nak dapat cinta Allah? Bagaimana nak khusyuk dalam solat? Apa tanda kita disayangi Allah? Apa tanda hidup kita diberkati Allah? Apa tanda hati mati? Apa tanda taubat diterima? Syurgakah atau neraka? Apa jalan ke syurga? Dan 1001 soalan-soalan lain sebagai muhasabah diri dan pemangkin untuk menjadi hamba Allah yang berjaya di dunia dan akhirat. Wallahu’alam.

 

 

And the award goes to…

The Most Proactive Staff May 2009

“Untuk agenda terakhir  saya nak mengumumkan the Most Proactive Staff for May 2009 ialah…jeng..jeng…jeng..” Sengaja saya melengahkan pengumuman siapa pemenangnya. Masing-masing mula mengetuk meja seolah bunyi drum roll untuk menambahkan suasana suspense

  

 “..ialah..Ida (Sr. Norfaridani Mohd Roni - gambar). Tahniah! ” Serentak dengan itu tepukan gemuruh dari rakan-rakan sekerja meraikan kejayaan Ida. Sambung saya “Ida dipilih sebab 1) Ida kumpul 8 FAQs walau yang diminta hanya 5. 2) Inisiatif Ida membuat handbill cara nak download forms dari Kulliyyah website untuk beri pada student yang bertanya. 3) Ida bertanya dan cuba ambil tahu perkara yang bukan bidang dia iaitu policy on students study period. 4) Ida tolong proses adjustment form masa adjustment period walau itu bukan job task dia”.

 

Suasana bertambah gamat apabila saya mengeluarkan kerongsang dari pencil case saya. “Waah! Ada hadiah sekali. Ini yang nak compete untuk bulan Jun.” “Iyalah..ini yang semangat nak bagi banyak idea” seorang staf lagi menambah.

 

More or less those were the dialogues and scene at the Office of the Deputy Deans (Human Sciences) in one fine Wednesday afternoon recently.

 

Appreciation of staff is one of the things required in Staff Monthly Action Plan (MAP). The award is an appreciation for my colleagues who have shown some effort to be proactive. When MAP was introduced in May, I hope that my colleagues are motivated, proactive and know their goals. I am actually trying to lead them to be independent so they can achieve their own private victories as explained briefly in my last entry about the 7 habits of effective managerial leader.

 

The Annual Work Appraisal, which is done twice a year or even at the end of a year, is insufficient to evaluate staff performance. A proper and details work delegation; coaching and monitoring are needed to lead staff to achieve greater success. Based on my observation and feedbacks from colleagues, the benefits of MAP are:

 

1. IIUM vision and mission as well Kulliyyah’s can be cascaded to staff through department’s goals each month.

 

2. Staff can see the relationship of the end-product of their works with IIUM mission statement of Integration, Islamization, Internationalization and Comprehensive Excellence.

 

3. The delegation of works can be done systematically.

 

4. Each task assigned to staff has its own Key Performance Indicators (KPI) so that staff know what is the level of quality expected in performing a task.

 

5. The monitoring of staff progress whether they achieve the KPI for each task can be done more systematically for instance every week (if necessary) or every two weeks.

 

6. It can identify the training development needs when their performance is monitored closely.

 

7. Marks in Annual Work Appraisal can be given fairly. If a staff is qualified to get 10 marks, then I know that the marks are justified based on his/her performance analysis in MAP each month.

 

8. It encourages staff to be proactive, creative and innovative in executing their tasks and always try to improve the way they work.

 

Along with MAP, there are delegation log, coaching log and staff motivation monthly report.

 

Although implementing MAP is an extra workload for me but I believe it is necessary for the betterment of staff. I just wish someone can audit me whether I am on the right track. And one big question is who is monitoring my MAP?

 

 

Sleepless in Gombak

It was late at night sometime in April but I could not sleep. My brain was running like a strong flowing stream of Sg. Pusu after a heavy rain. Unstoppable, full of ideas and thoughts of what new things I would like to do at my work place. I ‘blamed’ the cause of my predicament to the Executive Development Programme, which was held a week earlier.

 

The programme was an eye-opener, beneficial and practical that it made the dead cells alive and sparked the sleeping neurons in my brain. It was one of the best trainings I ever attended. And I believe the University has spent thousands of ringgit to call professionals from Malaysian Institute of Management to train the lower level managers. And trust me the University has not invested its money unwisely for the programme. After all competent human resources are the greatest asset for any organization.

 

The essence of the programme is about building managerial competencies and leadership skills based on the 8 disciplines of a managerial leader, which are:

 

  1. 1. Effective planning
  2. 2. Organizing and delegating
  3. 3. Effective leadership
  4. 4. Problem solving and decision making
  5. 5. Maximizing performance
  6. 6. Effective communication
  7. 7. Effective control
  8. 8. Personal leadership (the 7 habits)

During the 5-days programme, Ms. Rozita Mohd Fajar Ali, the main trainer, had encouraged us to involve in discussions, role plays, presentations and mind-teasers. Each of the disciplines was explained and discussed throughout the programme by Ms Rozita, Puan Muhaini Musa and Encik Mohamed Osman Ibrahim. Puan Muhaini shared her experiences in coaching skill, while Encik Osman enlightened us on how to communicate effectively and persuasively using story-telling and metaphors. On top of that, Ms. Rozita enthusiastically ensured that participants really understood the 7 habits of effective managerial leader by Stephen R. Covey.

 

7 Habits of Effective Managerial Leader

Private Victory – moving from the state of dependence to independence

  1. 1. Be proactive
  2. 2. Begin with the end in mind – know where do you want to go
  3. 3. Put first things first - give priority 

By practicing Habit 1, 2 and 3, we become independent and achieve our own personal victory. However, in reality we do not work alone and need a team to accomplish things. So we need to proceed with Habit 4, 5 and 6 to achieve greater productivity and growth thus, achieve public victory.

 

Public Victory – moving from independence to interdependence

  1. 4. Think win/win
  2. 5. Seek first to understand, then be understood
  3. 6. Synergize

Continual Improvement

  1. 7. Sharpen the saw

I do not wish to elaborate on the habits. Those who would like to know more about the 7 habits, the book can be found at IIUM Main Library. It is located at General Collection (Level 2: A-B) and its call number is BF637S8C873S.  You can read the summary here.

 

I have started implementing Staff Monthly Action Plan which I learnt during the training. Insha-Allah I will write about it in my next entry. I hope that Training Unit (Non-Academic) of MSD will continue organizing the programme and allows every Administrative Officer the opportunity to attend it.

 

A zillion thanks to the University, Training Unit and trainers who have successfully organized the programme. I am thankful to Allah that I was among the names chosen to participate in the programme. I pray that Allah gives me strength and wisdom to make a difference at my work place based on what I have learnt throughout the programme.

 

 

 

Tiba-tiba rasa nak menulis…

Tiba-tiba terasa hendak menulis apa yang terfikir, terlintas, meluah rasa dan mungkin mencatat perjalanan hidup. Rasanya ini cubaan kedua membuat blog. Cubaan pertama terhenti setakat ’hello world’ pada November 2008 walau sudah ada tema. Mahu kata sibuk sangat tidak juga. Ramai kawan-kawan yang lagi sibuk tetapi masih berkesempatan untuk aktif. Agaknya malas mahu mengarang dan berfikir apa yang nak ditulis. Antara sebab lain i am a private person. Malu pulak bila orang baca blog kita. Kita baca blog orang tak apa. Tapi ini malu yang negatif. Dan bukan tujuan menulis blog ini untuk publisiti pun. Entah-entah tiada yang sudi membaca pun. Syok sendiri. Jika berfikir secara positif, menulis untuk berkongsi apa yang baik, menegur apa nampak tidak betul dan sebagai peringatan untuk diri sendiri supaya ’cakap serupa bikin’ or walk the talk. Kata-kata aluan dari Kak Era dan Kat Cta sedikit sebanyak memberi perangsang. Terima kasih. Semoga cubaan kedua ini tidak hangat-hangat tahi ayam dan mati di tengah jalan.

Moral of the story: Belum cuba belum tau. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Hello world!

Welcome to IIUM Weblogs. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!