Si A : Assalamualaikum
Group B : Waalaikumussalam (Group coupling > dari sepasang)
Si A : Anda semua orang islam
Group B : semua mengangguk2 tanda benar
Si A : Semua orang memandang perlakuan anda baik mereka yang beragama Hindu atau orang islam yg tua2 yg berada berdekatan.Anda harus menjaga perlakuan sebagai orang Islam
Si A : Kepada yang wanita, anda harus ingat bila terjadi kes pembuangan bayi yang menanggung adalah anda, yang lelaki angkat kaki.tanggungjawab sepenuhnya atas wanita.
Si A : Kepada yang lelaki apa perasaan anda apabila adik perempuan anda diperlakukan sedemikian.Adakah anda berasa senang?
Di atas adalah antara perbualan bersama remaja dikalangan umur yg saya rasakan terlalu muda.Dalam lingkungan 14-16 tahun 5 coupling.Tanpa rasa takut atau segan silu orang memandang yang lelaki dgn selamba memegang kawasan2 terlarang dan yang wanita pulak menyerah tanpa segan silu membiarkan.Ya Allah apa dah jadi nih………..ayat apa yang nak aku gunakan utk menegur mereka?
Dalam membina kekuatan agar Allah memberi petunjuk agar dapat menegur dgn cara yang dapat menyedarkan adik2 ku yg muda belia ini.
Apa saja perlu ditempuhi walau debaran didada terasa.Sambil mendukung anak kecil yg berusia 3 tahun ku gagahi kerana mengharapkan agar Allah juga melindungi zuriat keturunanku nanti.
Jika dibiarkan seolah2 kita setuju dengan tindak tanduk mereka kerana mereka memerhati kami suami isteri yg sedang memerhatikan perlakuan mereka.
meninggalkan mereka tanpa teguran bukanlah satu langkah yang terbaik ku rasakan.sbb tujuan ku kesitu utk mengajar anak ku yg kita boleh bersolat dimana saja dgn berpandukan kompas.kami bertolak sebelum zohor.jadi utk tunggu hingga slps solat mungkin lain jadinya sama ada ayahnya tertidur atau anaknya tertidur.jadi aku mengambil keputusan utk solat didalm hutan rekreas tersebut.bukan alasan utk tidak bersolat walau d mana kita.
selesai suami dan anak ku Shahid solat zohor aku pulak mengambil tempat utk bersolat.sedang syahirah tidur keletihan bermain air.mmg kedengaran keriuhan suara anak2 muda tadi namun ku cuba utk khusyukkan hati ini mengadap Illahi dalam suasana yg berbeza.tanpa bumbung, tanpa telekung dan dalm keadaan jubah yg basah cuma ku tukarkan tudung yg agak labuh sedikit dan kering.dgn cara dan suasana yg berbeza.
Bukannya anak2 muda ini ini tidak nampak, siap ada yg membuat lagak org berzikir Lailahaillallah.Tapi dlm masa yg sama dok meraba2 seorang budak perempuan yg terbaring didepannya. Allah….. ujian apakah ini.Suami sudah tidak betah lagi disitu.asyik mengajak utk pulang.Rimas dgn keadaan didepan mata.
Masalah kami kereta yg kami parking dihimpit oleh kenderaan lain dan agak sukar utk keluar.Jadi mengambil masa utk menunggu kenderaan lain utk keluar dari parking tersebut.
Selesai mengangkat semua barang2 aku gagahi juga mengangkat anak kecil menghala ke arah mereka.
Dengan satu tujuan semoga Allah meredhai kami sekeluarga, dijauhkan dari azab api neraka.
Itulah antara kata2 yang dapat kuluahkan ketika berhadapan dgn mereka yg masih berkelakuan tidak senonoh sehinggalah aku memberi salam.dan mereka meminta maaf namun ada antaranya yg menjawab ” bukan minta maaf dgn mak cik tapi dgn tuhan “. Aku hanya menambah ” betul, bertaubatlah dgn mak cik usah diminta maaf dgn Allah yg perlu adik2 bertaubat”.
Ada juga yg memanggil kawannya yg lain yg datang menjawab ” Aku punya suka aaaaa, peduli apa aku…”
Namun sbg seorang wanita bla melihat wanita lain membiarkan dirinya diperlakukan begitu terasa seolah maruah diri ini dipijak2.kerana aku juga seorang wanita.
Dari akar umbi inilah yg perlu kerajaan cantas sebelum mengambil langkah lain akibat pembuangan bayi yang berleluasa.cantas dariakar umbi jgn cantas dpucuk atau dahan yg dah berbuah.
Wanita = malu + takut
Wang boleh dicari , maruah yg pergi tak kan kembali……………….…..
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jun | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | 30 | |||
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply