IIUM

Tags:

Tags:

Dahulu dikenali sebagai QAU, kini jangan tak tahu pula ianya telah menjadi CSQA. Seperti biasa, acap tahun semua staff UIAM akan dijemput untuk meraikan majlis Hari Kualiti yang paling glam gitu.. dari CSQA. Sebagai penghargaan kepada staff yang telah mengharumkan nama UIAM tidak kira di peringkat mana dan pelbagai pencapaian dalam penyelidikan dan pembangunan bagi staff bahagian akademik yang akan menerima anugerah kualiti.

Tidak lupa juga kepada staff bahagian pentadbiran, turut berpeluang menerima penganugerahan tersebut. Kriteria yang cemerlang dalam semua aspek kerja dan personaliti menjadi pilihan untuk dipilih sebagai staff berkualiti, dengan pencapain itu mereka layak menerima anugerah kualiti tersebut.

Anugerah kualiti juga diberi kepada staff yang cemerlang dalam aktiviti berkumpulan dan sukan. Seterusnya, diperingkat agensi turut berpeluang menerima penganugerahan berprestij itu.

Namun, saban tahun kelihatan agak kurang komitmen dalam kehadiran staff ke majlis tersebut, mengapa? Adakah mereka tidak dicalonkan? Sebgai iktibar, lihat sahaja pada tahun lalu.. harap pada tahun 2010 perlu lakukan sesuatu yang menarik.

Barangkali mereka yang hadir dan terpilih perlu diberi ganjaran yang menjadi igauan ramai, contohnya, mungkin mereka berpeluang untuk menunaikan umrah, agak mustahil ni, atau diberi pakej percutian di pulau, boleh jadi juga ni (pulau ketam pun boleh).

Amba rasa seronok jika dapat tengok semua staff UIAM memakai baju kebangsaan pada majlis hari kualiti. Baru nampak semangat 1UIAM. Walau kita tidak dicalonkan atau tidak menang dalam pencalonan, berikanlah sokongan anda kepada sahabat sekerja anda dan belum tentu juga anda dapat meluangkan masa untuk menilai prestasi sahabat sekerja anda DI SINI.

Tags:

Tags:

Lain macam pula cuaca sekarang ni, panas berpanjangan.. hujan hanya sekejap-sekejap, dugaan dunia.. esok nak pergi tengok tapak bangunan KICT baru, perghhhh… mesti terbakar ni, nak kena cari bomoh redup, ada ke? nak minta kumpulkan awan je, jangan hujan pula dah le.. nanti jadi macam mamat bangla pula badan penuh lumpur.

Harap-harap tak demam, badan dah rasa lain macam je ni, tawakkal je lahhh. Malam ni pun, dalam rumah rasa berbahang, nak tidur pun tak selesa, buka tiga kipas pun tak terasa, tak leh tidurlah… cuaca hangat betul…

Tak pe esok amba tangkap gambar, boleh lah you all tengok bangunan KICT baru… he he he… cepat cepat, siapa nak duduk bangunan baru, buat surat cepat, kui kui kui… kalau nak pindah sekarang pun boleh, pergi lah susun batu bata tu.. bancuh simen, plasta dinding, cepat sikit siap :p

Keadaan cuaca tidak menentu ni, banyakkan lah minum air, kurangkan aktiviti luaran, tak usahlah berjemur. Makanlah makanan tambahan, atau buah buahan. Elakkan minum air batu, air sejuk sikit boleh lah kut, perbanyakkan doa agar kita dijauhi dari sebarang wabak.

Tags:
FireStats icon Powered by FireStats