the one with fortigate training and Sesat Di Kuala Lumpur (Update)
Posted in Uncategorized on June 20, 2008 by aeabMinggu yang amat menyibukkan.. dengan internet slow la..viruses la..kalau dulu ramai yang sibuk dengan tak ada network dan pc, sekarang orang akan sibuk kerana internet slow, so Quality of Service, Bandwidth Internet management dan internet security kena main peranan, kebanyakan dari masalah internet slo, adalah dari user yang tak pakai antivirus (baca: kena virus laa).. ingat nak sambung posting lepas pasal warga KL:
Hari ni hari last training, Jumaat plan nak solat kat Sejid KLCC or TGV? hehe… sepanjang kursus menaiki perkihdmatan awam i.e. lrt; konon nak jimat belanja..lagipun kad touch n go byk lagi isi dalam tu…sekali sesak..macam tin sardin, last rasa sesak macam tu bila naik bas mini pink (no.12 ke uia, time tu tambang 50 sen)…orang berlapik lapik..tak kira jantina..halal..haram..halal..haram..haram..haram… hehe..aku pun tak tau nak bediri tang mana lagi..bila org sesak tak kira jantina ni..
Macam-macam gaya orang nampak di kota metropolitan ni, tapi yang pasti semua buat hal sendiri, jalan mata tengok depan mcm zombie,kita senyum nak ucap salam pun..dia tengok balik..muka mcm cakap aku kenal ke org ni…aik kena kenal ke nak cakap salam?..huhu..kadang-kadang aku rasa macam org kampung masuk town…(ye la lama gaban dok kat gombak,study gombak, keje gombak, weekend pun kat opis..sedih tul), so sofistikated org kl buat aku kagum..rasa diri cam alahai.. jam murah.. baju ni pun time ada sale, pakai sandal gi kursus je …hehe
Dalam lrt yg sesak tu macam2 ragam aku nampak… yg haram lagi banyak dari yg halal..tu yg buat aku terpikir tu.. Ustaz Abdullah Bukhary al Hafiz penah bgtau aku, orang-orang saleh ni, kalau boleh dia elak tempat-tempat percampuran laki dan perempuan, tapi tu la kalau boleh.. sedih tul..gak..so nak sedapkan ati..ntah camne lagu M.Nasir Sesat di Kuala Lumpur ni..tepikir kat paler otak aku..
Benda-benda yang aku tak sangka org melayu boleh buat, dalam lrt semua ada, pesen pakaian yang aku rasa artis hollywood je mampu pakai, orang melayu kita dah pakai, lelaki dan pompuan. mungkin suami isteri kot (mungkin gak tak kot)..time dlm lrt je diorang boleh bermesra..time lain tak sempat kot… yang pompuan dgn pompuan..gaya macam pasangan pun ada aku nampak…itulah bahana Melayu Boleh ni..
Yang lelaki tapi cam pompuan ader…kantoi pasal dia masuk toilet laki.., yang pompuan tapi cam laki pun ade..(cam penari haku new zealand jer) ..
Setiap kali naik escalator, aku akan imagine ada pemuzik jalanan kat stesen-stesen lrt ni…nyanyi lagu Sesat Di Kuala Lumpur
SESAT DI KUALA LUMPUR
Sesat di Kuala Lumpur
Dosa dan pahala bercampur
Tapi kita perlu hidup
Kita perlu terus hidup
Terimakasih tuan da nyonya
Doa selamat kami pohonkan
Pada Tuhan maha Kuasa
Tuhan Maha Kuasa
Mungkin kita kan temui
Kebahagiaan di Kuala Lumpur
Dan mungkin kita akan kecewa
Mungkin kikta akan jadi kaya, dalam lumpur
Mungkin kita akan terpedaya
Mungkin kita akan terpedaya
Mungkin ada jalan di Kuala Lumpur
Jalan bahagia
Mungkin kita akan kecewa
Mungkin kita akan jadi alpa serta lupa
Mungkin kita akan terpedaya
Mungkin kita akan jadi kaya serta lupa
Dan mungkin kita lupa pada asalnya
Mungkin kita lupa pada asalnya
Mungkin kita lupa pada asalnya…
LAGU/LIRIK: M.NASIR,
Tengah hari, Asnalizam ajak aku gi solat kat masjid klcc, dia cakap kat aku sini best, Khutbah dia menarik wooo..jadi aku pun pikir, area klcc ni area urban..orang-orang educated..atau sekolah tinggi, mesti best khutbah dia..paling tidak independent sket dari baca text yang rigid; Sekali sebelum khutbah, khatib tu cakap..tajuk khutbah hari ini adalah..”Berjimat Cermat”..mendidih darah aku… apa lagi bila start khutbah sampai penghujung..balik-balik cakap .jgn bazir letrik..jimat air..bla bla bla..mende yg semua org tau la.. kalau la aku org badwi zaman Rasulullah s.a.w nak je aku bediri..ya tuan khatib… satu,dua tiga ampat….piiiiraaaaaaah..
Lepas solat, Zam diam je..tau aku marah kot hehe…aku cakap laa..ni KLCC, tempat org melayu urban..paling cikai pun diorang reti cakap omputih..dan ada sijil, diploma dan degree.. bagi la khutbah ..mcmana nak tambah pendapatan halal..rezki yg elok sempena zaman meleset ni… bukan balik-balik dengan slogan ubah gaya hidup..tak yah cakap..orang tau laaa camne nak ejas…
Beruntung lagi dengar khutbah kat masjid UIA, paling kurang pun bahasa cina..lansung tak paham.. ni paham tapi sakit ati ade ler…hehe..
Apa-apa pun aku rasa beruntung dapat keje kat UIA… semua ada.. masjid dekat, kawasan luas..tak payah nak berebut-rebut dgn org lain nak kawasan ada aircond..memang takde pun..tempat makan banyak.. kubur pun ade… orang pun (aku tak la cakap org2 kat UIA ni malaikat)..tapi baiklah pada mata aku ni..(yela..opis politik..sok sek2 biasa tu ade la..standard laa tu)..
Tapi aku harap lah warga UIA ni takde le..Sesat Di Kuala Lumpur..pasal..takkan jadi kaya pun keje sini…hehe..
